Monday, April 30, 2012

Reformasi 3.0

28 April 2012 mencatat satu lagi sejarah dalam hidup aku. pada hari itu aku menjadi saksi dan sebahagian dari sejarah BERSIH 3.0. Pada pagi hari tersebut, aku dan tiga lagi rakan aku iaitu yeop, nuar dan puyeng bertolak dari stesen lrt jelatik menuju ke stesen lrt Central Market lebih kurang pukul 10 pagi. keadaan dalam lrt agak penuh dengan penumpang dan ada yang berbaju kuning bersih 3.0, ada juga seorang wanita pertengahan umur mengedarkan risalah bersih.hampir jam 11 pagi kami tiba di stesen lrt CM. keadaan penuh sesak dengan orang berpakaian kuning dan hijau....

dalam keramaian itu aku berjumpa dengan YB Nizar, bekas MB Perak serta A Samad Said... Sempat juga aku bergambar dengan kedua-dua tokoh itu.... kemudian perjalanan diteruskan lagi dengan kami berjalan di sekitar CM dan Petaling Street... Nuar sempat lagi membeli stokin.. kemudian kami sempat juga membeli towel kecil untuk menutup muka akibat cuaca panas dan juga sebagai tanda sokongan BERSIH 3.0 kerana towel itu berwarna kuning. setelah jam hampir pukul 12 tengah hari, kami menjamah makan di McD dekat Pudu Raya. keadaan McD itu juga penuh sesak, tapi sempat kami makan McD lunch meal... makan dalam gelap kerana lampu McD ditutup dan bekas makanan yang penuh.. kira-kira 12.40 tengah hari, pintu McD ditutup dan tanda close diletakkan. Alhamdulilah kami sempat makan.

jam 1.30 tengah hari kami bergerak ke masjid jamek untuk solat Zuhur berjemaah... setelah selesai solat, kami bergerak menuju Dataran Merdeka... keadaan pada waktu itu penuh sesak.. nak berjalan pun terlalu sukar... tak pernah sepanjang hayat aku lihat manusia seramai itu... ramai golongan masyarakat tak kira tua muda bersama dalam himpunan itu... kami bergerak perlahan hingga hampir dengan kawat berduri yang diletakkan di dataran dengan ramai polis berbaris... kemudian Anwar Ibrahim tiba dengan sebuah trak pikap ke hadapan hadangan polis itu dan memberi ucapan yang sukar untuk aku dengar memandangkan terlalu ramai manusia....

tiba-tiba hadangan itu dirempuh dan semua polis melarikan diri, kemudian FRU menembak water canon daripada trak merahnya... aku berundur ke belakang...tiba-tiba gas pemedih mata datang bertalu-talu... saat itu aku hampir pengsan dan terasa sangat sesak nafas.. aku terus bergerak jauh dari situ... tetapi memandang orang terlalu ramai...aku bergerak agak perlahan... dalam kelam kabut itu... ada orang yang menghulurkan garam dan air mineral... aku tadah tangan dan lumurkan garam ke muka dan telan juga garam... alhamdulillah agak ok... dari dataran aku tiba di hadapan Maybank Pudu Raya.. aku terduduk di situ dalam keadaan lemah...

kemudian kekejaman polis tak habis di situ... mereka terus tembak gas pemedih mata dan membelasah sesiapa saja di hadapan mereka.... aku lari terus dan duduk di belakang kedai hadapan Pudu Raya... aku cuba telefon kawan-kawan aku yang hilang... mereka semua berada di lrt Plaza Rakyat Pudu Raya... aku ke situ berjumpa mereka dan menunggu tren ke Ampang untuk pulang.... walaupun sangat letih dan pedih mata... tapi kami puas kerana dapat tunjukkan bahawa rakyat Malaysia perlukan reformasi ke arah menjadikan Malaysia negara terbaik... himpunan ini hanya meminta sebuah pilihan raya yang adil... tapi rakyat yang meminta dihalau seperti haiwan tanpa maruah... "pain is temporary... but pride is forever"

Thursday, April 26, 2012

Keagungan Kalam-Mu

Sesungguhnya Al-Quran itu adalah mukjizat yang nyata.. Al-Quran adalah manual untuk hidup bagi seorang manusia… the way of life….. bacaan ayat-ayat sucinya mampu meruntun jiwa.. hati menjadi tenang….Ya Allah… lamanya aku tak mengalunkan mukjizatmu… aku leka dalam sibuk dunia yang sementara….. sesungguhnya kerugian yang amat besar andai tidak menjadikan amalan membaca Al-Quran itu sebagai amalan harian…… Ya Allah.. tetapkan hatiku untuk tidak menjauhkan lagi dari kalam-Mu….setiap surah dalam Al-Quran itu sangat bermakna dan membawa maksud yang sangat bernilai…..

dalam banyak surah.. surah yang paling suka aku alunkan dalam solatku adalah surah ad-Duha… aku mencintai surah tersebut sejak kali pertama aku membacanya hingga kini….  surah ad-Dhuha adalah penawar bagi mereka yang merasakan diri mereka disisih, ditinggalkan dan dibenci. Surah ini diturunkan sebagai menolak kata-kata musyrikin kepada Nabi Muhammad SAW bahawa Allah SWT telah membenci dan meninggalkan baginda SAW. Allah SWT dengan bahasa lembut menyejukkan jiwa Nabi SAW, bahawa Dia tidak tinggal dan bencikan Nabi SAW. Bagi mereka yang merasakan diri disisihkan manusia, hakikatnya, Allah tidak biarkan mereka kesepian. Dia sentiasa bersama, lalu, Dia pujuk jiwa yang disisihkan itu dengan jaminan bahawa hari esok adalah cerah dan lebih baik dari hari ini. Ad-Dhuha pengubat jiwa manusia yang resah dan memberikan kehidupan yang lebih baik jika diamalkan selalu.

Terjemahan: [1] Demi waktu dhuha, [2] Dan malam apabila ia sunyi sepi [3] (Bahawa) Tuhanmu (wahai Muhammad) tidak meninggalkanmu, dan Ia tidak benci (kepadamu, sebagaimana yang dituduh oleh kaum musyrik). [4] Dan sesungguhnya kesudahan keaadaanmu adalah lebih baik bagimu daripada permulaannya. [5] Dan sesungguhnya Tuhanmu akan memberikanmu (kejayaan dan kebahagiaan di dunia dan di akhirat) sehingga engkau reda - berpuas hati. [6] Bukankah dia mendapati engkau yatim piatu, lalu la memberikan perlindungan? [7] Dan didapati-Nya engkau mencari-cari (jalan yang benar), lalu Ia memberikan hidayah petunjuk (dengan wahyu - Al-Quran)? [8] Dan didapati-Nya engkau miskin, lalu Ia memberikan kekayaan? [9] Oleh itu, adapun anak yatim maka janganlah engkau berlaku kasar terhadapnya, [10] Adapun orang yang meminta (bantuan pimpinan) maka janganlah engkau tengking herdik; [11] Adapun nikmat Tuhanmu, maka hendaklah engkau sebut-sebutkan (dan zahirkan) sebagai bersyukur kepada-Nya.

