Thursday, November 15, 2007

kerja aku

hmmm....... lama rasanya aku tak menulis... walaupun gian sangat nak menaip kat blog sendiri.. tapi kesempatan tu tak ada dan kerja membataskan masa aku..

bila sebut kerja ni.. aku baru sahaja memulakan kerja atau kerjaya pertama aku selepas grad pada awal bulan September yang lalu..

jadi kalau ikut kiraan aturan bulan.. aku sekarang dah hampir 3 bulan kat kompeni ni.. Alhamdulillah karier aku sebagai penganggur cuma dalam sebulan jer.. dan kerja aku sekarang adalah interviu aku yang kedua.

aku sekarang bekerja sebagai project engineer kalau ikut dalam name card yang company bagi... aku sekarang dalam bidang construction iaitu M&E (mechanical and electrical).. company aku ni adalah kontraktor untuk aircond and ventilation system, fire fighting and banyak lagilah.. tapi yang main ialah air & ventilation...

walaupun baru masuk je.. aku dah kena handle 3 projek... mula mula tu rasa stres and penat juga.. tapi dah dalam bulan ketiga ni.. aku layan jer.. hehehe..

aku kena handle projek IKM Beranang yang baru buat, renovation hotel Park Royal KL untuk 4 tingkat sahaja.. dan Temple of Fine Art kat Bangsar..

seronok juga kerja ni sebab banyak kena deal dengan orang dan yang paling best ialah tak ada punch card... haha.. tapi sebagai engineer ni kita kenalah ada etika dan tanggungjawab..

huhh... dah ler kot ni.. cukup nak hilang gian menulis dah..

Monday, August 20, 2007

aku melayu

aku seorang lelaki Melayu.. anak kepada dua orang insan yang juga Melayu... datuk aku Melayu.. nenek aku Melayu.. aku merupakan pemegang diploma sebuah universiti Melayu... dan juga pemegang ijazah di sebuah universiti Melayu juga... aku juga merupakan sebuah warganegara negara yang Melayu merupakan bangsa majoriti... oleh sebab itu aku punya sebab yang sangat kuat untuk mempertahankan bangsa aku iaitu bangsa Melayu... oleh sebab itulah juga aku punya alasan untuk tersinggung dengan sesiapa sahaja yang menghina bangsa aku... aku telah membaca lirik penuh lagu negarakuku... sebagai manusia dan lelaki Melayu yang punya perasaan.. aku rasa marah dan sangat tersinggung... penghinaan bangsaku dari seorang lelaki yang merupakan dari kaum yang bukan dari tanahair ku ini.. mungkin bapaknya yang datang ke negaraku ini.. atau mungkin juga datuknya yang datang ke negaraku ini.. tetapi yang pasti keturunanya yang datang ke negaraku ini...

negaraku.. tajuk lagu kebangsaan Malaysia.. dan terdapat juga undang-undang yang melindunginya iaitu...

AKTA Lagu Kebangsaan 1968 (Akta 390) telah diluluskan sejak tahun 1968 oleh Parlimen Malaysia dan melalui proses semakan pada tahun 1989. Akta ini diwujudkan bagi menjaga kredibiliti, prestij, kewibawaan dan maruah lagu Negaraku yang merupakan satu-satunya lagu kebangsaan negara.

tetapi si pengkhianat yang tidak sedar diri dari golongan pemakan babi ini telah menghina lagu negaraku.. aku tak peduli jika ia sekadar lagu... tetapi ia lebih dari sekadar lagu... ia lambang kesatuan negaraku.. lambang perjuangan dan air mata bangsaku untuk melihat negara ini berdaulat dan merdeka....

banyak lagu lain lagi yang boleh dia ubahsuai nak jadi rap ke.. zapin ke.. nak jadi apa saja pun aku tak peduli.. ambillah lagu Mawi ka.. lagu Siti Nurhaliza ka.. ubahlah jadi apa saja... tetapi TIDAK untuk apa sahaja yang mewakili agamaku.. bangsaku dan negaraku...

tak rugi kita kehilangan warganegara pemakan babi yang biadap ini... lucutkan kerakyatannya.. biar dia terus belajar dan menetap sampai mampos di negara samseng macam Taiwan tu..

selamat hari merdeka yang ke 50 tahun....

