Isu pengajaran bahasa.
Polemik yang tak sudah. Isu bahasa, bahasa dan bahasa. Aku pun dah bosan.
Kasihan pelajar-pelajar sekarang dijadikan bahan eksperimen untuk menguji sebatian formula dari pemimpin-pemimpin negara.
Isu sesuatu sistem macam juga bola sepak. Kita tak boleh menyuruh pemain negara bermain seperti Brazil atau pun seperti Eropah.
Kenapa? Sudah tentu kerana faktor fizikal, mentaliti, kebudayaan dan pelbagai alasan lagi yang perlu dikaji dan diberi satu formula yang tepat. Dan apa pun kita perlu bermain bolasepak cara Malaysia.
Mendiang Bruce Lee mengekploitasi kepantasan dalam martial art. Sebabnya dia tahu bangsanya tidak akan menang jika beradu fizikal. Jangan jadi bodoh. Sedar diri!!
Itu sebabnya bola sepak Korea dan Jepun pantas. Barangkali Malaysia perlu menerapkan elemen silat. Mempraktik kemahiran mengunci bola atau kunci pasak bumi- aku bagitau contoh jelahhh!!
Berbalik isu bahasa.
Aku teringat masa sekolah dulu. Setiap kali pegawai pendidikan negeri mahu mengadakan lawatan prestasi maka bertukarlah kebanyakan cikgu menjadi gelabah anak ayam. Dipaksanya para pelajar lebih proaktif untuk bertanya soalan itu dan ini. Tutur kata mereka pula lebih tersusun. Dan pengajaran amat mendamaikan. Para pegawai pun tersenyum puas.
Baru-baru ini adik penulis yang belajar di matrikulasi mendedahkan satu realiti. Para pensyarahnya gundah di sebalik lawatan pegawai pendidikan. Full speaking presentation! Walhal sebelum ini pensyarah sendiri lebih selesa berbahasa ibunda dengan diselangi Inggerisnya dengan secukup rasa. Barulah nampak educated!
Ahh.., semuanya hipokrit. Barangkali para pegawai tak nampak betapa orang bawahan mereka bersikap bermuka-muka. Cuba sekali sekala jadi seperti Saidina Umar r.a. atau pun Sultan Alauddin Riayat Syah. Menyelinap untuk melihat kebobrokan orang bawahannya. Baru boleh tahu siapa jujur. Baru boleh tahu betul atau tidak hasil eksperimen kita. Faham!!
Kasihan tenaga pengajar kita juga dipaksa menanggung beban eksperimen para pengujinya.
Kalau pelajar adalah asid. Pengajarnya adalah tabung uji. Sistem barunya adalah api. Api kecil menjadi kawan tetapi besar menjadi lawan.
Jadi, marilah lihat hasil eksperimen kita. Wahai, para pelajar sekalian. Bersedialah untuk diuji!
No comments:
Post a Comment