Wednesday, April 25, 2012

Pelangi Petang

Kita jangan keliru, apabila wanita disebut sebagai isteri, bukanlah untuk merendahkan taraf wanita itu. Ia adalah sebagai suatu jaminan hak supaya mereka itu dipelihara, dilindungi dan dibela dengan baik oleh suami. Seorang isteri tentulah mempunyai tugas dan tanggungjawab terhadap suami. Tanggungjawab ini adalah suatu perkara yang serius dan tidak boleh diabai-abaikan. Isteri yang mengabaikannya senang mendapat laknat dan dikhuatiri termasuk ke dalam kategori isteri derhaka. Rasulullah SAW dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Aisyah RA bermaksud: “Aku pernah bertanya kepada Baginda: “Siapakah orang yang paling berhak ke atas isteri ?” Baginda menjawab: “Orang yang paling berhak kepada isteri ialah suaminya”. Kemudian aku bertanya lagi : “Dan siapakah orang yang paling berhak ke atas suami?” Baginda menjawab: "Orang yang paling berhak ke atas seorang suami ialah ibu kandungnya.” (Riwayat Bazar dan al-Hakim)

 Dalam sebuah hadis yang lain pula Baginda bersabda bermaksud: “Sekiranya aku dibenarkan untuk memerintahkan seseorang bersujud kepada orang lain nescaya aku perintahkan seorang isteri bersujud kepada suaminya.” (Riwayat Tirmizi dan Ibnu Hibban)

 Jika ada para isteri yang tidak menunaikan tanggungjawabnya kepada suami dengan sebaik-baiknya, dan menganggap tanggungjawab terhadap suami itu hanya membebankan dan menyusahkan dirinya, maka isteri yang sedemikian itu dikhuatiri termasuk di dalam kategori isteri yang menderhaka atau nusyuz. Apakah ciri atau tanda isteri yang derhaka itu? Ini perlu diketahui semata-mata untuk dijadikan langkah waspada agar para isteri terhindar daripadanya. Berikut diketengahkan antara ciri atau tanda isteri derhaka:

1. Tidak mensyukuri kebaikan yang dilakukan suami.  Sabda Rasulullah SAW bermaksud: “Aku lihat api neraka, tidak pernah aku melihatnya seperti hari ini, kerana ada pemandangan yang dahsyat di dalamnya. Telah aku saksikan kebanyakan ahli neraka ialah wanita. Rasullullah SAW ditanya: “Mengapa demikian ya Rasulullah?” Baginda menjawab: “Wanita mengkufurkan suaminya dan mangkufurkan ihsannya. Jikalau engkau berbuat baik kepadanya seberapa banyak pun dia masih belum merasa berpuas hati dan merasa cukup.”(Riwayat al-Bukhari)

Dalam hadis yang lain Rasulullah SAW bersabda bermaksud: “Kebanyakan ahli neraka adalah terdiri daripada kaum wanita.” Maka menangislah mereka dan bertanya salah seorang daripada mereka: “Mengapa terjadi demikian, adakah kerana mereka berzina atau membunuh anak atau kafir?” Baginda menjawab : “Tidak, mereka ini ialah mereka yang menggunakan lidah menyakiti hati suami dan tidak bersyukur akan nikmat yang disediakan oleh suaminya.” (Riwayat Muslim)
Ibnu Asakir pula menyebut: “Apabila seorang isteri berkata kepada suaminya, aku belum pun melihat atau merasa nikmat pemberian daripadamu, maka ketika itu gugurlah segala pahala amalan kebajikannya.”

2. Menyakiti hati suami Isteri yang suka menyakiti hati suami akan menerima balasan buruk sebagaimana sabda Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam: ”Seorang wanita menyakiti suaminya, maka isterinya yang bidadari itu berkata: Janganlah kamu menyakitinya semoga Allah mengutukmu, kerana dia (suami) itu disampingmu hanyalah sebagai orang asing yang akan berpisah denganmu menuju kami.” (Riwayat Ibnu Majah)

 3. Puasa sunat tanpa keizinan suami Sabda Rasulullah SAW: “Tidak boleh seorang isteri mengerjakan puasa sunat, jika suaminya ada dirumah, serta tidak dengan izinnya dan tidak boleh memasukkan seorang lelaki ke rumahnya dengan tidak izin suaminya.” (Riwayat Bukhari dan Muslim)

 4. Keluar rumah tanpa izin suami. “Apabila perempuan keluar rumah, sedangkan suaminya membencinya, dia dilaknat oleh semua malaikat di langit, dan semua apa yang dilaluinya selain daripada jin dan manusia sehingga dia kembali.” (Diriwayatkan oleh Thabarani di dalam al-Awsat) 

5. Meminta cerai daripada suami Sabda Rasulullah SAW bermaksud: “Mana-mana isteri yang meminta suaminya menceraikannya dengan tiada sebab yang dibenarkan oleh syarak haram baginya bau syurga.” (Riwayat Abu Daud dan Tirmizi)

6. Isteri yang tidak menunaikan hajat suami.  Sabda Rasulullah SAW: “Apabila memanggil suami akan isterinya ke tempat tidur, tetapi ditolaknya sehingga marahlah suaminya, maka akan tidurlah wanita itu di dalam laknat malaikat sehingga ke pagi.” (Riwayat Bukhari dan Muslim) 

Demikian sebahagian daripada ciri-ciri atau tanda isteri derhaka dan balasan buruk yang akan diterima di akhirat nanti. Semoga ianya akan memberikan manfaat dan kesedaran bagi kita semua, khususnya kaum isteri. Ketahuilah wahai isteri, sekalipun seseorang suami itu kejam atau jahat, HARAM bagi isteri itu derhaka dan menyakiti hati suaminya. Isteri wajib taat kepada perintah suami dengan keadaan apa sekalipun SELAGI SUAMI TIDAK MEYURUH KE ARAH KEMAKSIATAN. Ini adalah disebabkan oleh kemudahan jalan pintas untuk ke syurga yang Allah berikan kepada isteri itu dengan hanya menjaga solat, puasa, jaga kehormatan dan taat kepada suami.

 Sebagaimana sabda Rasullullah SAW yang bermaksud: “Perempuan apabila sembahyang lima waktu, puasa bulan Ramadan, memelihara kehormatannya serta taat akan suaminya, masuklah dia dari pintu syurga mana sahaja yang dikehendaki.”

 Sabda baginda lagi… “Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutup pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah dari mana-mana pintu yang di kehendaki dengan tidak berhisab.” Sebagaimana isteri firaun Asiah yang tetap taat dengan suaminya yang kafir sehingga beliau dipancung . 