Saturday, June 02, 2007

Minta Kerja

"If you ever find a man
who is better than you are-hire him"
-David Ogilvy

hmmm... Alhamdulillah.. aku dah hampir nak rasakan nikmat menjadi seorang graduan lepasan ijazah... rasa cepat sangat masa berlalu... masih terasa lagi kegagalan dulu...

tapi aku tetap yakin aku boleh dapatkan segulung ijazah... benar kata orang bijak pandai dulu... kita tak akan menjadi seorang yang gagal selagi kita tidak berputus asa dan terus mencuba..... tapi semuanya bergantung kepada keputusan exam yang akan keluar nanti...

tetapi sementara menunggu keputusan yang bakal keluar ni... aku sekarang tengah kalut buat resume nak minta kerja.. takut nak jadi penganggur dengan umur sekarang... ditambah pula dengan kawan-kawan yang dah kawin dan siap dah jadi bapak lagi... tekanan beb.. hahaha...
sengaja aku mulakan entri aku ni dengan kata-kata David Ogilvy tu... bukan senang nak cari dan dapat kerja ni... tapi kena usaha jugak kan....

doakan aku yea.


"Some people dream of success...
while others wake up and work hard at it"

Tuesday, May 22, 2007

Selamat Hari Guru

Selamat Hari Guru... walaupun telah berlalu... tetapi kita masih dalam bulan Mei lagikan... sesungguhnya jasamu guru memang tiada tolok bandingnya... bila Hari Guru jer.. maka penuhlah rumah aku dengan bermacam-macam hadiah dan bunga... mak aku yang tercinta juga seorang guru... bagi aku ibuku seorang guru yang sangat berdedikasi.. ia terlalu sayangkan anak muridnya... kenapa aku cakap sayang.. apa tidaknya.. rumah aku pernah didatangi dengan muridnya dengan 2 buah bas penuh termasuk 3 biji kereta guru.. setiap ruang dalam rumah dan luar rumah penuh... tapi memang disiplin sungguh budak-budak tu.. apa taknya.. diaorang beratur dalam dua barisan untuk mengambil makanan.. dan barisan itu panjang sampai keluar pagar depan rumah.. hehehe...

bila sebut tentang guru ni.. aku sekarang buat part time jadi cikgu tuisyen rumah dengan 2 subjek iaitu Sains dan Bahasa Melayu.. aku kena ajar Bahasa Melayu dengan alasan aku mat bunga.. opsss... sebab BM UPSR aku A.. PMR juga A.. dan SPM pula A1.. ni alasan depa (diorg) selepas curi-curi tengok sijil-sijil aku... Sains pulak sebab mak aku cikgu Sains... apa-apa pun aku gembira menjadi cikgu tuisyen untuk 2 orang anak muridku iaitu Hana dan Izzat.....

SELAMAT HARI GURU

Monday, April 16, 2007

Jangan Pandang Tepi

hmmm... rabu baru ni.. aku dan kawan rumah aku Furd pergi tengok wayang kat TGV Bukit Raja... kami tengok cerita movie Jangan Pandang Belakang.... cerita yang agak menarik.. dan bagi aku inilah filem Melayu seram yang boleh kita banggakan sedikit.. jika nak dibandingkan dengan cerita Pontianak Sundal Malam tu.. hantu yang kontrol ayu plak.. nak jadi hantu.. tapi nak mekap tebal tebal.. apa hal.. dan cerita hantu macam sekumpulan orang gila yang suka sangat menjerit.. cerita Mistik.... serta cerita hantu yang aku rasa macam nak sepak je pengarah. pelakon dan semua kru.. cerita 7 Perhentian.. hantu yg suka berenti kat R&R Highway... kesimpulan cerita JPB ni bolehlah ditonton.. tetapi ia akan lebih menarik kalau jalan cerita ditambah serta dipadatkan lagi... bagi aku pelakon terbaik ialah Opah dan Tok Imam...

Friday, April 06, 2007

THE NEXT FIVE YEARS IN MY LIFE

hmmm... aku baru lepas antar assignment kepada lecturer aku.. dah terbuka blog aku ni.. so aku pun copy je apa yang aku tulih dalam blog.. lec aku bagi last asignment dengan kena cerita apa yang aku plan untuk 5 tahun akan datang...

