Monday, June 16, 2008

tentang dia

Terdapat banyak buku atau artikel yang menghuraikan tentang keperibadian seseorang melalui tarikh lahirnyalah.. melalui huruf pertama namalah.. melalui huruf terakhir namalah… melalui lebar telinga.. lebar mulutlah.. dan melalui macam-macamlah sifat zahir atau fakta kelahiran yang ada pada sesorang yang dapat menyimpulkan tentang keperibadian atau perilaku seseorang……..

Hmm…. aku memang tak nafikan tentang kajian atau fakta-fakta ini…. mungkin peredaran bulan mengelilingi bumi dan susunan bintang-bintang di langit dapat dijadikan panduan menilai seseorang… Tuhan ada berfirman dalam Al-Quran yang menyatakan… “..tidak Aku jadikan kejadian bulan dan bintang itu sia-sia…”…….pada masa dahulu sebelum ada GPS.. GPRS… MMS.. dan macam-macam lagi SSSS….. bintang dijadikan panduan menentukan arah bagi pelayar pelayar dahulu….. orang-orang dulu juga menjadikan susunan bintang sebagai horoskop untuk mengklasifikasikan sifat manusia dan bulan kelahiran… err… aku SAGGITARIUS…. lelaki yang terbaik er sifatnya..hahaha

Hmmm… aku lebih suka menilai seseorang melalui mata aku… aku menggunakan mata aku untuk menjadi sensor penilaian kepada seseorang.. dengan mata aku melihat perlakuannya dan dengan minda aku menganalisis keperibadiannya… semuanya aku simpan dalam hati…..

…sebenarnya kajian tentang perlakuan manusia ini banyak telah dijalankan.. malah ada satu kursus di universiti yang menawarkan kursus kajian sains perlakuan manusia… di Malaysia sendiri... sains perlakuan manuia ini diajar meluas melalui kursus psikologi manusia… pihak polis juga ada menggunakan teknik-teknik ini untuk soal siasat kepada penjenayah.. salah satu contohnya… ketika menyoal penjenayah… pihak polis akan memerhatikan mata suspek…mengikut kajian… seseorang yang akan berbohong, matanya akan cenderung memandang ke kiri….hmm… kepada semua penjenayah.. ketika disoal polis.. pejamkan aje mata anda ea.. hahahaha

….secara lumrahnya juga.. setiap dari kita mempunyai sifat semulajadi yang seringkali kita ungkapkan sebagai tabiat… sebagai contohnya ada orang yang suka berjalan sambil mengheret kasut.. sampai habis tapak kasut nipis… jangan marah ea sesapa pun eh… tiada kena mengena dengan yang hidup atau mati… tetapi biar apa pun tabiat kita.. jika ia yang elok.. kita teruskan.. jika yang kurang elok kita kurangkan… tapi kalau tabiat dok mengata orang.. mencuri ke… baik dibuangkan aje… buangkan tabiat itu... hmm.. tabiat aku pulak.. biarlah rahsia..hahaha

…sebagai manusia biasa.. kita hanyalah insan yang lemah dan mustahil untuk mengelak dari melakukan kesilapan… kesilapan kadangkala hadir tanpa dijemput.. kehadiran kesilapan dalam hidup kita.. hanyalah pelengkap kepada perjalanan kita mengejar kesempurnaan… janganlah kita asyik mejemput kesilapan dengan kelalaian dan kealpaan kita dalam perjalanan kehidupan ini…. dalam setiap apa jua yang kita lakukan… lakukanlah untuk mencapai kesempurnaan itu…dalam apa jua termasuk persahabatan, percintaan atau perkahwinan…..