Al-Quran surah At-Tahrim ayat 11 yang bermaksud: “Dan Allah mengemukakan satu misalan perbandingan bagi orang-orang beriman iaitu perihal isteri Firaun ketika ia berkata: “Tuhanku, binalah untukku sebuah istana di sisi-Mu dalam syurga dan selamatkanlah aku daripada kaum yang zalim.”

Permohonan Asiah diperkenankan Allah SWT, lalu Allah perintahkan kepada malaikat: “Sesungguhnya hamba-Ku memohon kepada-Ku dan aku perkenankan permohonannya. Maka perlihatlah kepadanya gambarannya kerana suaminya di dunia akan aku ganti dengan suami yang lebih baik di dalam syurga, istananya yang ada di dunia akan aku ganti dengan istana yang lebih baik di dalam syurga.” Wallahu’alam. 

Membiarkan orang lain sahaja yang bermotivasi dalam memperolehi pahala bukanlah sifat orang beriman. Jangan biarkan kata-kata negatif orang terhadap sesuatu yang baik untuk akhirat anda, membantutkan semangat. Jadikan ia pendorong dan motivasi dalam menuju kepada ketinggian akhlak.

Monday, April 23, 2012

Mencari Redha Suami

Mari hayati pesanan isteri 'Auf bin Muhlim Ashaibani kepada puterinya ketika hendak bernikah dengan al Haris bin Amr, raja negeri Kandah. Sewaktu utusan diraja hendak membawa pengantin untuk disampaikan kepada raja, ibunya berwasiat kepada anak perempuannya:

 "Wahai anakku! Kalaulah wasiat ini untuk kesempurnaan adabmu, aku percaya kau telah mewarisi segala-galanya, tetapi ia sebagai peringatan untuk yang lalai dan pedoman kepada yang berakal. Andai kata wanita tidak memerlukan suami kerana berasa cukup dengan kedua-dua ibu bapanya, tentu ibumu adalah orang yang paling berasa cukup tanpa suami. Tetapi wanita diciptakan untuk lelaki dan lelaki diciptakan untuk mereka.

"Wahai puteriku, sesungguhnya engkau akan meninggalkan rumah tempat kamu dilahirkan dan kehidupan yang telah membesarkanmu untuk berpindah kepada seorang lelaki yang belum kamu kenal dan teman hidup yang baru. Kerana itu, jadilah 'budak' wanita baginya, tentu dia juga akan menjadi 'budak' bagimu serta menjadi pendampingmu yang setia. Peliharalah sepuluh sifat ini terhadapnya, tentu ia akan menjadi perbendaharaan yang baik untukmu.

"Pertama dan kedua, berkhidmat dengan rasa puas serta taat dengan baik kepadanya. Ketiga dan keempat, memerhatikan tempat pandangan matanya dan bau yang diciumnya. Jangan sampai matanya memandang yang buruk daripadamu dan jangan sampai dia mencium kecuali yang harum daripadamu. Kelima dan keenam, memerhatikan waktu tidur dan waktu makannya, kerana lapar yang berlarutan dan tidur yang terganggu dapat menimbulkan rasa marah. Ketujuh dan kelapan, menjaga hartanya dan memelihara kehormatan serta keluarganya. Perkara pokok dalam masalah harta adalah membuat anggaran dan perkara pokok dalam keluarga adalah pengurusan yang baik. Kesembilan dan kesepuluh, jangan membangkang perintahnya dan jangan membuka rahsianya. Apabila kamu tidak mentaati perintahnya, bererti kamu melukai hatinya. Apabila kamu membuka rahsianya kamu tidak akan aman daripada pengkhianatannya. Kemudian janganlah kamu bergembira di hadapannya ketika dia bersedih atau bersedih di hadapannya ketika dia bergembira.

"Jadilah kamu orang yang sangat menghormatinya, tentu dia akan sangat memuliakanmu. Jadilah kamu orang yang selalu sepakat dengannya, tentu dia akan sangat belas kasihan dan sayang kepadamu. Ketahuilah, sesungguhnya kamu tidak akan dapat apa yang kamu inginkan sehingga kamu mendahulukan keredaannya daripada keredaanmu, dan mendahulukan kesenangannya daripada kesenanganmu, baik dalam hal yang kamu sukai atau yang kamu benci dan Allah akan memberkatimu."

Friday, April 20, 2012

Tuhan Maha Mengetahui

Wahai Tuhanku, aku memohon pilihan dengan ilmu-Mu dan memohon takdir-Mu dengan kekuasaan-Mu. Dan aku memohon daripada kelebihan-Mu yang amat besar. Sesungguhnya Engkau sahaja mampu segalanya dan aku tidak mampu dan Engkau amat mengetahui sedangkan aku tidak mengetahui. Engkau mengetahui segala perkara ghaib.

Wahai Tuhanku sekiranya engkau ketahui bahawa perkara ini adalah yang terbaik buatku dalam perkara agamaku, di dalam kehidupanku serta kehidupanku selanjutnya, maka takdirkanlah perkara itu untukku serta permudahkannya untukku dan berkatilah aku padanya. Sekiranya Engkau ketahui bahawa perkara ini adalah bukan yang terbaik buatku dalam perkara agamaku, di dalam kehidupanku serta kehidupanku selanjutnya, maka jauhilah daripadanya serta takdirkanlah yang terbaik buatku serta berkatilah aku. Berikanlah kebaikan di mana saja aku berada dan jadikanlah aku ini orang yang reda atas ketentuan-Mu.”

(Hadis 147 Mastika Hadis Jilid 2). Sesungguhnya manusia itu sangat lemah.... manusia tak mungkin dapat meramal masa depan dengan tepat.... sesungguhnya hanya Allah yang maha mengetahui apa yang akan terjadi di masa akan datang... tetapi kita sebagai hamba-Nya haruslah sentiasa berusaha untuk menjadikan masa depan yang bakal dilalui nanti lebih baik dari semalam...... “Bukan semua yang anda sangka membahagiakan itu benar-benar membahagiakan. Bahagianya mungkin ada tapi deritanya juga datang sama. Semua benda pasti ada baik dan buruknya.”

Pengalaman

Pengalaman itu mendewasakan serta mematangkan kita.... manusia itu sifatnya lemah dan serba kekurangan..... tetapi manusia dapat mengatasi kelemahan dan kekurangan dalam dirinya melalui pengalaman.... pengalaman itu tidak bermakna dan sia-sia jika kita tidak belajar darinya dan tidak memikirkannya...... oleh sebab itulah nabi pernah berpesan.... "berfikir sesaat lebih baik dari beribadat seribu tahun"...... betapa besarnya hikmah berfikir di sisi Islam..... sebagai manusia dan hamba Allah... kita dianjurkan untuk sentiasa muhasabah diri.... setiap malam sebelum tidur... kita hendaklah memikirkan tentang perjalanan hidup kita hari ini.... moga ada pengajaran dan hikmah untuk kita menghadapi hari esok dengan menjadi lebih baik dan cemerlang....... pengalaman itu mahal harganya... kadangkala pengalaman itu dibayar dengan air mata atau apa saja yang bernilai dalam hidup kita....... sesungguhnya.... insan yang terbaik adalah insan yang dekat dengan pencipta-Nya......

