Monday, December 12, 2005

The Colour Of My Heart

Cuba try test!

Your Heart Is Red

You're a passionate lover - you always have a huge fire in your heart.
Too bad it's hard for you to be passionate about just one person!

Your flirting style: Outgoing and sexy

Your lucky first date: Drinks and dancing

Your dream lover: Is both stable and intense

What you bring to relationships: Honesty

Thursday, October 20, 2005

Aku dan Ramadan

...hmmm.. terlalu lama rasanya tidak menaip ni.. asyik mengira je.. aku lebih suka menulis dari mengira... tapi dengan krusus kejuruteraan yang aku pilih ni.. semestinya aku akan lebih banyak mengira dari menulis.. buku buku yang aku dok selak dan mengadap pun lebih banyak nombor dari huruf huruf vokal dan konsonan.. kalau nak jumpa banyak perkataan pun cuma ada kat muka depan yang tulih prakata dan ucapan penulis jer..... banyak orang tidak suka dengan nombor ni.. bagi mereka nombor ni menyusahkan.. merumitkan dan mengerikan.... erutamanya orang melayu macam aku... tetapi nombor ni banyak sebenarnya menyenangkan kita dalam banyak urusan... contohnya cuba kita bayangkan muka surat tidak dalam bentuk nombor... bayangkan setiap muka surat dalam nama bunga... aku tak dapat bayangkan berapa jenis bunga kena cari untuk buku yang 500 muka surat ni... 'muka surat kenanga, muka surat kemboja...bla.. bla..' ....menyusahkan bukan???

....hmm.. sebut tentang nombor ni.. aku teringat cerita kat tv semalam..aku tengok cerita 'NUMB3RS'... kat channel 17 astro saluran AXN... channel kegemaran aku... cerita ni tentang seorang anggota polis dan seorang pakar matematik yang bersama sama untuk menyelesaikan kes kes jenayah..... aku pun hairan macam mana persamaan matematik boleh digunakan untuk menangkap penjenayah.... tapi sebenarnya bukan dia guna nombor nak tangkap penjenayah.. tapi melihat corak atau pola penjenayah itu sendiri.... setiap dari kita ada corak atau pola tersendiri...dan corak atau pola itu boleh digambarkan dengan nombor.... hehehe.. mesti peningkan... susah aku nak terangkan... tambahan pula bulan puasa ni perut kosong.. fikiran pun meracau racau....

...hmmm... sekejap sahaja dah nak masuk pertengahan bulan ramadan ini.. Alhamdullilah.. setakat ini puasa aku masih penuh.. cuma puasa je penuh.. tapi pahala tu aku tak tau lah penuh atau tidak.... biasalah banyak dugaannya... tambahan pula insan yang lemah macam aku ni... tapi Insya-Allah kalau kita niat dan ikhlas kerana Allah SWT kita akan dapat ganjarannya......
selamat berpuasa.. :)

Saturday, July 16, 2005

Aku dan Cinta

Assalamualaikum...

Tup... tap... tup.. tap... tup.... tap..... bunyi orang berjalan.. atau lebih tepat lagi digambarkan sebagai bunyi orang sedang menapak dengan tapak kaki sendiri dalam banyak novel-novel melayu.Tapi aku rasa, biar berjalan kaki dari aloq setaq sampai johor pun.. kita berjalan tak bunyi macam tu... tapi biarlah.. buat pening kepala je fikir benda tu.. biar bunyi macam mana pun... aku tetap boleh berjalan juga kat muka bumi ni.. Alhamdulillah.. syukur sangat sangat bila kita masih ada kaki untuk tup.. tap. .tup dan tap... sebab ada senior aku kena potong kaki dia akibat kanser... dan pada hari sabtu yang lepas dia telah kembali kepada pencipta manusia.. sedekah al-fatihah kepada dia.. al-Fatihah.......

.........sebenarnya aku mulakan penulisan ini dengan bunyi tapak kaki tu.. adalah untuk mengambarkan yang aku telah mula belajar dalam semester yang baru kat UiTM ni... sekarang dah seminggu aku kat shah alam ni... memang agak kalut dan serabut aku pada minggu pertama ni... biasalahkan.. apa saja yang baru nak mula memang sukar sikit... macam orang baru kahwinlah... nak cari umah.. nak cari perabot... nak cari sofa.. nak cari dapurlah... macam-macam lagilah... tapi kebanyakkan pasangan yang baru kawin.. mesti pi beli tilam dulu.. aku tak tau sebab apa sebab aku tak kahwin lagi...tapi bila aku tanya kawan aku fahmy yg baru kawin... "sebab apa hang pi shopping tilam dulu??" dia kata, "bukankah separuh dari hidup kita adalah tidur..sebab tu aku pi cari tilam dulu.." fahmy menjawab sambil tersengih-sengih.. yang buat aku kureng yakin dengan jawapan dia.... ahhhhh... peduli apa aku.. nanti nak kahwin.. dapatlah aku jawapan dia.. hahhahaha...

Hmmmmm..... masuk sem baru ni... aku ingat nak mulakan penulisan aku tentang cerita CINTA...