THE NEXT FIVE YEARS IN MY LIFE

Actually I have never ever though of what will I be after five years time. But as this assignment is given, it gives me opportunity to evaluate and estimated what my life will be and how it will become. Basically during these five years, which after graduating I am sure will be involves in working environment. My plan after graduating is to be part of manufacturing industry. I chose this industry because it will give better experiences than others industry about how to develop and manage business. Furthermore if I work in manufacturing industry it will provide me useful experience and most importantly challenge when I work under pressure and how to manage workers under my supervision. By having this opportunity I’m sure that I will be more confidence in life and applying all of the engineering knowledge in actual work. Engineering is not about passing an exam and obtain a piece of paper, but is about how we approach problem. In the other hand, by involving job with multilevel of employees is the best opportunity for me in order to survive and excellent working in teamwork.

During these five years I will get married to a nice and my beloved woman after growing up our relationship for almost three years. During this period we could manage ourselves tend to survive since a lot of problems appear when this relationship growing. That is because the power of love growing inside our heart through from the bottom of journey in our life. Therefore from this moment I hope that I could build happiness family with several of children and life together till the end. After five year, where I have plenty of money that can use as a capital for develop my own company, I will quit working as an engineer in factory that is not mine and become a technoprenuer for my own company.

The reason why I chose is to become a technoprenuer because by viewing to the Islamic point of view this field can be the best key to success in my career and life. Since the business is golden opportunity to develop career and gain lot of income. I also want to motive myself in order to polish up my skilled in applied creativity, thrive in response to challenge and look for unconventional solutions.

Thursday, March 22, 2007

aku dan ujian

...hmmm... aku baru lepas ujian dua atau bahasa yang lebih mudah lagi kerap didengar merangkap bahasa orang puteh iaitu 'test 2'... bagi aku test ini paling mencabar... bukan kerana soalannya.. bukan kerana subjek ini.. tetapi kerana sistem biologi badan aku sendiri... apa tidaknya.. dah le soalan banyak... jari-jari tangan terpaksa menggunakan turbo agar lebih laju untuk menulis dan menekan kalkulator... aku rasa gerakan tangan aku tadi lebih laju dari tangan suami yang nak sentuh isteri di malam pertama... hahahaha..... terpaksa buat cepat takut tak sempat.. banyak gila soalan...

dah ler terpaksa menahan ke toilet sebab nak buang ayaq kechik... budak belakang aku pula dok sepak sepak kerusi minta jawapan... sian pulak aku tengok dia.. aku bagilah dia nampak sikit... Alhamdulillah aku dapat juga buat walaupun tak jawab semua... pas tu terpaksa jalan mengepit macam anak dara jalan depan mentua ke toilet..hahaha...

...sebut tentang peniruan ni.. teringat kawan aku masa sekolah dulu.... dia bawa masuk sehelai kertas toyol yang ada formula-formula nak tiru.... tapi yang bijaknya kawan aku tu... dia ikat sekali toyol tu dengan skrip jawapan.... apa lagi... jadi pelajar bukan contoh sepanjang tahun.... hahaha

Monday, March 12, 2007

berdua lebih baik

...suatu petang yang damai... ketika aku, arn dan apit melepak di koeteow iman... sebenarnya perjumpaan ini bulan lepas ketika cuti tahun baru cina... duduk bertiga menikmati koeteow kerang telur atas kesukaan kami sejak warung tepi jalan itu dibuka lagi... tempat ni dah jadi macam venue rasmi aku, arn dan kawan-kawan lain.. mungkin sebab keenakan koeteow kerang ya, mungkin kerana enaknya nasi lemak yang beraga-raga yang dulunya berumur 3 kupang atau 30 sen.. dan sekarang dah meningkat umur 5 kupang... dan saiznya tentulah bertambah mengikut umurnya.. dari 34A menjadi 36B... hahaha.. dan mungkin juga kerana tempat yang strategik... berada di persimpangan traffic light.. kelihatan bas-bas ekspres menyusur... hmmm... ehhh... aku bukan nak cerita tentang tempat tu....