Wednesday, April 18, 2012

Saat papa merindui imaan

Ya Allah...kau lindungilah anak ku....kau berilah kebahgiaan buat dia...limpahkan kasih sayang dan rahmatmu buat dia...janganlah kau biarkan dia dalam kesulitan tanpa lindunganmu....aku terlalu sayangkan anakku...dialah permata hatiku...sumber inspirasi dan bahagiaku....aku terlalu rindukan anakku....anakku....papa amat rindukan imaan....papa tak akan lupakan walaupun sesaat imaan....setiap saat bersama imaan...sangat indah dalam hidup papa....papa tak mungkin lupakan saat pertama kali papa mengucup imaan dan kemudian azan dan iqamah ditelinga imaan...indah sekali saat itu........papa rindukan mandi bersama imaan...saat imaan mandikan papa....terlalu indah untuk papa gambarkan dalam tulisan......gelak,tawa,kata2 dan setiap tingkah laku imaan sentiasa dalam ingatan dan hati papa........papa tak mungkin lupakan saat imaan tidur...terlalu comel...papa seperti melihat diri sendiri bila memandang imaan.......anakku....kasih sayang papa kepadamu tak mungkin akan hilang....papa akan sentiasa mendoakan imaan.....papa sayang dan sentiasa rindukan imaan.....kalau dunia ini memisahkan kita....akhirat disana kita pasti bertemu....muga rahmat dan kasih sayang Allah mendekatkan kita.......

Hidayah

Alhamdulilah.....dipanjangkan lagi umur aku dan diberi kesempatan untuk aku menghadiri sebuah majlis ilmu pada 17hb selepas solat magrib yg baru shj aku hadiri semalam...ia diadakan di masjid taman rakan bandar mahkota cheras.....ia merupakan sebuah forum agama....ahli panelnya ialah ust syakirien (sbb ust ni lah yg aku sanggup datang dari jauh).....dan seorang lagi ialah bekas penyanyi lagu janji manismu iaitu penyanyi aisyah.......Alhamdulilah tidak sia sia kedatangan aku kesitu...banyak untaian kata dan nasihat dapat digunakan sebagai pedoman hidup........Aisyah mengalirkan air mata tatkala menceritakan masa silamnya yang pahit...dan saat saat dia menzalimi diri sendiri..saat saat dia punyai segalanya....dan kemudian hilang semuanya...kemudian Ust Syakirien menyambung kuliahmya dengan menyatakan....setiap bayi didalam kandungan...bila berumur 4bulan didalam kandungan seorang ibu...tuhan telah meniupkan roh kedalam janin tersebut dan bersama itu juga telah ditetapkan bila kematian dan rezekinya didunia ini....tetapi manusia tetap asyik dan leka mengejar dunia serta cuba lari dari kematian.....sesungguhnya sia sia kita leka mengejar sesuatu yang telah ditetapkan oleh Allah...tak salah mencari harta didunia...tetapi jangan sampai lupa tugas hakiki kita didunia ini sebagai khalifah muka bumi dan hamba Allah yang satu.....kita seharusnya mengejar dan mencari Hidayah dan rahmat dari Allah.....
Firman Allah SWT: Sesungguhnya kamu tidak akan dapat memberi petunjuk kepada orang yang kamu kasihi, tetapi Allah memberi petunjuk kepada orang yang dikehendaki-Nya, dan Allah lebih mengetahui orang-orang yang mau menerima petunjuk (surah al-Qasas, 28:56). Semoga Allah memberikan pentunjuk dan hidayahnya untuk kita menjadi lebih baik dari semalam....dan semakin dipanjangkan umur kita...maka kita akan semakin baik...jadikan kesilapan semalam sebagai pedoman hari ini...agar kita menjadi hamba Allah yang bertakwa serta mukmin yang bersyukur.....Yang paling penting ialah...."Bukan dimana kita bermula....tetapi dimana kita berakhir....."

Monday, April 16, 2012

Keberkatan dalam kesyahduan

Alhamdulilah....syukur kepada Allah....tuhan sekalian alam...hari ini aku dibuka kan kesempatan untuk aku bersolat magrib berjemaah di masjid negeri shah alam. Tiada tujuan apa,sekadar ini mengambil berkat bersolat di masjid tersebut..Alhamdulilah...rupanya malam ini adalah malam penutup majlis muzakarah ulamak seluruh nusantara ini....selepas solat isyak berjemaah...sebuah majlis ilmu iaitu bermunajat kepada Allah yang diadakan di dewan utama dibawah masjid...dua orang penceramah diberi ruang untuk berucap sebelum selawat dan berzikir kepada Allah dan rasul kita....penceramah pertama merupakan ketua ulamak seluruh indonesia...ucapan penuh semangat..dia menyatakan....orang kafir tidak takut kalau orang islam kaya harta benda...orang islam menjadi bijak pandai.....orang islam punya senjata hebat......tapi orang kafir paling takut jika umat islam tidak tinggalkan solat...kerana solat yang ikhlas akan membuka langit Allah dan pertolongan dari Allah akan turun......oleh itu Islam hanya akan menang dan berjaya andai solat menjadi keutamaan mukmin dan mesjid akan penuh dengan jemaah setiap waktu dan orang Islam bangun malam bersolat tahajud............ulamak kedua pula merupakan seorang ulamak dari Acheh.....tazkirahnya lembut tapi terkesan dihati... Katanya....SABAR itu ada 3jenis iaitu SABAR keatas maksiat, SABAR keatas taat dan yang terakhir SABAR keatas bala.....sabar keatas taat ialah sabar yang paling tinggi darjatnya...iaitu sabar dalam menjalankan perintah dan suruhan Allah.....seterusnya ialah sabar keatas bala..sesungguhnya andai kita sabar dengan bala atau dugaan dari Allah....dosa kita akan terhapus... Bala yang datang kepada kita adalah penghapus dosa andai kita SABAR menghadapinya.... Sesudah majlis berakhir aku berkesempatan bersalam bersama ulamak besar tersebut....ku lihat wajahnya tenang dan mendamaikan....Aku pernah bersalam dengan Ust Hasan Din Al hafiz,ustaz azhar idrus dan malam ini dengan ulama besar acheh tersebut....Alhamdulilah...muga peroleh berkat dari mereka dan rahmat dari Allah....amin