Ada Apa Dengan Cinta?.... macam tajuk filem indon pula yang pernah meletup kat Malaysia ni suatu masa dulu... tapi di sini aku bukan nak komen pasal cerita tu... cuma aku nak pinjam tajuk dia je sebagai persoalan...

aku pasti semua orang suka dengan cinta... sangat pasti sebab mencintai dan dicintai adalah lumrah setiap manusia..... tengok saja filem cinta.. pasti ada yang meletup saja.. ambil saja cerita Titanic tu... sampai ada yang menonton sampai seratus kali.. dan setiap kali dia menonton pasti menangis... aku tak pasti siapa orang tu.. cuma aku terbaca dalam akhbar je masa filem tu sedang meletup.....

bila sebut sahaja cinta... mesti kita tak boleh lupa pada dua watak utama dalam cinta iaitu lelaki dan wanita.... tipulah kalau ada lelaki yang tak sukakan wanita.. sangat tipu... kecualilah dia lelaki yang bukan lelaki.. gay lah tu... ishhh... minta simpanglah dan Alhamdulilah aku tetap lelaki sejati yang tetap tulen.. cewwaahhh..

....sebagai lelaki yang benar-benar lelaki...p astilah aku tak dapat lari dari menyukai wanita.. tak salahkan? ..nabi pun terasa sunyi tanpa wanita... apa yang tidak ada di syurga? ...semuanya ada...namun Adam tetap rindukan Hawa..

..kerana cinta manusia mahu terus hidup.. (dialog ni ada kat poskad filem BERLARI KE LANGIT) ...memang benar kerana cintalah saja manusia mahu terus hidup... menghambakan diri kepada Tuhan juga sejenis CINTA juga...

....sudah terlalu banyak juga kisah cinta yang aku telah baca atau tonton di tv... ada kisah cinta tragik.. ada juga yang bahagia... kalau yang tragik tu.. aku pernah baca kisah cinta LEMBING AWANG PULANG KE DAYANG... ia mengisahkan tentang seorang lelaki bernama AWANG yang sanggup mengembara untuk mencukupkan duit hantaran bagi mengahwini DAYANG... tapi ketika dia pulang dengan harta kekayaan.. pada hari tersebut dia telah melihat dayang mengahwini BUYONG.. anak ketua kampung... kerana terlalu kecewa.. dia melontar lembing terbang hingga membunuh hampir 40 org kampung dan akhirnya lembing itu berhenti setelah menembusi badan dayang... aku teringat dialog AWANG dalam kisah tu... "bila cinta tidak lagi beharga..biarlah senjata berkata kata!!"

.....tu cerita melayu... kalau cerita omputeh tu plak.. tengok sahaja cerita cinderella... aku suka cerita tu sebab dalam cerita tu... taraf hidup, harta kekayaan dan pangkat bukan ukuran.... bagi aku.. itulah sebenar definisi cinta... cinta tak boleh diukur oleh semua harta dunia... dalam cerita itu... bagi aku cinderella tak patut melarikan diri bila hampir pukul 12 malam.. mengapa hendak takut dirinya dalam keadaan asal... mengapa dia takut untuk dilihat dalam pakaiannya yang asal itu yang bukan lagi gaun hebat... kalau putera raja itu memeluknya dalam pakaian yang compang camping itu... maka benarlah cinta mereka itu cinta yang hebat... lihat sahaja betapa sukarnya putera raja itu merantau setiap ceruk mencari cintanya... dan akhirnya mereka bahagia.

...kesimpulannya bagi aku... andai kita bercinta.. janganlah memurahkan cinta yang sememangnya mahal.. dengan menganggap harta kekayaan dan taraf hidup sebagai ukuran untuk bercinta..... bercintalah dengan ikhlas.. yakinlah bahawa keikhlasan dan saling mempercayai adalah asas utama sebuah percintaan...

Friday, June 10, 2005

Filem dan Rakaman Zaman

Di Astro Ria ada cerita seram + thriller. Lakonan Shukery Hashim dan Noorkumalasari. Ada juga Yusof Haslam, Noraini Hashim, S Roomai Noor dan Abu Bakar Omar. Penulis dapat mengagak bahawa filem ini dibikin sekitar lewat 80-an berdasarkan model Proton Saga dan rantai kunci bertulis EON yang masih baru dan berkilat.

Tajuk cerita tu Rahsia. Pengarahnya Hafsham. Rujuk filemkita.com - Rahsia

Selepas tengok cerita tu penulis mula sedar bahawa sesebuah filem sebenarnya bertindak sebagai album kepada sesuatu peristiwa pada masa filem itu dibikin.

Perasan tak surat khabar bertulisan monotype corsiva, lelaki menyimpan jambang, radio mini compo, perempuan berfesyen rambut mengerbang , kaum lelaki berbaju belang, kanak-kanak berseluar pendek dan singkat, gemar berkelah di pantai, rumah kuarters Inggeris yang besar dan seram dengan pokok-pokok pukul lima merimbun, basikal roda 4 dan anak patung seperti chucky.

Hati penulis berbisik, ingatan melayang.

Cerita ini mengingatkan penulis suatu pada masa dahulu, sebuah zaman bernama kanak-kanak. Betapa cerita seram seperti itu begitu merasuk rasa takut yang sungguh-sungguh. Betapa latarnya seakan menyalin realiti kehidupan masyarakatnya ketika itu lalu dipaparkan semula.