.....tapi nak berkongsi tentang nasihat kawan aku tu.....

apit, "man.. hang tau tak perempuan atau isteri ni tak bernilai langsung.."

man, "ehh.. awat hang cakap macam tu pulak.."

apit, "sebenarnya nilai isteri atau wanita ni terletak kepada suaminya.. kalau isteri tu kita sayang dia, jaga dia leklok dan hormati dia... maka nilai seorang wanita atau isteri itu sangat-sangat tinggi..... tapi kalau isteri tu kita tak jaga leklok.. kita sepak terajang dia macam sampah... maka isteri tu macam dah tak ada nilai langsung.. macamana pun.. nilai seorang isteri tu sangat tinggi dan tak akan berubah selagi isteri tu setia dan menghormati suaminya.."

arn, "2 perkara je yang sangat lelaki perlukan dari seorang wanita atau isteri ni... iaitu SETIA dan SEKS sahaja.. kalau dah isteri tu dapat berikan dengan terbaiknya 2 perkara ini.. maka percayalah kekal selamanya"

.....hmmm... sebenarnya banyak lagi perkara yang aku dapat kongsi pada malam tu.. aku cuma harap dapat menjadi suami yang terbaik untuk wanita pilihan aku nanti.... bukan kesempurnaan yang aku cari dari seorang wanita.. tetapi aku mencari seseorang yang dapat berkongsi kekurangan dan bersama mencari kesempurnaan itu... aku harap dia mengerti....

Monday, March 05, 2007

jatuh

..wuaaawuaaaa... botol perfume aku jatuh dan pecah... entah mengapa sekarang ni... asyik nak jatuh dan pecah je barang-barang aku.... seharian bilik aku berbau wangi... hilanglah FANTASIA Mawi yang aku beli kat Skudai Parade dulu.. masa loan tengah masuk dulu...

Wednesday, February 28, 2007

naluri lelaki

.......kelas ditamatkan sejam lebih awal... kelas yg bermula 8.30 pagi dan berakhir 9.30 pagi.. patutnya habis 10.30 pagi.... semua budak kelas aku tersenyum girang... tapi aku tak sempat nak senyum.. aku mengelamun tentang perbualan dan nasihat aku kat seorang kawan dua malam lepas.. dan dia jumpa aku semalam lagi.....

2 malam lepas
kwn aku: "aku tension-lah dengan awek aku ni... asyik nak aku tepon dia setiap masa.. setiap ketika dan hampir setiap waktu... sampai aku terpaksa bawa hp dalam toilet... sebab dia tak bagi letak tepon... macam mana aku nak buat ni??"

aku : "hmmm....ko cakap je kat awek ko tu. kalau awak nak yang dok tepon setiap detik dan ketika, sanggup naik motor dalam hujan pi hantar minyak cap kapak sebab awak pening lalat je... awak cari lelaki yang mata juling, hidung kemek dan gemuk gedempol!!"

selepas aku bagi semangat dan beranikan dia untuk cakap macam tu ngan awek dia.. dia nampak sangat yakin...

semalam
aku: "ko dah bagi tau dia?"

kwn aku: "aku dah cakap kat dia macam yg ko ajar... tapi... aku pulak yang kena marah dan kena leter.."

aku : "abis tu ko buat apa?"

kwn aku: "aku rela dan pasrah je......"

moral: pompuan ni tak tau kita ni sayang kat dia (dialog guna nada iklan mat rempit patah kaki dulu kat rtm)

Tuesday, February 20, 2007

Beruk

beruk

Thursday, February 08, 2007

Rumput 2

"Pijaklah saya
Semahu hati kamu
Biarlah saya sakit
Saya sakit pun tak apa
Asalkan bila kamu jatuh nanti
Kamu tak akan luka sedikit pun.."

"Teruslah memijak saya
pijak dan terus memijak saya
kerana nanti akan ada denai untuk saya
gunalah denai ini sebagai jalanmu ke mana saja
Asalkan kamu tak akan sesat nanti
tidak meraba mencari jalan..."

"Pijaklah saya lagi
memang saya sedia dipijak
asalkan kamu dapat berjalan...
saya sedar saya hanya layak di bawah tapak kakimu untuk terus dipijak...
biar saya dipijak hingga layu dan terus mati..."