Saturday, April 14, 2012

Kesempurnaan dalam kekurangan

Alhamdulilah....umurku dipanjangkan sehari lagi...aku terfikir berapa ramai yang meninggal dunia dalam tidur semala
....berapa ramai yang akan dikebumikan pagi ini.....aku bersyukur diberi peluang hidup pada hari ini....insyAllah tak akan aku sia sia kan kehidupan hari ini......akan aku jadikan hari ini jauh lebih baik dari semalam.....akan aku berikan senyuman kepada semua orang....akan aku buat yang terbaik untuk semua orang dan yang paling utama aku akan sujud menyembah Allah dengan sepenuh hati............kehidupan ini terlalu singkat didunia......dunia ibarat penjara buat orang mukmin dan syurga buat orang kafir.....kehidupan didunia ini saling berlawanan antara kebahgiaan dan kesengsaraan....antara kebaikkan dan kejahatan.......tapi di akhirat nanti....semua kebahgiaan dan kebaikkan ada di syurga.....,manakala semua kesengsaraan dan kejahatan ada di neraka.........laluilah hidup ini sebagai hamba Allah yang bertakwa dan hiasilah diri dengan sifat sentiasa bersyukur dan sabar menghadapi apa sahaja......muga kematian kita kematian yang khusnul khatimah........... "Tiap-tiap yang berjiwa akan merasakan mati. Dan sesungguhnya pada hari kiamat sajalah disempurnakan pahalamu. Barang siapa dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke dalam surga, maka sungguh ia telah beruntung. Kehidupan dunia itu tidak lain hanyalah kesenangan yang memperdayakan". (ALI 'IMRAN 185)..........
"Tiap-tiap yang berjiwa akan merasakan mati. Kami akan menguji kamu dengan keburukan dan kebaikan sebagai cobaan (yang sebenar-benarnya). Dan hanya kepada Kami lah kamu dikembalikan". (AL ANBYAA' 35)

Kasut

Sesungguhnya ujian dan dugaan dari Tuhan....bukanlah hukuman dari Tuhan...tapi sebenarnya kasih sayang dari tuhan untuk hambanya yang terpilih......andai kita terima dan redha dengan ujian tuhan itu....Maka tuhan akan memandang kita dengan pandangan rahmatNya......hari ini ketika aku singgah solat magrib berjemaah disebuah masjid....selesai solat bila aku nak pulang. kasut aku dah hilang... Mungkin dicuri orang ketika aku tengah solat...tapi aku bersyukur kerna bukan motor aku yang hilang....mungkin kasut itu bukan rezeki aku lagi....alhamdulilah aku terima dan redha.....insyAllah andai kita belajar untuk menerima sesuatu yang buruk atau berat itu dengan redha....Nescaya hati kan menjadi tenang..... Aku teringat dulu ,semasa kasut dulang aku kena curi di mesjid.. Punyalah marah dan sampai aku tak pi masjid tu lagi....Ya Allah ampunkan aku......sebenarnya didalam hidup ini kita kena yakin dengan ketentuan oleh Allah.....percayah setiap yang berlaku itu ada hikmahnya.... Sebagai manusia biasa.. Kita kena letakkan dalam diri sifat SABAR dan sifat TAWAKAL menghadapi apa jua.......

Friday, April 13, 2012

Mencari Kesempurnaan.....

Aku terima satu email dan ingin berkongsi cerita tersebut dan buat pedoman aku jua.............Rina sedang menyiapkan makan malam ketika aku tiba di rumah. Aku memegang tangannya dan berkata, “ Abang ada sesuatu nak beritahu”. Dia membisu dan dapat ku lihat keresahan di matanya.

Tiba-tiba lidahku kelu. Tapi aku nekad untuk memberitahunya. “Abang rasa kita sudah tidak serasi lagi. Kita cerai?”.Akhirnya, terlepas jua beban di dada. Tapi ku lihat Rina tenang dan dia hanya bertanya dengan lembut. “Mengapa bang? Apa salah saya?”. Giliran aku membisu dan ini menimbulkan kemarahan Rina. Air matanya mula menitis. Aku tahu dia mahukan jawapan tapi aku tiada jawapannya. Yang ku tahu, hatiku kini milik Tasya. Cintaku bukan pada Rina lagi.

Aku katakanya padanya yang dia boleh ambil rumah dan kereta apabila kami bercerai. Rina merenung wajahku.Pandangannya kosong. 10 tahun kami berkahwin tetapi malam ni kami umpama orang asing. Aku kasihankannya tetapi untuk berpatah balik tidak sesekali. Aku cintakan Tasya. Air matanya yang sekian tadi bertakung mula mengalir deras. Sudah ku jangka. Malah aku lega melihatnya menangis. Niatku untuk bercerai semakin jelas dan nyata.

Keesokannya, Rina mengatakan dia tidak mahu apa-apa dari penceraian kami melainkan tempoh 1 bulan. Dia meminta bahawa dalam satu bulan itu kami teruskan rutin harian kami seperti biasa sebagai suami isteri. Alasannya, anak kami bakal menduduki peperiksaan dalam masa sebulan lagi dan dia tidak mahu anak kami terganggu dengan penceraian kami. Aku bersetuju.

Kemudian Rina menyuruhku mengingat kembali saat aku mendukungnya ke bilik kami pada malam pertama kami. Dia meminta untuk tempoh sebulan ini, aku mendukungnya keluar dari bilik tidur kami ke pintu depan setiap pagi. Pada ku memang tidak masuk akal. Tetapi aku tetap bersetuju.

Aku memberitahu Tasya permintaan Rina. Dia ketawa dan hanya mengatakan ini semua kerja gila. Tidak kira apa muslihat Rina, dia tetap akan diceraikan. Aku hanya diam membatu.

Semenjak aku menimbulkan isu penceraian, kemesraan kami terus hilang. Hari pertama aku mendukungnya keluar, aku merasa kekok. Rina juga. Anak kami bertepuk tangan di belakang sambil ketawa dan berkata, “Ayah dukung ibu ya”. Kata-katanya amat menyentuh hatiku. Mata Rina bergenang dan dengan lembut dia memberitahuku agar jangan sampai anak kami tahu yang kami akan bercerai. Aku mengangguk setuju. Aku menurunkannya di muka pintu. Dan kami memandu berasingan ke tempat kerja.

Masuk hari kedua, hilang sedikit rasa kekok. Rina bersandar di dadaku. Dapat ku cium harumannya. Dapat ku lihat kedutan halus di wajahnya Aku sedar dia tidak muda lagi seperti dahulu. Ternyata perkahwinan kami memberi kesan kepadanya. Selama satu minit, aku tertanya-tanya apa yang telah aku lakukan.

Masuk hari keempat, aku dapat rasakan keintiman kami telah kembali. Tanpa sedar hatiku berkocak mengatakan mungkinkan cintaku masih padanya. Hari kelima dan keenam, aku menyedari keintiman kami mula bercambah kembali. Aku tidak memberitahu Tasya tentang perkara ini. Masuk hari-hari seterusnya, rutin ini jadi lebih mudah malah aku nantikannya setiap pagi.