Tetapi sayang filem Melayu hari ini gemar menayang pelakonnya yang berkereta barat dan latar golongan-golongan elit yang agak lelucon dan keterlaluan.

Jadi apa yang boleh dikenang apabila penulis melihat kembali filem-filem hari ini pada 10 tahun akan datang?

Apakah masih ada pengarah yang mahu mengambil Proton Wira yg bergerak, latar manusia menaiki RapidKL, menaiki kapcai atau melepak di kedai mamak.

Filem bukan sekadar olahan atau interpretasi daripada naratif skrip yang cuba divisualkan tetapi juga sebagai satu medium rakaman salinan masyarakat, situasi masa dan zaman yang berlaku pada seputar hidup pengarah itu sendiri. Filem boleh saja bertindak sebagai kamera sejarah yang mengindikasikan tahap pemikiran seseorang pengarah pada masa itu sama ada mereka maju ke hadapan atau mundur ke belakang dalam meluahkan idea dan ideologi dalam pembikinan filem masing-masing.

Saturday, May 28, 2005

Tentang Dia

Sebenarnya ini adalah ulasan tertangguh ketika demam saga terakhir Star Wars mula melanda seluruh dunia. Tapi penulis lebih berminat mengulas tentang filem ini yang rasanya baru selesai ditayangkan di seluruh pawagam negara.

Tentang Dia berkisar tentang protoganis bernama Gadis yang dibelenggu rasa sakit dikhianati. Kekasihnya menghamilkan sahabat baiknya. Dalam masa yang sama rakan sekelas Gadis, Randu cuba meraih cintanya meski pun tanpa jawapan pasti dari Gadis. Gadis juga selalu dikutuk oleh 3 orang perempuan kacang hantu.

Gadis berjumpa seorang minah rocker, Rudi. Mereka berkawan baik dan Rudi banyak membantu Gadis untuk bangkit dari sejarah yang menyakitkan. Naratif Tentang Dia bergerak dengan baik biar pun tanpa mewujudkan watak kekasih dan sahabat baik Gadis. Watak-watak filem ini hanya berputar sekitar Gadis, Rudi dan Randu.

Tentang Dia memaparkan konflik jiwa Gadis yang tertekan dengan cintanya yang dikhianati. Begitu juga dengan kekalutan jiwa Randu yang kecewa kerana cintanya tidak diterima Gadis. Mengenai Rudi, para penonton pasti mengatakan wataknya menjurus kepada seorang lesbian. Terlalu menyayangi dan melindungi Gadis dan pengarahnya berjaya menghuraikan masalah psikologi yang dialami Rudi yang mengalami trauma kerana kematian adiknya yang didera bapa sendiri ketika kecil. Gadis dianggap sebagai pengganti adiknya itu. Klimaks adalah pada kematian Rudi yang kemalangan dan bertautnya cinta antara Gadis dan Randu.

Plot-plot cerita bergerak kukuh. Lihat pada kedai makan, sekolah, bilik dan atas bangunan. Persekitaran banyak bermain dengan simbolik-simbolik tentang kesuraman dan kesakitan. Mood penonton berjaya diusik oleh gerak kamera dan tata cahaya yang digarap dengan baik sekali. Sesuai untuk cerita bernada melankolik. Runut bunyi sangat bersesuai dan relevan pada setiap adegan dan babak di dalam filem. Dinyanyi oleh sekumpulan anak muda di kedai makan milik bapa angkat Rudi. Kewujudan elemen puisi di dalam filem seakan menjadi penyegar dan penyuntik elemen pesona ke dalam jiwa penonton.

Adegan pasangan kekasih berpelukan di dalam hujan kelihatan agak klise. Adegan seperti ini acap kali diambil oleh para pengarah filem bagi menggambarkan elemen romantisme (lihat filem Sembilu). Kenapa tidak mengambarkan Gadis keluar menadah payung agar Randu tidak terus kebasahan.

Lihat pula pada perbualan Gadis dan Rudi mengenai rancangan Antara Berani dan Takut. Rudi memberitahu bahawa rancangan itu sudah diulang tayang beberapa kali. Barangkali satu sindiran sosial untuk media televisyen Indonesia. Kelihatan sama seperti sindiran filem Melayu yang hampeh di dalam filem Sepet.

Tentang Dia berjaya dari aspek teknikal dan olahan kamera, pencahayaan dan runut bunyinya. Naratif ceritanya baik berbanding filem AADC yang agak keremajaan. Pengarahnya berjaya menyelongkar konflik jiwa yang kacau dan suasana sosial remaja bahawa setiap sesuatu yang berlaku adalah bersebab dan sebab-sebab itu berjaya dihuraikan si pengarah tanpa membodohkan jiwa para penontonnya. Muktamadnya, pengarah menegaskan bahawa hanya diri seseorang itu sahaja yang berhak memilih jalan bahagianya atau mahu terus duduk di dalam kepompong diri yang sakit dan sepi.

Penulis memberi markah 3.5/5. Dan 1.5 ditolak pada adegan hujan di akhir cerita.