Thursday, February 01, 2007

Rumput

rumput

Tuesday, January 23, 2007

aku dan tahun baru

Tup.. tap.. tup.. tap... bunyi tapak kaki melangkah hingga hari ke 23 tahun baru 2007... hmm.. entah mengapa aku mulakan penulisan kali ini dengan bunyi derap tapak kaki... tapi bunyi kita berjalan macam tu ke? aku cuma gunakan bunyi tu kerana dalam novel atau buku dongeng rakyat telah menetapkan standard bunyi orang berjalan macam tu... tapi aku rasa kalau aku berjalan dari Kedah sampai Johor pun.. tak akan dengar bunyi macam tu...

hmmm.. dok mengarut tentang bunyi tapak kaki plak.. biarlah nak bunyi apa pun... yang penting aku tetap bersyukur dipanjangkan umur hingga saat ini.. sekejap sangat masa berlalu.. dalam diam aku dah masuk umur 26 tahun.. mak aku cakap abah aku dalam umur 26 tahun ni dah 2 anak.. tapi aku umur 26 tahun ni tak buat anak lagi... macam mana nak dapat anak kalau hari hari dok selak buku lagi.. lainlah kalau dok selak kain bini tiap-tiap hari.. hahaha

tahun 2006 dah berlalu.. banyak kenangan terindah yang aku lalui.. dan dalam bulan terakhir tahun 2006 aku temankan mak ayah aku beserta 2 adik pompuan aku yang kecil lagi melancong ke sebahagian negara Malaysia ni.. bermula dari Kedah hingga ke Johor.. banyak tempat yang aku singgah.. Zoo Taiping pun aku singgah.. pastu pergi rumah mak angkat aku kat Teluk Intan.. kemudian ke Johor, Negeri Sembilan etc.... sepanjang perjalanan ni.. akulah jadi driver sepenuh masa... penat tapi syok dapat tengok tempat orang ni.. aku juga dapat buat mak aku senyum sampai tak habis-habis.. sebab bawa dia pi syurga wanita... iaitu pusat jualan kain-kain di Tangkak, Johor dan Nilai 3, Negeri Sembilan... habis dekat RM400 beli kain baju sahaja untuk dia.. mak cakap stok setahun.. hehehe.... banyak juga tempat menarik kami pergi.. mak ayah aku ni suka cari tempat makanan yang terkenal kat tempat orang ni.. kami pergi Anjung Warisan kat Johor.. tempat makan kat atas pokok dan kedai MZ sup tulang.. ayah aku suka sekali kat sup tulang tu.. hehe.. pastu kami try juga makan ikan bakar kat Sabok Aur kat tepi sungai muar... puas dok makan ikan.. dan aku juga bawa mak ayah aku makan sate Kajang kat restoran jejantas Sg. Buloh.. plan asal tu nak bawa makan sate Kajang kat Putrajaya..tempat aku selalu pergi.. tapi tak jadi pergi pulak.. dah penat sangat dan nak balik rumah je lepas seminggu berjalan..

tetapi dalam percutian kali ini... aku tak dapat lupakan pengalaman terperangkap dalam banjir di Johor Bahru.. bayangkan perjalanan dari skudai ke Pasir Gudang yang selalunya 40 minit je menjadi berjam-jam.. aku bertolak dari Skudai dalam pukul 10.30 malam tetapi sampai di Pasir Gudang pukul 6.40 pagi... terperangkap paling teruk dekat Kampung Melayu Majidee... pengalaman yang sangat bernilai...

hmmm... dah rasa macam panjang sangat aku tulih ni... dah lah kot..

dan pada 17 hb. Januari 2007 baru ni.. nenek aku yang tersayang meninggalkan dunia ini pada pukul 1.30 pagi.. menghembuskan nafas terakhirnya di rumah mak ngah aku... nenek pergi dengan tenang kerana semua anaknya telah berjaya.. dia pergi dengan tenang tanpa sakit yang teruk.. cuma penat sedikit saja... moga dapat sedekahkan Al-Fatihah untuk nenek di sana....

Friday, January 12, 2007

Telanjang

telanjang

Saturday, January 06, 2007

Korek-Korek

nasi korek2

Tuesday, January 02, 2007

Lebih Jimat

lebih pekat