Suatu pagi, Rina sedang memilih baju untuk dipakai. Katanya tiada yang sesuai. Dia mengeluh. “Semua baju saya besar”. Baru ku sedar, dia semakin kurus. Mungkin itu jugalah sebabnya aku semakin mudah mendukungnya. Tiba-tiba terlintas di fikiranku. Mungkin Rina sedang menyembunyikan keperitan hatinya lantaran sikapku selama ini. Tanda sedar aku merangkul tubuhnya dan membelai rambutnya.

Kemudian, muncul anak kami di muka pintu sambil berkata “ Ayah, cepat lah dukung ibu keluar”. Padanya, melihat aku mendukung keluar isteriku setiap pagi adalah rutin hariannya. Rina memanggil anak kami lalu memeluknya erat. Ku palingkan mukaku kerana takut aku sndiri mengubah fikiran di saat ini. Aku kemudian mendukungnya dan tangannya melingkari leherku. Tanpa sedar, ku eratkan rangkulanku. Dapat ku rasakan badannya sangat ringan.

Hari ini genap sebulan. Di muka pintu aku menggenggam tangannya dan berkata “ Abang tidak sedar yang selama ini kita kurang keintiman”. Aku terus melangkah ke kereta dan terus memandu ke pejabat. Sesampainya di pejabat, aku terus ke bilik Tasya. Sebaik pintu terbuka, aku masuk dan aku beritahu dia “Maaf Tasya. Saya tidak akan bercerai dengan Rina. Sekarang saya sedar saya masih cintakan dia”.

Muka Tasya berubah merah. Tapi ku kata jua,“Maaf Tasya. Saya dan Rina tidak akan bercerai. Perkahwinan kami membosankan mungkin kerana saya tidak menghargai apa yang kami ada dan kongsi selama ini, bukan kerana kami tidak lagi menyintai satu sama lain”. Tasya menjerit sekuat hati dan aku terus melangkah keluar.

Aku kembali ke kereta dan niat hatiku mahu pulang ke rumah dan memohon maaf dari Rina, isteriku. Aku singgah di sebuah kedai bunga untuk membeli sejambak tulip merah kesukaan Rina. Aku capai sekeping kad dan ku tulis, “Abang akan dukung Rina setiap pagi hingga maut memisahkan kita”.

Setibanya di rumah, aku terus berlari ke bilik kami dan mendapati Rina terbaring tenang di atas katil. Ku belai wajahnya sambil memanggil namanya tapi tiada sahutan. Rina kaku. Hatiku berdetak keras. 

Kini Rina pergi untuk selamanya. Perpisahan yang ku pinta ternyata ditunaikan. Sekian lama Rina berperang dengan KANSER RAHIM tetapi aku begitu sibuk dengan Tasya untuk menyedarinya. Rina tahu bahawa dia akan mati tidak lama lagi dan dia mahu menyelamatkan aku daripada reaksi negatif dari anak kami, sekiranya kami tetap bercerai. Rina mahu sekurang-kurangnya di mata anak kami, aku adalah suami yang penyayang.

Perkara-perkara mudah dan ringkas yang anda lakukan bersama adalah yang sebenarnya penting dalam perkahwinan. Bukan banglo, kereta, harta, dan wang di bank. Semua itu hanya wujudkan persekitaran yang kondusif untuk kebahagiaan tetapi tidak dapat memberi kebahagiaan pada kita.

Jadi carilah masa untuk menjadi sahabat kepada isteri/suami anda dan lakukan perkara-perkara kecil untuk satu sama lain yang membina keintiman. Binalah kemanisan rumah tangga anda. Hargailah setiap pengorbanan pasangan anda.



 

 

Thursday, April 12, 2012

Rahmat

Sesungguhnya ujian dan dugaan Allah hanyalah sementara.....selagi kita bernama manusia...selagi itu kita akan diuji...bezanya besar atau kecil ujian tersebut....dan seberat berat ujian adalah ujian dihadapi para nabi.....lihatlah ketika Nabi Muhammad dilontar batu hingga luka dan darah memenuhi kasut baginda....Nabi Ibrahim dilontar kedalam api dan Nabi Musa terpaksa membelah lautan dalam.....SubbhanAllah....begitu hebat ujian mereka dan tak mampu kita menghadapinya........kalau kita bersedih dengan tangan yang luka....lihatlah orang yang kehilangan kedua belah tangan.....kalau kita bersedih tak mampu membeli kasut baru....lihatlah orang yang kudung kakinya dan tak mungkin merasai kaki didalam kasut.....bersyukurlah dengan apa yang Allah telah berikan....jangan kita sombong dengan Allah....kerana semua yang ada didunia ini hanya pinjaman sementara dan pasti ditinggalkan setelah roh berpisah dari badan......laluilah hidup ini dengan sentiasa bersyukur dan memperhambakan diri kepada Allah.....bangunlah dimalam hari....panjatkan rasa syukur dan mengadu kepadaNya.....nescaya hatimu akan tenang.....menangislah kepada Allah....dan pastinya. Allah memandang kita dengan pandangan kasih dan rahmatNya.......

Anak kecil itu

Anak kecil itu berlari laju sekuat hatinya....bukan untuk membuktikan betapa lajunya dia berlari....tapi hanya ingin cepat memeluk orang yang disayanginya.....anak kecil itu akan berasa selamat bila memeluk orang yg disayanginya....anak kecil itu tak mengerti apa apa....dia hanya ingin disayangi sepenuh hati......Anak kecil itu murah dengan senyuman....kadangkala ketawanya memecah suasana.....anak kecil itu jujur orang.......apa yang lahir dari bibirnya tulus.....andai dapat masa itu diundurkan lagi.....akan aku jadikan setiap saat bersamamu anak kecil detik terindah dalam hidupmu.......masih terasa hangatnya umbun unbum mu dengan ciumanku.....to the world you might be one PERSON, but to one person you might be the WORLD.........Ya Allah Ya Rahman.......Just one more chance to HUG my Child.........

Wednesday, April 11, 2012

Bait akhir "isteriku sudah meninggal dunia"

Diari Abah-Berita Harian
2012/02/18
Bait akhir ‘isteriku sudah meninggal dunia’ penutup cerita terpahat sekian lama

TANGGAL 14.11,1996, isteriku meninggal dunia. “Itulah bait akhir ditulis oleh Abah. Sejak dari tarikh itu Abah tidak lagi membuka diari yang menjadi teman setia, apatah lagi untuk menulis peristiwa yang difikirkan penting dalam hidupnya.

“Diari itu memang bermakna bagi Abah. Setiap peristiwa membabitkan keluarga misalnya perkahwinan anak, kelahiran cucu semua dicatat, menggambarkan betapa berharga kasih sayang Abah terhadap isteri yang melahirkan zuriat dan keturunannya.