Monday, May 16, 2005

nikmat tuhan

....hmm.. hari ni dah mula minggu baru.. maka kelas aku akan bermula seperti biasa.. kelas pun macam biasa juga... tapi yang lebihnya hari ini ialah tadi dalam kelas... lecturer aku ada cerita tentang nikmah Allah ni.... "suatu masa dahulu.. ada seorang raja... raja ini sangat kedekut dan suka menindas rakyatnya..." .... aku mendengar dengar rasa gembira sebab bila dia start bercerita.. adalah peluang tangan aku nak rehat sekejap dari salin note..... kemudian lecturer aku sambung lagi...."....ketika negaranya diambang peperangan...dan setelah para ahli kabinetnya..berbincang...maka dia pun bertitah.... bahawa semua rakyatnya perlu mengorbankan dan menderma harta harta mereka bagi menampung kos peperangan yang tinggi..." .....sungguh zalim dan bakhil raja ini.. sebab hanya harta rakyat yang miskin diambil.. sedangkan hartanya yang berkoyan-koyan dalam istana tidak terusik langsung....

kemudian.. pada suatu hari...raja ni mendapat sakit yang sangat sakit... iaitu dia menderita tidak boleh kencing... (dalam istilah yang lebih sopan.. membuang air kecil).... setelah habis seluruh bomoh..pawang dan ahli nujum mencuba.. sakitnya tidak juga sembuh.... akhirnya kerana tidak sanggup lagi menderita... raja itu pun... mengumumkan keseluruh pelosok negeri...sesiapa yg boleh mengubati penyakitnya itu......

kemudian datang seorang ulama yang warak dan alim...datang untuk mengubatnya..tapi dengan syarat.... iaitu raja itu mesti menyerahkan segala harta dan kekuasaannya kepada ulama itu andai penyakitnya dapat diubati..... raja itu tersentak.. setelah berbincang... raja itu akan hanya menyerahkan separuh sahaja harta dan kekuasaannya kepada ulama itu..... setelah diubati... raja itu boleh kencing semula....

tapi kemudian.. setelah beberapa hari... penyakit tidak boleh kencing itu datang kembali... ulama itu dipanggil semula.. dan menjawab.. "tuanku hanya memberi separuh sahaja harta dan kekuasaan tuanku kepada saya.. jadi separuh sahaja sakit tuanku akan hilang...".....setelah tidak tahan menderita.. dan sakit yang amat sangat... raja itu bersetuju menyerahkan segala harta dan kekuasaan yang dimilikinya kepada ulama itu......

setelah penyakit raja itu berjaya disembuhkan... ulama itu berkata... "bukan harta dan kekuasaan tuanku yang saya gila gilakan...cuma saya nak tuanku tahu....bahawa semua harta dan kekayaan tuanku itu macam air kencing sahaja...tuanku hilang semuanya kerana itu sahaja bukan??....patik serahkan kembali semuanya kepada tuanku..dan moga tuanku dapat sedar dari kesilapan sendiri....."

...hmmm.. betapa besar nikmat Allah ini...... susah kita nak sedar betapa besarnya nikmat Allah ini kalau kita tak kehilangannya.... macam sekarang ni... gigi aku punyalah sakit.... sebab doktor kata tumbuh gigi bongsu.... gigi terlebih kat belakang sekali..so kenalah buat pembedahan kecil.... tapi sebelum nak bedah lagi sebulan ni... terpaksalah aku tahan sakit.... Aduiiiii

Thursday, May 12, 2005

Aku dan kekayaan...

......hmm... semalam lebih kurang pukul 2.00pagi.... tika hampir semua ahli rumah aku sedang tidur..dan mungkin semua dah dibuai mimpi indah.. dan hampir pasti ada yang dok terliur ketika tidur... sedap sangat kot tidur sampai meleleh air liur... tapi kalau kita terliur depan makanan atau depan pompuan..tak ada pula dipanggil air liur basi... cuma terliur dalam tidur sahaja dipanggil air liur basi... hmm.. yang pastinya aku tak terliur masa tidur...
oklah..berbalik kepada cerita tadi... aku sedang sembang ngan dia tentang tajuk.. "bila kita ni nak jadi kaya.."................ aku tanya shihab.. "hang dalam bank ada banyak ker duit simpanan.."....shihab jawab.. "Tak ada ler man... aku duit tak boleh simpan..cukup cukup jer" .....dan dia tanya aku balik soalan yang sama..... dan jawapan aku pun hampir sama....."aku rasa kita kena ada simpananlah shihab..kita kena start simpan dari sekarang... "....shihab mencelah.."aku boleh simpan...tapi tempat simpan duit tu kenalah susah sikit nak amik...bukan dalam akaun sekarang....pi cucuk jer..duit dah keluar...kita simpan dalam ASB lah.." ....aku terfikir sambil berkata.."tak der tempat yang susah nak ambil....kalau nak ambil..simpan kat mana mana pun jadi senang.." .....kata aku sambil teringat duit dalam Amanah Wawasan 2020 yang mak aku buka.... dan telah aku tutup setelah akaun itu telah melayakkan aku mengeluarkan semua duitnya atas faktor umur... hehe... kemudian.. tengah rancak menyembang.... kawan serumah aku asren muncul tiba tiba...dan turut berkongsi idea.. "kalau hang nak jadi kaya.. hang kena ada sifat kedekut.. " ..kemudian dia berlalu kembali untuk sambung tidur selepas meminum seteguk air...... kemudian.. persoalan aku dan shihab berlegar legar tentang dialog asren tadi..... "kalau nak kedekut ni..aku tak bolehlah....aku ni jenis yang tak boleh nak berkira kira sangat ngan kawan kawan.." .....aku akui kata kata shihab tadi didalam hati....memang shihab tak kedekut..... dia kalau beli makanan..... memang slalu... tapi kalau tak belanja aku pun.... dia tak kaya juga kot.... aku pun mencelah.. "aku lebih rela jadi orang miskin yang pemurah dari menjadi orang kaya yang kedekut...." .....aku pun sama.. jawab shihab yang dah mengantuk..... zzzzz