Hmmm…. bila disebut tentang perkahwinan ini… terdetik hati tertanya sendiri… perkahwinan atau hubungan macam mana yang perlu dibina… hubungan antara seorang lelaki dan wanita…. sebagai seorang lelaki… mustahil aku untuk merasai perasaan seorang wanita… tetapi aku boleh menjadi seorang lelaki yang memahami seorang wanita.. tidak perlu menjadi wanita nak faham wanita.. wanita juga tak perlu menjadi lelaki untuk memahami lelaki…. kepada perempuan-perempuan di luar sana.. apa yang lelaki lelaki diluar sana juga termasuk aku juga sebagai lelaki ini inginkan dari wanita selain wanita itu sendiri.. hehehe..

1. Hormati Lelaki
Hormatilah lelaki untuk lelaki menghormati anda.. hormati lelaki sebagai lelaki.. bukan mengharapkan lelaki menjadi apa yang anda inginkan.. hormati sifat yang ada padanya.. selagi sifat itu tidak melanggar hukum agama dan syarak. Percayalah andai anda cuba mengubah lelaki itu menjadi apa yang anda inginkan, dia mungkin akan menjadi orang lain. Untuk mengubah lelaki menjadi yang terbaik, ubahlah diri anda dulu menjadi yang terbaik, nescaya kebaikan dari anda itu akan menjadi cermin yang paling indah kepada seorang lelaki untuk menjadi yang terbaik untuk mencintai seorang yang terbaik seperti anda. Jika anda hormati seorang lelaki, dia juga akan lebih menghormati anda.

2. Dipercayai Lelaki
Sebagai seorang wanita, anda hendaklah dulu mempercayai lelaki dan seorang lelaki itu akan mempercayai wanita yang mempercayainya.. untuk lelaki menpercayai wanita.. wanita itu perlu bina dulu kepercayaan kepada lelaki.. wanita itu perlulah mengelak perkara yang membuatkan lelaki hilang percaya seperti curang dengan lelaki lain, cerita masalah hubungan dengan kekasih kepada lelaki lain dan apa jua yang melibatkan orang ketiga dalam hubungan.. sekali lelaki hilang kepercayaan kepada anda.. sukar untuk dia melupakannnya… dia mungkin juga tak akan memaafkannya di seluruh hidupnya….

3. Sifat Negatif Wanita
Agak ramai wanita hari ini yang suka mencabar dan bersifat kurang ajar terhadap lelaki terutama kekasih atau suami mereka sendiri. Malah ada juga yang terlalu mendesak, merendah-rendahkan lelaki. Ramai juga yang suka membandingkan lelaki dengan lelaki lain.. lelaki paling pantang andai dibanding dengan lelaki lain.. setiap lelaki adalah berbeza.. jika anda mencintai seorang lelaki.. cintailah dia sepenuh hati.. selagi dia tulus mencintai anda.. selagi dia tidak pernah mencederakan anda.. selagi dia tetap mengungkapkan rasa cinta dan selagi dia terlalu ingin mengahwini anda…. anggaplah hanya dia lelaki yang ada dalam dunia ini… datanglah beribu lelaki yang paling segak dalam dunia pun.. anda tak mungkin menjeling atau memandang sedikit pun.. kerana hanya dia yang ada di mata dan hati anda…bersama lelaki lain belum tentu anda dihadiahkan kebahagiaan… kesetiaan akan dibalas kesetiaan jua.. yakinlah

sesungguhnya.. diciptakan seorang wanita oleh Allah untuk melengkapkan kejadian seorang lelaki....

Thursday, June 12, 2008

kawin kawin

hmmm...baru-baru ni heboh tentang seorang pemandu lori nak kawin empat.. tetapi tak dibenarkan oleh mahkamah walaupun 3 isterinya yang lain setuju untuk menggenapkan pemaduan mereka... 2 hari lepas.. masuk berita pulak lagi tentang seorang lelaki broker tanah dibenarkan kawin empat... masuk gambar lelaki tu tersenyum bersama 3 orang isteri dan seorang bakal isterinya...

sesungguhnya tipulah jika aku atau ada lelaki yang tak mahu kawin empat.. tak normal kata seorang ustaz ketika aku dengar ceramah... sebenarnya.. walaupun dibenarkan... seorang lelaki itu perlulah melengkapkan beberapa kriteria... semua ini ditetapkan dalam al-Quran.. agar wanita yang diperisterikan itu tidak menjadi mangsa dan dianiaya...... dan sesungguhnya juga.. jika ditanya kepada setiap wanita.. tiada seorang pun yang sanggup dimadukan....