“Bagaimanapun, selepas tanggal 14.11.96, Abah tidak lagi berasa peristiwa selepas itu penting kerana dia tidak dapat lagi berkongsi dengan wanita disayanginya,” kata Teh yang ingin berkongsi detik hidup bersama lelaki cekal iaitu bapa kepada lapan anak.

Menurut Teh, selepas kematian emak, Abah menjadi pendiam, bercakap bila perlu saja. Sebagai anak, Teh tidak tahu apa yang terbuku dalam hati Abah.

“Ketika emak nazak, saya melihat Abah terpaku depan emak. Abah menyambut tangan emak dan memaafkannya. Selepas itu emak pergi untuk selama-lamanya dengan tenang.

“Walaupun kurang bercakap, Abah tidak lupa rutin hariannya sebagai siak masjid. Sebelum masuk waktu solat, Abah sudah kemas berpakaian dan menunggang basikal ke masjid. Walaupun masjid hanya 100 meter dari rumah, Abah tidak pernah lekang dengan basikal tuanya. 
“Sebelah pagi ketika arwah emak masih ada, rutin Abah ke pasar juga mengayuh basikal. Semua peniaga tidak kira Melayu, India dan China yang Abah menjadi pelanggan tetap, tahu barang apa yang Abah beli dari gerai mereka.

“Saya biasa menemankan Abah ke pasar dan Abah akan menunjukkan kepada saya gerai mana yang sering dikunjunginya dan barang apa yang dibeli di situ. 

“Selepas emak meninggal dunia, Abah masih teruskan rutin itu. Kami tak mahu menyekatnya walaupun tahu Abah makin tua dan berdepan bahaya jika terus berbasikal ke pasar yang laluannya semakin sibuk."

Menurut Teh pernah sekali, dia melarang Abah ke pasar dan mengambil alih tugas membeli barangan keperluan harian.

“Ketika kami sibuk membeli-belah di pasar, tiba-tiba kami ternampak kelibat Abah membeli-belah di gerai yang biasa dikunjunginya.

“Dia tetap juga mengayuh basikal ke pasar pada hari itu, walaupun tahu kami sudah mengambil tanggungjawabnya berbelanja,” katanya.

Kebimbangan kami mengenai keselamatan Abah ketika mengayuh basikal akhirnya diuji apabila suatu hari Abah tidak pulang ke rumah selepas solat Zuhur.

“Daripada cerita jemaah masjid, mereka memberitahu ada bersama Abah di satu majlis kenduri yang diadakan di kawasan berdekatan.

“Selepas Asar, Abah tak pulang sehinggalah menjelang Maghrib, kelibatnya juga tak kelihatan.

“Anak yang tinggal berdekatan sudah tidak menentu. Masing-masing membahagikan tugas menjejak abah. 

“Anak yang tinggal di luar kawasan sudah diberitahu mengenai kehilangan Abah.

“Semalaman, kami tak tidur memikirkan ke mana Abah menghilang.

“Keesokannya ketika kami berkira-kira untuk membuat aduan mengenai kehilangan Abah, tiba-tiba Abah muncul depan rumah mengheret basikal tuanya.

“Abah masuk ke rumah dengan wajah tersenyum. Kain yang Abah pakai koyak-rabak, Abah masuk ke bilik dan baring di atas katil. Kami membiarkan Abah melepaskan penat.

“Selepas keadaan kembali tenang, barulah kami dapat tahu rupanya Abah tersesat ketika balik dari majlis kenduri.

“Kain pelikat yang Abah pakai koyak-rabak kerana Abah beberapa kali terjatuh dari basikal. Keadaan makin gelap dan nasib baik ada orang menemui Abah dan membawanya pulang ke rumah.

“Abah pula masih ingat alamat rumah dan berdasarkan alamat itu, orang itu menghantar Abah pulang keesokannya.

“Kami tidak tahu macam mana Abah boleh tersesat sedangkan tempat itu tidak jauh dari rumah.

“Untuk menghalang Abah menaiki basikal tua itu bukan penyelesaian yang paling baik.

Selepas berbincang, kami adik-beradik bersetuju meletakkan maklumat diri Abah dan alamat rumah kami pada kunci basikal Abah. Dengan cara ini, orang yang menemui Abah tentu tahu menghantar Abah pulang ke rumah jika tersesat lagi.

“Pengalaman Abah tersesat itu sudah jadi kenangan kerana pada 2006, Abah menyusuli ibu meninggalkan kami buat selama-selamanya.

“Abah meninggal ketika menunaikan solat Subuh di masjid. Pagi itu saya ingatkan Abah masih di rumah kerana selipar yang selalu dipakainya ke masjid masih ada di luar rumah. Memang menjadi kebiasaan Abah memakai selipar dalam rumah dan menggantikannya dengan selipar di luar apabila ke masjid.

“Hari itu Abah bawa sekali selipar dalam rumah ke masjid. Itu antara petanda dia akan pergi untuk selama-lamanya.

“Selain itu, jemaah yang bersolat Subuh bersama Abah melihat abah terhuyung-hayang ketika solat. Mereka melihat kain pelikat dipakai Abah terbuai-buai dihembus angin.

“Keadaan itu menghairankan jemaah di belakangnya kerana masjid itu berhawa dingin. Jemaah mengaku tidak khusyuk solat hari itu kerana bimbang dengan keadaan Abah yang tidak stabil. 

“Abah jatuh terduduk pada kali pertama. Dia memicit kakinya dan kemudian bangun berdiri semula dalam safnya. Dia jatuh lagi kali kedua dan kali ini jemaah mengelilinginya yang sudah pengsan.

“Jemaah membawa Abah ke kereta dan menjemput saya untuk mengiringi Abah ke hospital. Tak sampai 100 meter dari rumah, seorang jemaah membisikkan bahawa Abah sudah tiada.

“Kami tak jadi ke hospital tetapi ke klinik swasta terdekat dan doktor mengesahkan Abah sudah tiada dan meminta dibawa pulang untuk urusan pengebumian.

“Abah meninggal pagi Jumaat dan dia disembahyangkan di masjid sebelum dikebumikan selepas solat Jumaat.

“Selepas Abah meninggal, saya ke pasar dan berbelanja di gerai yang Abah sering kunjungi. Peniaga bertanyakan Abah dan apabila diberitahu Abah meninggal dunia, mereka sedih dan kesal kerana tak diberitahu lebih awal,” kata Teh menutup bicara.

Apabila mendengar cerita Teh, Kak Ani memang tidak dapat menyeka air mata. 

Banyak pengajaran diperoleh dari cerita Abah. Cinta dan kasih sayang pasangan dulu memang sejati. Walaupun jodoh diikat tanpa melalui proses perkenalan yang mesra seperti pasangan sekarang, mereka mampu melayari bahtera dengan tenang.