hhhmmm......dan kalau kita kaya nanti sekalipun...janganlah jadi orang yang kedekut....bersikap pemurahlah.... kerana apa yang anda berikan kepada orang lain.... akan anda dapat kembali...... mungkin dapat dalam bentuk lain..... dan kalau tak dapat di dunia ni.. insyAllah akan dapat di akhirat...... sekaya mana sekalipun seseorang itu... dia tetap boleh pakai baju sehelai saja kan... mana ada orang yang sangat kaya pakai 10 helai baju sekaligus..... orang gila ada kot.... sekaya mana pun juga kita... nasi tetap sepinggan juga.. paling banyak 3 jer..... bukan bila kaya boleh makan sampai banyak pinggan....

hmm.... kalau tak kaya harta.. kaya senyuman pun jadilah.....

Monday, May 09, 2005

a true JOHOREAN?

Assalamualaikum...

sudah terlalu lama aku tidak menulis.... kekadang tertanya hati.. terdetik sendiri... masihkah aku mampu untuk menulis... walau bagaimanapun.. terima kasih kepada Kelambu (nick kwn aku).. kerana sudi menulis di dalam blog aku yang usang ini... terima kasih kerana sudi menerangkan kegelapan blog aku yang kian pudar ini... untuk artikel kali ini.... aku cuma ingin berkongsi tentang kepelbagaian budaya dan adat yang unik kat dalam malaysia ni... aku terima email dari sweetheart aku.. tentang orang Johor... apa yang patut kita tahu tentang orang johor.... kita perlu juga tahu tentang bahasa dan budaya negeri lain... teringat masa aku kat UTM Skudai dulu.. roommate aku orang Johor...namanya Radin Aminurrasyid... dia ni memang orang johor sejati.. ayahnya orang jawa...nama ayahnya.. kalau tak silap aku iala Radin Jayakasuma... seorang pensyarah UTM juga...... Radin budaknya baik dan aku senang berkawan dengan dia... tapi satu peristiwa yang aku tak dapat lupakan ialah.... suatu hari tu.. dia ada meminta minuman dari aku... "Man..ko ada air kosong tak?" dia meminta air dari aku... kemudian aku pun suruh dia mengambil dari locker aku.... ada sedikit jer lagi air tu..aku pun kata. "hmm..tinggal sikit lagi jer tu..hang perabih buang la.." (aku cakap dalam bahasa Kedah yg bermaksud.... HABISKAN SEMUANYA..) ....kemudian esoknyer aku mencari bekas air aku itu untuk mengisi semula....tapi tak ada...kemudian aku tanya Radin... dia kata.."ko suruh aku habiskan dan buang bekas itu kan.. so aku dah buang dalam tong sampah.. "....huhh, aku suruh habiskan semua jer.. tak suruh buang bekas tu sekali..." hahaa... rupanya kami berdua tersalah paham..... untuk pengajaranya.... kita kena tahu juga tentang pepelbagaian bahasa kan???... so bacalah artikel kat bawah ni....mungkin ada yang boleh kita pelajari......

(lagu negeri)
Allah peliharakan Sultan...
Anugerah kan dier segala kehormatan,
sihat dan ria kekal dan makmur...
luaskan kuasa..naungkan kami,
rakyat dipimpini berzaman lagi.
dengan merdeka bersatu hati,
Allah berkati Johor,
Allah selamatkan Suuuuuultan.......
gerek ah!!!!!

To all Johorean....

10 Things You Should Know About A True Blue Johorean

petikan dari blog Mak Andeh

1. They end 9 out of 10 sentences with Ekkk...
Ekk ialah trademark orang Johor. Digunakan di hujung SETIAP ayat
menggantikan tanda soal (question mark).

Contoh :-
Ni awak punyer ekk?
Nama awak saper ekk ?
Kenapa kite kaler tak cantik ekk ?
Dan macam-macam ekk lagi.

Aku teringat semasa aku sekolah dulu, aku dan member sebelah aku
boring yang amat di dalam kelas, so to keep us awake, kami dok
mengira
berapa kali Cikgu sebut ekk. In a period of 40 minutes, dekat 100 kali!
Lepas tu kami gelarkan Cikgu tu as Cikgu Fadzillah* Ekk. (*bukan nama sebenar).

2. They refer to Johor Bahru as Johor and not JB.
Kalau orang di negeri Johor sebut Johor, it meant Johor Bahru (JB), the city dan bukan Johor, the state. Biasa digunakan oleh mereka yang tinggal di luar bandar Johor Baru seperti di Masai-chusettes umpamanya.