....bagi aku pula.. aku cuma mengharapkan seorang isteri untuk dicintai sepanjang hayat.... aku bukanlah seorang fanatik monogami... tetapi aku tidak mampu atau sanggup membahagikan sayang aku kepada selain seorang wanita sahaja....

...bagi aku lelaki yang kawin untuk keduanya ini adalah mungkin disebabkan oleh perkahwinan mereka sendiri yang hambar.. hingga perlu ada org lain... mungkin cinta mereka hangat sebelum dan pada hari kahwin sahaja... selepas itu.. tiada lagi hangatnya... semua perkara menjadi rutin selepas kawin..... untuk mengatasi keadaan ini... aku merasakan setiap pasangan suami isteri perlu ada impian dan tujuan selepas kawin... contohnya merancang melancong keliling dunia ke... so setiap hari mereka akan menuju ke arah merealisasikan impian mereka tanpa membenarkan orang lain hadir dalam rumah tangga mereka....

....untuk mengekalkan usia perkahwinan juga... aku merasakan setiap pasangan itu perlu saling jatuh cinta lagi, lagi dan lagi sampai tua... bila dah kawin tu.. yang isteri pulak janganlah dok abaikan tentang rupa diri pulak... mentang-mentanglah dah kawin.... kuar pi pasar malam pakai baju kelawar je, muka pulak bergaris tampal bedak sejuk.. rambut pulak berserabai.. pegang ikan-ikan pulak... lepas tu balik umah nak pegang hubby... hmm... susahlah macam ni... lelaki pulak sebelum kawin dan segak... kalau wife pulak macam tu.. mungkin lelaki ni bertambah segak dan semakin berbahaya... hahahaha

hmmm..... mcm kursus kahwin pulak.. aku ni kursus kahwin pun belum pergi... alahai emak... kawinkanlah anakmu ini... hehehehe..

Wednesday, June 11, 2008

teqieromi

my amor...days goes by.. and i'm connected to you thru your voice...
.......a voice that spreads warmth thru my veins...
.......like a blanket that shields my heart from pain...
.......except for the pain that only two lovers can understand... a pain covered with happiness...
....like a delicious dark chocolate............
..........a voice that make me learned another meaning of patience... make me understand the magic of God's creation... teqieromi

Monday, June 09, 2008

NO MAN IS PERFECT

sekadar ingin berkongsi dari sebuah buku yg aku baca dari tulisan seorang doktor pakar motivasi……..


Seorang isteri mengadu begini kepada saya, "Suami saya bukanlah
seperti yang saya gambarkan sewaktu belum berkahwin. Dia amat berbeza daripada
penampilannya dahulu. Sekarang dia bukan sahaja gagal membahagiakan
saya malah sering menjadikan saya kesal mempersuamikannya. Ingin
sekali saya meninggalkannya, tapi tak berupaya kerana memikirkan anak-anak dan
masa depan saya sendiri, walaupun ada lelaki yang sedia mengambil saya di
luar sana. Saya seperti terperangkap oleh kedunguan masa lalu. Kekal
bersamanya bererti saya selamanyalah tidak akan berasa bahagia. Apa
yang boleh saya lakukan sekarang?
Lalu saya bertanya, sekarang puan nak yang
mana? Kekal bersamanya atau mengikut lelaki lain? Maksud saya mana yang lebih berat?
Kalau dr. tanyakan yang mana lebih berat, tentulah bersamanya lebih
berat. Kalau begitu, mengapa tidak pejamkan mata, bayangkan yang indah-indah,
anggaplah dia satu-satunya lelaki yang ada di dunia ini dan binalah
kebahagiaan bersama. Isteri itu seperti terkejut dengan saranan saya.
Barangkali dia mengharapkan satu cadangan yang lebih memihak kepada gelojak hatinya
untuk memilih lelaki lain, berdasarkan kebahagiaan yang sudah gagal
dikecapinya sekarang.