Pasangan Abah dan emak memang kaya tetapi bukan kaya wang ringgit. Anak dianugerahkan Tuhan dididik dengan penuh kasih sayang dan mereka berjaya dalam kerjaya masing-masing.
Diari itu masih tersimpan kemas dan itulah pusaka tidak ternilai ditinggalkan Abah. ..... - Benarlah kata orang....setiap perkara itu menjadi terindah bila ia dikongsi dengan orang yang dicintai....segagah mana pun seorang lelaki...dia tetap perlukan seorang wanita dalam hidupnya...wanita itu dicipta untuk lelaki bagi melengkapkan diri seorg lelaki...lihatlah sirah Nabi kita taktala menerima wahyu dari Allah...Baginda mengeletar menerima sesuatu yang sangat besar....tapi isteri Bagindalah yang menenangkan baginda...menyokong dan sangat mengasihi baginda.....Sesungguhnya....sebaik baik harta didunia ini ialah isteri solehah....

Sunday, April 08, 2012

Satu janji yang pasti

"Di mana juga kamu berada, maut akan mendapatkan kamu(apabila sampai ajal) sekalipun kamu berada di dalam benteng-benteng yang tinggi lagi kukuh..."-Surah an Nisa,ayat 78. Kematian adalah sesuatu pasti....kematian merupakan syarat wajib untuk hidup didunia ini.....setiap dari kita pernah kehilangan orang tersayang dan kita pasti pernah melihat kematian orang lain.....kita semua akan menemui mati....aku terbayangkan andai aku yang dibalut rapi bersama kain kapan....hidung disumbat kapas....dan mata tertutup rapat....kemudian aku diusung ke kubur.....dimasukkan 7kaki kedalam tanah...kemudian dimasukkan ke liang lahat dan disendal tanah mengadap kiblat....kemudian dikambus seterusnya dipacak kayu sementara dan akhirnya di talkinkan........................disaat itu tiada apa yang dapat membantuku......tiada guna aku merintih,merayu dan menjerit........ya Allah.....aku takut azabmu.....aku takut nerakamu....ya Allah terimalah taubatku....rahmatkan aku dengan Kasih sayangMu......aku merayu padaMu......janganlah Kau paling dari melihatku dengan Kasih sayangMu......sesungguhnya aku hambamu yang lemah lagi hina.....padaMu aku berserah............

Saturday, April 07, 2012

Hanya pada Mu

"Tidak ada sesuatu kesusahan(atau bencana) yang ditimpakan dibumi dan tidak juga yang menimpa diri kamu, melainkan telah sedia ada di dalam Kitab(pengetahuan Kami) sebelum Kami menjadikannya"-surah Al-Hadid:22. Betapa indahnya Islam...mengajar kita untuk menjadi tabah dan cekal menghadapi apa saja kesusahan atau bencana yang menimpa....kita diajar untuk menjadi bersyukur dan redha dengan ketentuan Ilahi.... Kehidupan didunia ini hanya sementara....tiada apa yang kekal....yang kekal hanya diakhirat sana....disana matlamat kita.....disana kehidupan yang abadi..............dunia ini ibarat medan peperangan yang tiada kesudannya....dan kemenangan hanya ditentukan di akhirat nanti......... Sebagai manusia biasa,kita tak pernah dan mustahil apa yang terbaik buat kita.....kita yakin itu yang terbaik....sebenarnya itu yg akan musnahkan kita.....dan ada kita rasa itu yang terburuk tapi itu sebenarnya kunci kebahgiaan kita....hanya Allah yang tahu apa sebenarnya yang paling baik buat kita.......hapuskan air mata kekecewaan atau kesedihan.......alirkan air mata kesyukuran dan rayuan....HANYA PADA ALLAH....tiada yang selainya........ "Sesiapa yang dikehendaki oleh Allah menjadi baik maka ia akan diuji oleh-Nya"-hadis Nabi

Thursday, April 05, 2012

Ajarkan aku apa itu menghargai

Kadangkala... bila kita sendirian... kita selalu memikirkan saat terindah yang pernah kita lalui dulu..... kita tersenyum sendirian dan kadang kala terasa di awangan.... betapa nikmatnya.... andai masa itu dapat diputar kembali dan kita berpeluang untuk menikmati keindahan hidup itu berulang kali..... dan andai kesilapan dulu dapat diubah untuk tidak menjadi kesilapan..... tapi semua itu mustahil kerna air mata yang jatuh tak akan mengalir semula ke dalam mata.... tapi air mata yang jatuh akan terus mengalir kering di pipi... hanya kesannya berbekas di hati..... umpama air sungai yang mengalir.... akan terus ke laut sebelum diangkat kelangit menjadi wap air.... begitulah kehidupan ini.... kesilapan semalam menjadi pengajaran dan pedoman hari ini..... belajarlah untuk menghargai apa yang kita ada sekarang..... ungkapkan rasa cinta sekarang kepada orang tersayang sebelum kita lupa cara nak katakannya lagi.... belajarlah untuk menyayangi sebelum kita lupa apa itu sayang........ tetapi hakikatnya.... manusia tak pernah tahu apa yang dia ada sehinggalah dia kehilangannya........................

Tuesday, April 03, 2012

Penerang hati

Mencinta-Mu terangkan jiwaku
Merindu-Mu hatiku selalu
Hanya diri-Mu satu cintaku

Tak akan mampuku jauh dari-Mu
Satu nafasku harap Kau ada
Hanya pada-Mu Tuhanku rayu

Ku akan mencinta-Mu
Selalu merindu-Mu seluruh jiwaku
Kau terangi aku

Engkau penjaga hatiku
Pendamping jiwaku
Cerahkan cintaku
Cinta yang abadi

Jangan pernah kau menjauh
"papa hensem".... "papa busyuk"... "sayang papa"..... kata-kata indah yang bisa buat aku tersenyum..... menjadi azimat paling bermakna untuk aku melangkah menjalani hidup ini..... kalau dunia ini tidak memberikan kebahagiaan...... moga akhirat nanti terasa bahagianya.... tapi Tuhanku.... aku tak layak syurga-Mu..... namun aku takut neraka-Mu.... ampuni dah kasihilah aku Tuhan.... kepada-Mu sahaja tempat aku sujud dan mengadu...........

Kehilangan

"Kita tak akan tahu apa yang kita ada sehinggalah kita kehilangannya".... kehilangan mengajar kita untuk lebih menghargai apa yang kita miliki..... hidup ini penuh dengan ujian dan cabaran... sesungguhnya setiap yang berlaku adalah ketentuan dari Allah.... kita sebagai manusia biasa haruslah terima dengan redha setia ujian Allah.... semakin kita diuji maka hendaklah kita semakin dekat dengan Allah.... jadikan setiap ujian Allah itu untuk kita belajar dan muhasabah diri untuk menjadi lebih baik.... sesungguhnya setiap manusia itu lemah...tapi jadikan kelemahan. Itu kekuatan dengan menyerah diri sepenuhnya kepada Allah... Pada Dia kita sembah, merayu dan berserah....