Assalamualaikum...
Tup... tap... tup.. tap... tup.... tap..... bunyi orang berjalan.. atau lebih tepat lagi digambarkan sebagai bunyi orang sedang menapak dengan tapak kaki sendiri dalam banyak novel-novel melayu.Tapi aku rasa, biar berjalan kaki dari aloq setaq sampai johor pun.. kita berjalan tak bunyi macam tu... tapi biarlah.. buat pening kepala je fikir benda tu.. biar bunyi macam mana pun... aku tetap boleh berjalan juga kat muka bumi ni.. Alhamdulillah.. syukur sangat sangat bila kita masih ada kaki untuk tup.. tap. .tup dan tap... sebab ada senior aku kena potong kaki dia akibat kanser... dan pada hari sabtu yang lepas dia telah kembali kepada pencipta manusia.. sedekah al-fatihah kepada dia.. al-Fatihah.......
.........sebenarnya aku mulakan penulisan ini dengan bunyi tapak kaki tu.. adalah untuk mengambarkan yang aku telah mula belajar dalam semester yang baru kat UiTM ni... sekarang dah seminggu aku kat shah alam ni... memang agak kalut dan serabut aku pada minggu pertama ni... biasalahkan.. apa saja yang baru nak mula memang sukar sikit... macam orang baru kahwinlah... nak cari umah.. nak cari perabot... nak cari sofa.. nak cari dapurlah... macam-macam lagilah... tapi kebanyakkan pasangan yang baru kawin.. mesti pi beli tilam dulu.. aku tak tau sebab apa sebab aku tak kahwin lagi...tapi bila aku tanya kawan aku fahmy yg baru kawin... "sebab apa hang pi shopping tilam dulu??" dia kata, "bukankah separuh dari hidup kita adalah tidur..sebab tu aku pi cari tilam dulu.." fahmy menjawab sambil tersengih-sengih.. yang buat aku kureng yakin dengan jawapan dia.... ahhhhh... peduli apa aku.. nanti nak kahwin.. dapatlah aku jawapan dia.. hahhahaha...
Hmmmmm..... masuk sem baru ni... aku ingat nak mulakan penulisan aku tentang cerita CINTA...
Ada Apa Dengan Cinta?.... macam tajuk filem indon pula yang pernah meletup kat Malaysia ni suatu masa dulu... tapi di sini aku bukan nak komen pasal cerita tu... cuma aku nak pinjam tajuk dia je sebagai persoalan...
aku pasti semua orang suka dengan cinta... sangat pasti sebab mencintai dan dicintai adalah lumrah setiap manusia..... tengok saja filem cinta.. pasti ada yang meletup saja.. ambil saja cerita Titanic tu... sampai ada yang menonton sampai seratus kali.. dan setiap kali dia menonton pasti menangis... aku tak pasti siapa orang tu.. cuma aku terbaca dalam akhbar je masa filem tu sedang meletup.....
bila sebut sahaja cinta... mesti kita tak boleh lupa pada dua watak utama dalam cinta iaitu lelaki dan wanita.... tipulah kalau ada lelaki yang tak sukakan wanita.. sangat tipu... kecualilah dia lelaki yang bukan lelaki.. gay lah tu... ishhh... minta simpanglah dan Alhamdulilah aku tetap lelaki sejati yang tetap tulen.. cewwaahhh..
....sebagai lelaki yang benar-benar lelaki...p astilah aku tak dapat lari dari menyukai wanita.. tak salahkan? ..nabi pun terasa sunyi tanpa wanita... apa yang tidak ada di syurga? ...semuanya ada...namun Adam tetap rindukan Hawa..
..kerana cinta manusia mahu terus hidup.. (dialog ni ada kat poskad filem BERLARI KE LANGIT) ...memang benar kerana cintalah saja manusia mahu terus hidup... menghambakan diri kepada Tuhan juga sejenis CINTA juga...
....sudah terlalu banyak juga kisah cinta yang aku telah baca atau tonton di tv... ada kisah cinta tragik.. ada juga yang bahagia... kalau yang tragik tu.. aku pernah baca kisah cinta LEMBING AWANG PULANG KE DAYANG... ia mengisahkan tentang seorang lelaki bernama AWANG yang sanggup mengembara untuk mencukupkan duit hantaran bagi mengahwini DAYANG... tapi ketika dia pulang dengan harta kekayaan.. pada hari tersebut dia telah melihat dayang mengahwini BUYONG.. anak ketua kampung... kerana terlalu kecewa.. dia melontar lembing terbang hingga membunuh hampir 40 org kampung dan akhirnya lembing itu berhenti setelah menembusi badan dayang... aku teringat dialog AWANG dalam kisah tu... "bila cinta tidak lagi beharga..biarlah senjata berkata kata!!"
.....tu cerita melayu... kalau cerita omputeh tu plak.. tengok sahaja cerita cinderella... aku suka cerita tu sebab dalam cerita tu... taraf hidup, harta kekayaan dan pangkat bukan ukuran.... bagi aku.. itulah sebenar definisi cinta... cinta tak boleh diukur oleh semua harta dunia... dalam cerita itu... bagi aku cinderella tak patut melarikan diri bila hampir pukul 12 malam.. mengapa hendak takut dirinya dalam keadaan asal... mengapa dia takut untuk dilihat dalam pakaiannya yang asal itu yang bukan lagi gaun hebat... kalau putera raja itu memeluknya dalam pakaian yang compang camping itu... maka benarlah cinta mereka itu cinta yang hebat... lihat sahaja betapa sukarnya putera raja itu merantau setiap ceruk mencari cintanya... dan akhirnya mereka bahagia.
...kesimpulannya bagi aku... andai kita bercinta.. janganlah memurahkan cinta yang sememangnya mahal.. dengan menganggap harta kekayaan dan taraf hidup sebagai ukuran untuk bercinta..... bercintalah dengan ikhlas.. yakinlah bahawa keikhlasan dan saling mempercayai adalah asas utama sebuah percintaan...
No comments:
Post a Comment