Contoh : Beb, gua nak turun Johor laa. Lu mahu ikut gua tak?
So, if you ARE already in Johor, tak kira di daerah mana - if the locals kata nak pergi Johor, it means nak ke Johor Bahru. Jangan pulakbuat lawak bongok** berkata, " Eh, lu kan dah ada kat Johor?" Or worse, jangan memandai nak tambah ekk with that question.

3. They pronounce Muar as MUOR. (kena juih bibir sikit)
In fact you pronounce everything that ends with "AR" as "OR".
Contoh : Aku kena pakai seluor besor untuk main bolor kat Muor besok. (Aku kena pakai
seluar besar nak main bola di Muar besok).
Aku teringat Kakak tegur aku bila aku cakap macam tu. Kenapa Mamasebut besar, BESOR ? Slipper , SLIPPOR ? Aku tergelak. Aku cuma speak like that bila berjumpa dengan true blue Johorean aje.
Lapo (lapar), penampor (penampar), ulor (ular), pagor (pagar) dan lain-lain.

4. They are brash with a CRAZY sense of humour.
Honestly, I belum pernah jumpa orang Johor yang serious or square to a T. Or cannot take a joke. Walaupun pendiam atau pemalu , but their sense of humour boleh tahan gak. Almost all of them (yang aku jumpa dan kenal lah) are either loyar buruk or bigor **.

baik di kampung mahu di Bandar. The sense of humour is unique that I find kadang-kadang orang luar (non-Johorean) agak takut with the brashness of budak-budak Johor.

(Did you see Majalah 3 the other night - see how Tunku Yem (nama manja Tunku Mahkota Johor) bercerita pasal anakanda dia Tunku Ismail ?
Haha.. .. that is exactly my point!)

5. Diorang ada ENDUT **.

Kalau tak pernah berendut, sure pernah ada endut or busuk-busuk pun teringin nak ada endut.

Contoh ayat :
Haa...kau dah ada endut yer ?
Kau pergi berendut kat mana ?
Orang berendut dia pun nak berendut.

6. Diorang Makan Gula Tarik, Sagun, Gula Kandy, Bobotok....
Dah lama aku tak tengok atau makan gula tarik, sagun or kandy. Ada lagi ke bebenda ni kat Johor ? Aku tak boleh nak describe dengan teliti these things cos it has been 30 years since I last tasted them.
Seperti Kak P cakap - makanan seperti botok-botok. Kalau out of Johor, botok-botok dikenali dengan nama PAIS IKAN. Jangan tanya aku how to describe the ingredients cos aku tak berapa gemar makan sebab guna banyak sangat daun ( aku tak suka makan sayur - especially ulam).
Yang aku tahu -pakai daun segala daun, termasuk daun betik dan gunakan kari ikan and balut dengan daun-daun tu dan kukus.

Aku pernah tanya my Dad dulu - kenapa buruk benor nama dia bebotok.
Then my Dad cerita :
Di zaman dulu ada seorang nenek yang tinggal seorang diri. Everyday cucu dia akan datang bawak makanan. Nenek ini suka sangat pais ikan dengan bubur so dia suruh cucu ni bawak tetiap hari. Bila cucu tu bawak makanan lain, Nenek akan tanya " Mana Bubur Tok? ". Lama-lama Bubur Tok jadilah Bebotok - kesan dari cakap cepat-cepat.
Itulah ceritanya. Aku kecik lagi masa my Dad cerita tu. So, kalau dia kelentong aku - maka kelentonglah cerita bebotok tu. Sekian adanya.

7. Pernah (or berangan nak) jadi Mat Rock .
Aku rasa sebab kedudukan Johor dekat dengan Singapore, sebab itulah pengaruh Barat di Malaysia masuk melalui Johor dulu. Itu teori aku lah. But kalau ikutkan sejarah Johor, Sultan yang mula-mula kawin dengan Mat Salleh pun Sultan Johor (Almarhum). So, tak heranlah kalau kumpulan Rock kat Malaysia ini semua ada susur galur dari Johor. Amy, Zainal Abidin,Nash etc.
Boleh pakai ke teori aku ni? Jangan aku kena pancung dengan Sultan,dah ler.
Ampun Tuanku !

8. Kenduri Kawin Ada Telur Pindang
Telur pindang ialah telur ayam yang direbus dengan segala macam rempah dan dedaun untuk mendapatkan that special taste. Lepas rebus,telur akan berwarna cokelat. Both kulit dan isi. I don't like to eat telur pindang, so I cannot to describe the taste. Normally orang buat telur
pindang ni for special occasion, seperti majlis perkahwinan. Zaman dulu-dulu, you can tell the social class of the tuan rumah - normally orang kaya-kaya jer buat telur pindang ni sebab ianya rumit dan makan masa berjam-jam therefore menggunakan kos yang tinggi.

9. Tidur atas LECA** (rhyme with letak and baca, the non-baku way).
Baju simpan dalam GEROBOK **.

10. They never watch RTM sebab semua cerita dah tengok kat TV
Singapore!

When I was growing up, aku cukup suka tengok TV Singapore sebab iklan dia semua dari overseas, very menarik. Besides the cerita yang terkinilah. Yang aku suka ialah iklan jeans Levi's (Let your love flow), iklan lagu Coke (I'd like to build the world a home), iklan Kodak (Times of Your Life -Paul Anka). Paling syok ialah masa Christmas, iklan dan lagu semua best-
best.
(But itu dulu, sekarang aku rasa semua rancangan sudah semasa.)

