Sunday, March 30, 2008

Pensel 2008

"5 Important lessons to learn from a humble pencil.... First, it tells you that everything you do will always leave a mark. Second, you can always correct the mistakes you make. Third, what is important is what is inside you and not outside you. Forth, in life you will undergo painful sharpening which will make you better in what ever you do. Lastly, to be the best, you must allow yourself to be held and guided by the hand that holds you...."

hmmm....... tahun 2008.... tahun baru untuk bulan yang ketiga dan hampir untuk permulaan bulan baru bagi tahun 2008... dan entri ini adalah entri pertama aku untuk tahun 2008... aku mulakan entri aku yg pertama untuk 2008 dengan tajuk 'pensil'... sengaja aku memilih pensil untuk difikirkan dan mungkin ada sesuatu tentang pensil yang boleh aku inspirasikan untuk pedoman perjalanan hidup aku... setiap kita bebas untuk memilih apa saja untuk diinspirasikan... yang penting kita hendaklah sentiasa berfikir.. berfikir dan terus berfikir... nabi pernah pesan yang berfikir sesaat lebih baik dari solat sunat seribu rakaat tanpa berfikir..... berfikir juga yang dapat membezakan antara kita dan haiwan dan antara kita sesama kita.......

tahun 2008... aku dah kerja di tempat baru.. Alhamdulillah rezeki yang Allah kurniakan ini buat aku lebih bersyukur.... aku mula kerja ditempat baru pada 7 hb Januari yang lalu di sebuah syarikat yang terlibat dalam bidang oil & gas.... kerja aku memang banyak depan komputer jer... design platform minyak... kerja yang menarik dan kena pakai segak segak kat pejabat.... kadang-kadang rindu pulak dengan topi keselamatan putih.. kasut keselamatan hitam dan tali pinggang bertali dan rupa yang comot kat site dan panjat-panjat bangunan... hahaha..

....dalam bulan ketiga di tahun 2008 ni.. banyak perubahan yang dapat kita lihat... wind of change... Alhamdulillah negeri tercintaku telah selamat diPASkan... tempat aku menetap aku pulak kat selangor ni telah selamat diADILkan... semoga angin perubahan ini menjanjikan seribu rahmat dan perubahan dan yang paling penting bagi negara tercintaku Malaysia..... aku bukan penyokong tegar Pas, Adil atau UMNO.. tapi aku menyokong prinsip dan perjuangan yang sebenar... aku tak harapkan apa-apa bila tengah malam aku pi masukkan cd calon pas kat peti-peti surat rumah orang.. gantung bendera pas dan keadilan... berarak bendera pas dan adil dengan kereta..... aku cuma nak lihat kebenaran yang menang.. aku akan menyokong parti yang bawa kebenaran sahaja.. tapi andai PAS dan ADIL pula lari dari perjuangan... aku juga akan menentang mereka.... KEKUASAAN BUKANLAH UNTUK DIBANGGAKAN ATAU DIPINTA DAN DIRAYU... TETAPI KEKUASAAN ADALAH AMANAH YANG DIPERTANGGUNGJAWABKAN OLEH ALLAH...... selangkah pemimpin melangkah ada seribu mata yang melihatnya.. sepatah kata pemimpin bersuara.. akan ada seribu telinga yang mendengarnya......

semoga tahun ini memberi seribu rahmat dan kebahagiaan buat aku dan semua rakan seluruhnya..... jadikan setiap hari adalah hari terbaik kita... jadikan setiap hari adalah hari teristimewa kita dan jadikan setiap hari kita adalah hari yang paling dekat dengan pencipta aku, kamu dan segalanya iaitu Allah S.W.T.