Thursday, October 23, 2008

bangun tidur

when we wake up in the morning... we have two simple choice... go back to sleep and dream.... or wake up and chase those dreams... choice is yours

.......hmmm..... apakah perkara pertama yang terlintas di kepala kita setiap kali bangun dari tidur?? setiap daripada kita punyai alasan tersendiri untuk memikirkan perkara pertama di minda untuk memulakan hari baru.... adakah pekara pertama itu dapat membuatkan hari kita hari ini lebih baik dari semalam...? adakah hari kita hari ini lebih buruk dari semalam....? nabi dah pesan... celakalah orang yang harinya lebih buruk dari semalam...

......tetapi percayalah... orang yang berjaya adalah orang yang bangun pada hari itu untuk menjadi manusia terhebat pada hari itu.... bangun untuk menjadi lebih cemerlang dari semalam.... bangun untuk melihat hari esok menjadi hari yang lebih baik untuk masa hadapan....

...aku? apakah yang menjadi perkara pertama di otakku setiap kali bangun untuk memulakan hari baru???..... tipulah andai aku menyatakan aku memikirkan perkara lain selain tentang hari perkahwinanku yang tinggal tak sampai sebulan lagi..... memikirkan tentang dia adalah perkara pertamaku setiap pagi bila bangun dari tidur... dialah alasan aku untuk memulakan setiap hari dengan cemerlang.....

.........hanya dia.. hanyalah dia yang buatkan aku bangun untuk bekerja lebih keras lagi... hanya dia yang buatkan aku berfikir bagaimana untuk menjadi husband, father and head of family......

Tuesday, October 07, 2008

beach body

............aku dah daftar untuk masuk gym dekat dengan ofis aku.... walaupun agak mahal.. aku tak kisah... janji aku dapat beach body... hehehe.. bak kata instructor senaman dan diet, Kamil.. "hang dah nak kawin man.. so jaga badan dan jaga makan.." ...atas nasihat dan dorongan dia jugalah aku dan beberapa lagi rakan yang berangan nak mendapat beach body mendaftar tadi.... jadi ahli kelab gym Great Eastern Mall ni... so bila dah jadi ahli kelab dapat semua access club.. boleh pi sauna berapa kali pun nak.. siap ada kelas aerobik free lagi.. hahaha..

.....sekarang aku dan pergi ofis awal pagi.. sebelum masuk ofis aku dah dok dalam gym... pastu mandi dan terus masuk kerja.. fuhh.. best sekali.... moga impian aku nak dapat body macam dalam Men'sHealth tercapai... hahaha..

aku mencari kesempurnaan

.........hmm...aku menghitung hari dengan bermacam-macam perasaan yang bercampur baur... semua jenis perasaan bermain-main dalam hati... ada perasaan gementar.. perasaan sangat bahagia.. perasan risau... semua perasaan itu silih berganti... termasuk hari ini... ada lagi kurang dari 50 hari sahaja lagi dari satu hari yang akan merubah seluruh hidup aku... hari perjanjiaan aku kepada Allah di hadapan tok iman.. bersaksikan 3 orang saksi dan disaksikan oleh seluruh orang penting dalam hidup aku... semuanya adalah untuk berjanji kepada Allah untuk menjaga seorang wanita yang telah Allah tulis sebagai jodoh aku yang satu.. dan aku akan diamanahkan oleh walinya yang sah untuk melindunginya di seluruh hidup aku.... sesungguhnya biar apa jua perasaan yang silih berganti di sanubariku.... aku tetap yakin dialah yang terbaik buatku di dunia dan akhirat.... dialah jawapan kepada istikharahku.. dialah jawapan untuk setiap doaku kepada ilahi.. Tuhan pencipta aku, dia, kamu dan semuanya....

..kadangkala aku tertanya di dalam hatiku... adakah lagi wanita sejujur dia????
...adakah lagi wanita yang mampu mencintai aku sebaik dia????
....akan adakah lagi wanita yang mampu menghormati aku selayaknya????
....dan sesungguhnya.... semakin banyak aku bertanya kepada diri sendiri....
aku tak mampu lagi menipu diri untuk menyatakan akan ada lagi wanita sehebat dia....
hanya dia yang akan aku abdikan diri untuk melindunginya dan mencintainya...

..........dan dengan sejujurnya.. akan aku terima nikahnya dia.... dan akan menyintainya hingga nafasku yang terakhir.....................................................