Well, TV Singapore cuma dapat ditengok oleh penduduk JB dan kawasan yang sewaktu dengannya. As you go further up north (of Johor), you can see aerial TV semua setinggi pokok kelapa - semata-mata nak dapatkan siaran from Singapore!

Apa lagi EKK?
Kamus Johor :
Bongok - bodoh
Bigor - gila-gila, contoh :- Apek Senario tu macam budak BIGOR ekk ?
Endut - makwe/pakwe. Awek/balak. Boifren/girlfren. Boleh digunakan tanpa mengira jantina.
Berendut - berpasangan.
Pergi berendut - dating.
Botok-botok, bebotok - sejenis makanan menggunakan ikan, ditambah memacam
dedaun, letak serbuk kari (don't ask me - aku tak reti buat) dan dibalut dengan daun betik, diikat dengan sebelum dikukus. Alah, macamPais Ikan tuh.Leca - tilam. Normally dibuat sendiri menggunakan kekabu (orang zaman dulu-dulu semua DIY - tak ada Vono, Slumberland ).
Gerobok, Gobok - cupboard. Almari. Tak kiralah simpan kain baju ke, simpan pinggan mangkok ke.

Tuesday, April 05, 2005

siti lagi!

Tahun ini tahun Siti lagi.

Dia berjaya membuat konsert solo di Royal Albert Hall, London.

Dua hari kemudiannya Siti menang pula Bintang Paling Popular 2004 dengan undian sebanyak 110, 585. Hebatkan?

Tak ada siapa-siapa ke nak bagi Siti anugerah Datuk.

Ye la, menyanyi memang tak seteruk mendaki Everest atau pun mengelilingi dunia.
Mungkin sebab Siti tak pandai menulis novel politik yang berdalil-dalil. Atau pun membuat rekod dunia menyanyi 48 jam tanpa henti.

Mungkin juga faktor usia kerana Siti akan jadi Datuk paling muda dalam sejarah negara! Sekiranya Siti mendapat Datuk apakah ada lagi peluang untuk jejaka-jejaka tanpa title untuk menawan hatinya? Atau pun membuka peluang untuk Datuk-Datuk mencuba nasib mereka. BerDatuk dan berDatinkan Siti! Wow..!!

Kedudukan Siti sekarang sudah mendahului usia dan pengalamannya. Siti seperti ahli politik yang memerlukannya untuk berkempen. Bezanya Siti berkempen melalui nyanyiannya dan bukan politik wang! Siti bertarung setiap tahun dan bukannya setiap 5 tahun sekali.

Barangkali sanjungan rakyat sudah cukup sebagai anugerah yang tidak ternilai untuk Siti. Harap dia berhati-hati dengan sanjungan-sanjungan itu. Harap-haraplah....

Friday, April 01, 2005

kung fu hustle


Filem terbaik Hong Kong digondol oleh filem Kung Fu Hustle arahan Stephen Chow @ Chow Sin Chi.

Menonton filem terbarunya itu seperti tiada isu besar yang mahu diangkat melainkan sebuah filem dedikasi khas untuk mendiang Bruce Lee yang amat dikagumi oleh beliau.

Berbanding filemnya terdahulu, Shaolin Soccer, filemnya kali ini ditambahkan lagi dengan efek khas dan masih berteraskan keunikan seni mempertahankan diri Cina.

Naratif ceritanya masih bergerak dalam bentuk yang klise. Watak putih menentang watak hitam. Watak hitam semestinya terlebih dahulu mempunyai kuasa yang super berbanding watak putih dan watak putih akhirnya menang. Macam cerita Ultraman.

Jadi apa yang istimewanya filem garapan beliau ini? Ketulenan.

Komedi berbentuk komikal yang dihasilkan kelihatan segar pada setiap kali beliau tampil dengan filemnya.

Siapa pernah terfikir menjadikan pisau yang tertusuk di bahu sebagai side mirror dalam babak kejar mengejar. Stephen Chow berjaya melakukannya dengan sukses.

Di Malaysia, komedi seperti ini pernah dihidangkan di dalam filem Jutawan Fakir. Sudah semesti komedinya lebih menumpukan pada komedi berbentuk aksi berbanding komedi dari segi linguistiknya.

Perempuan berwajah buruk, lelaki beraksi pondan, babak menampakkan punggung, bibir lebam dipukul sehingga leper seperti itik memberikan kredit yang lebih ke atas kejayaan filem ini.

Sesekali penonton juga dibawa menjadi terharu ketika babak rompakan di warung teman wanitanya. Teman wanitanya menghulurkan lolipop pecah yang masih disimpan sejak kecil dulu.

Komedi di dalam Kung Fu Hustle berjaya menjadi formula yang berkesan untuk menawan hati para juri filem.

Tuesday, March 29, 2005

bahasa oh bahasa



Isu pengajaran bahasa.

Polemik yang tak sudah. Isu bahasa, bahasa dan bahasa. Aku pun dah bosan.

