Tuesday, December 21, 2004

aku perlu berubah

....assalamualaikum.... selamat bertemu kembali.... rasanya terlalu lama aku tidak menulis lagi... tapi aku masih disini... kekadang tu... menulis ini perlu kekuatan... menulis ini perlu ada perasaan.... menulis ini perlu ada rasa..... aku tak mampu untuk menulis tanpa ada rasa... aku perlukan rasa... dan mungkin juga masa untuk menulis.. hehehe......

sekarang.... kuliah telah bermula..... perjuangan aku bermula kembali..... aku perlu berjuang hingga ke titisan dakwat yg terakhir........ biar bertatih langkah ku... tapi aku tetap mengharunginya jua........ hmm.... tahun 2004 kian di akhiran..... tahun 2005.. kian di permulaan.... tapi apa ada pada tahun.... rasanya... tiada apa apa pada tahun ini... ia cuma melengkapkan aturan hari...atau tahun....biasa sahaja tahun ini kan??? .....tapi ramai orang menunggu tahun baru untuk berubah.... azam baru katanya...tapi mengapa tidak berubah dari sekarang... saat ini dan tika ini... huhhh... inilah manusia.... punya pelbagai alasan untuk berubah.... tapi??? ...cakap senanglah kan... aku pun susah nak berubah... (sebab aku pun manusia jugakkan) ...tapi aku rasa manusia perlu berubah..... berubah dan terus berubah.... jangan mudah berpuas hati dengan apa yg sedia ada.... bagi aku manusia perlu ada impian... perlu ada kesungguhan.. perlu ada keinginan... perlu ada keghairahan untuk berjaya dalam hidup....... hehee.... wah!!! ...macam pakar motivasi pulak aku ni.... tapi semua yang aku kata ini bukan untuk orang lain sahaja... tapi sebenarnya untuk aku... untuk aku kuatkan semangat... untuk aku bermotivasi kembali... dan yang paling penting aku tidak malas lagi... hehee.... benarlah kata orang... "bila satu jari kita menunding orang lain... empat lagi jari kita akan menunding diri sendiri.. "....Gambatte Kudasai.. (dalam bahasa Jepun ni... bersemangatlah)....... hmmmm........... semoga hari hari yang ada ini di tahun yg kian di akhiran ini.. menjadi persediaan untuk kita merancang perancangan tahun akan datang... manusia yang berjaya ialah manusia yang berani berubah....... sesungguhnya... manusia adalah makhluk ciptaan Tuhan yg terbaik....... tapi tak ramai dari kita yang tahu menjadi manusia yang benar benar manusia....... sesungguhnya manusia yang terbaik ialah manusia yang kenal Penciptanya........

Wednesday, November 10, 2004

aku dan sesuatu

Tik... tok.. tik.. tok..jam berdetik.. (macam tu ker bunyi jam berdetik??)... biar apa pun bunyi jam berdetik... jam akan terus berdetik... walaupun jam aku ni berhenti berdetik bila habis bateri... tapi jam rumah aku akan terus berdetik... kalau jam rumah aku habis bateri... jam ayah aku masih lagi berdetik... kesimpulannya masa itu akan terus berjalan... masa tidak bergantung kepada jam... tapi jam yang bergantung kepada masa... jika masa tidak wujud sekarang ni... maka jam pun tidak bernilai dan wujud... jika tidak wujud masa... kita hanya memandang jam itu tidak lebih dari satu alat mekanikal yang mempunyai dua jarum... satu jarum panjang dan satu lagi jarum pendek... hmmm... bila sebut tentang masa ini... dalam Al-Quran juga ada disebut tentang masa... dalam satu surah tu yang selalu kita baca tu... Tuhan berfirman... "Demi masa sesungguhnya manusia itu berada dalam kerugian kecuali orang yang beramal solleh..." bila sesuatu tu disebut dalam kalam Allah ini... maka benda atau perkara itu akan dianggap penting...

Aku bukan nak bercerita atau nak bersyarah tentang kepentingan masa atau menggunakan masa dengan terancang... sebab aku rasa dah banyak pakar motivasi yang boleh cerita tentang semua itu... walhal ayah aku sendiri pun selalu berkata tentang perancangan masa ini... tapi aku Cuma nak kaitkan masa dengan hidup aku ni... sebab dengan masa... aku secara sedar atau buat-buat tak sedar.. dah melalui hidup ini hampir 23 tahun... hmm... rasa macam dah tua plak... sepatutnya aku perlu rasa tua sebab aku dah bukan lagi budak belasan tahun lagi... aku dah masuk puluhan tahun... bila aku kenang balik apa yang berlaku sepanjang 23 tahun yang lalu... banyak sungguh pengalaman yang aku lalui... ada cerita suka dan duka... aku rasa semua orang akan kata macam tu... sebab 23 tahun ni bukan waktu yang singkat kan?

...walaupun dah 23 tahun ni.. aku rasa aku masih belum dapat membuktikan sesuatu kepada keluarga aku khasnya dan kepada dunia amnya... kekadang tu aku cemburu juga dengan kejayaan orang sebaya aku macam Muqarrabin... budak UiTM yang dah dapat menjadi pelajar pertama di Asia Tenggara ni yang dapat berdiri megah kat puncak Everest... nampak memang senang... tapi dia dah lalui macam pahit getir untuk sampai ke tahap itu... tapi aku?... setakat berdiri megah kat Gunung Jerai (pusat pelancongan kat Kedah ni) tu adalah... tapi kalau Muqarrabin naik berhari hari nak sampai... aku pulak naik tak sampai 2 jam... dengan pajero plak... jadi apa aku nak bangga??... tapi aku tetap kena tanam azam... dan korang juga mesti tanam azam... kita mesti buat sesuatu dalam hidup ini... sebelum kita menghembus nafas yang terakhir dan meninggalkan dunia ini... kita kena buat sesuatu... memanglah kita bukan Bush (presiden Amerika yang baru menang tu)... boleh mengubah dunia... atau boleh suka-suka tuduh orang tu pengganas... orang ni pengganas... boleh suka-suka juga serang negara orang... dari bapak dia.. sampai anak dia... semuanya tak guna... betullah kata orang tua-tua dulu..."bapa borek.. anak rintik.." ..dua-dua tak guna... haaaa... marah gila aku kat dua manusia ini... maaflah kalau teremosional... memanglah kita tak boleh nak ikut perasaan sangat... tapi kalau dah hari-hari dah sedara aku terbunuh.. kena bom lah... banyak pula isteri yang jadi balu... memanglah aku terpaksa emosional... bukankah semua umat Islam itu bersaudara?... aku dah malas nak sebut tentang perpaduan... sebab aku ni siapalah kat dunia ni... bukan raja.. atau presiden sebuah negara... tapi tak kan aku nak duduk saja.. goyang kaki.. hari-hari mengira berapa ramai lagi saudara aku yang akan dibunuh!!!!