Kasihan pelajar-pelajar sekarang dijadikan bahan eksperimen untuk menguji sebatian formula dari pemimpin-pemimpin negara.

Isu sesuatu sistem macam juga bola sepak. Kita tak boleh menyuruh pemain negara bermain seperti Brazil atau pun seperti Eropah.

Kenapa? Sudah tentu kerana faktor fizikal, mentaliti, kebudayaan dan pelbagai alasan lagi yang perlu dikaji dan diberi satu formula yang tepat. Dan apa pun kita perlu bermain bolasepak cara Malaysia.

Mendiang Bruce Lee mengekploitasi kepantasan dalam martial art. Sebabnya dia tahu bangsanya tidak akan menang jika beradu fizikal. Jangan jadi bodoh. Sedar diri!!

Itu sebabnya bola sepak Korea dan Jepun pantas. Barangkali Malaysia perlu menerapkan elemen silat. Mempraktik kemahiran mengunci bola atau kunci pasak bumi- aku bagitau contoh jelahhh!!

Berbalik isu bahasa.

Aku teringat masa sekolah dulu. Setiap kali pegawai pendidikan negeri mahu mengadakan lawatan prestasi maka bertukarlah kebanyakan cikgu menjadi gelabah anak ayam. Dipaksanya para pelajar lebih proaktif untuk bertanya soalan itu dan ini. Tutur kata mereka pula lebih tersusun. Dan pengajaran amat mendamaikan. Para pegawai pun tersenyum puas.

Baru-baru ini adik penulis yang belajar di matrikulasi mendedahkan satu realiti. Para pensyarahnya gundah di sebalik lawatan pegawai pendidikan. Full speaking presentation! Walhal sebelum ini pensyarah sendiri lebih selesa berbahasa ibunda dengan diselangi Inggerisnya dengan secukup rasa. Barulah nampak educated!

Ahh.., semuanya hipokrit. Barangkali para pegawai tak nampak betapa orang bawahan mereka bersikap bermuka-muka. Cuba sekali sekala jadi seperti Saidina Umar r.a. atau pun Sultan Alauddin Riayat Syah. Menyelinap untuk melihat kebobrokan orang bawahannya. Baru boleh tahu siapa jujur. Baru boleh tahu betul atau tidak hasil eksperimen kita. Faham!!

Kasihan tenaga pengajar kita juga dipaksa menanggung beban eksperimen para pengujinya.

Kalau pelajar adalah asid. Pengajarnya adalah tabung uji. Sistem barunya adalah api. Api kecil menjadi kawan tetapi besar menjadi lawan.

Jadi, marilah lihat hasil eksperimen kita. Wahai, para pelajar sekalian. Bersedialah untuk diuji!

Monday, February 28, 2005

pria terhebat



..aku pilih tajuk 'pria terhebat'.. untuk penulisan kali ini.. bukanlah niat aku nak anggap yang aku ni pria terhebat dalam bahasa Indonesianya atau lelaki terhebat dalam bahasa Melayunya... dan aku bukan juga nak bagitau yang aku ni peminat Sheila On 7... walaupun aku memang minat kat kumpulan itu dan juga kumpulan kumpulan Indonesia yang lain..... kumpulan DEWA, Shiela On 7 dan Peter Pan memang aku minat... minat sebab lagunya berbeza.. liriknya berbeza dan semuanya berbeza berbanding dengan artis Malaysia ni yang hampas jer.. walaupun tak semua.....opsss... ke lain plak aku melayang ni.... sorry.. berbalik kepada tujuan asal.... tentang lelaki hebat ni...

....macam mana yg dikatakan lelaki hebat ni..... apa kriteria yang perlu ada untuk jadi lelaki hebat ini....... aku pernah tanya kawan aku..."apa dia yang dikatakan lelaki hebat pada hang?".... dialog ini ada unsur kedah sikit sebab aku ni orang Kedah dan kebetulan plak kawan aku tu pun orang Kedah.... dia jawab.."bagi aku lelaki hebat adalah lelaki yang punya gaya tersendiri... gayanya mestilah berbeza dari orang lain... lelaki hebat tak perlu hensem.. yang penting gaya.." .....hmmm...... lelaki hebat adalah lelaki yang ada 'gaya'... itulah maksud kawan aku yang aku paham... sebab jawapannya kepada aku.... perkataan 'gaya' diulang sebanyak 3 kali... dan kawan aku itu memang gaya.... sikat sentiasa di dalam poket... dan cermin adalah barang yang paling dia suka.. pantang jumpa cermin... pasti dihunus sikatnya... hehehee.....

...hmmmm.... aku masih belum dapat erti kata lelaki hebat ini........ tapi bagi aku... lelaki yang hebat perlu ada ketenangan dan punyai sifat sabar yang tinggi..... bagi aku ketenangan akan buat kita nampak hebat... tapi susah nak buat buat tenang ni.... sebab tenang itu lahir dari dalam....... ketenangan dan sabar tidak boleh dicipta..... susah sangat kah nak jadi lelaki yang tenang dan sabar ini............. sebagai orang Islam aku rasa kita perlu mendapatkan ketenangan dari Pencipta...kembalilah kepada tuhan... dan segalanya ada pada-Nya........ selangkah kita kepada Pencipta...seribu langkah Dia kepada kita.............