Lalu saya perjelaskan, kalaulah kebahagiaan yang menjadi persoalan,
belum tentu pilihan seterusnya akan menjaminkan kebahagiaan.
Barangkali bersama lelaki kedua masalah lebih menimpa. Kalau nanti
perkahwinan kedua itu juga gagal memberikan kebahagiaan, apakah anda akan berkahwin
buat kali ketiga? Jika tak bahagia juga, anda akan berkahwin pula buat
kali keempat? Kemudian kelima, keenam? Sampai bila?

Hidup bukankah untuk dinikmati? Usia bukanlah lama untuk dipersiakan
dengan hal-hal yang tidak sepatutnya. Siapa pun dia, dia adalah lelaki
yang bergelar 'SUAMI'. Kebahagiaan adalah satu istilah yang telah
terbentuk. Tinggal bagaimana kita mendefinasikan kebahagiaan itu
sahaja yang menyebabkan sesetengah daripada kita gagal berasa bahagia.

Alangkah ruginya kalau hidup yang singkat ini kita gagal mendapat
bahagia. Semata-mata kerana menyangka kebahagiaan itu akan dinikmati jika
bersama orang sekian-sekian. Semata-mata kerana menyangka si Dia boleh
memberi bahagia yang diimpi-impikan. Kalau MELESET bagaimana? Kalau
kebahagiaan yang diidam-idamkan itu tidak diperoleh sedangkan kebahagiaan
yang sedia ada ini telah ditinggalkan, bagaimana?

Setelah anda diijab-kabul, satu perjanjian telah dibentuk. Anda telah
merelakan diri anda bergelar ISTERI dan rela memanggil orang berkenaan
yang tiada langsung pertalian dengan anda sebelumnya sebagai SUAMI.
Anda merelakan segalanya kepada dia dan demikian dia terhadap anda.
Setelah diikat dengan tali perkahwinan, mengapa tidak pejamkan mata dan
anggaplah dia pasangan yang terbaik. Dia memang dijadikan buat anda. Dia
adalah segala-galanya. Bentuklah kebahagiaan bersamanya.
JANGAN mimpi-mimpikan lagi orang lain selain dia.
JANGAN angan-angankan perkara yang bukan-bukan.
INGAT!!!! Anda dijadikan dari tulang rusuk dia. Relakan diri anda
untuk bertolak ansur dalam beberapa hal untuk mencari kesukaan dan
kebencian bersama. Relakan membina bahagia dan dialah alatnya.

Masalah yang sering menimpa pasangan muda ialah masing-masing gagal memantau
imaginasi untuk membentuk bahagia pada awal perkahwinan. Setelah
segalanya dilalui dan masalah menapak di sana sini, barulah sedar
sesuatu sepatutnya dilakukan lebih awal dahulu. Tetapi nyata sudah
terlambat, imaginasi bersama mekanisme-mekanismenya telah
dipersia-siakan. Bahagia kelihatan tetapi sudah tidak terjangkau dek
tangan. Kesudahannya, bahagia disangka berada di luar dan mahu diburu
walhal sebenarnya bahagia sudah berada di tangan, hanya gagal mengenal
dan menikmatinya sahaja.

Selagi mana SUAMI anda itu masih menjalankan tanggungjawabnya, maksud
saya dia masih ingat rumah, ingat anak-anak dan ingat untuk mencari
rezeki, dia masih seorang lelaki yang boleh diharapkan. Apalagi jika
dia seorang yang tidak meninggalkan ibadah-ibadah fardu,
kekurangan-kekurangan yang ada pada dirinya hanyalah sekadar kekurangan
untuk membenarkan kata-kata `NO MAN IS PERFECT".

orang minyak

Ada satu pepatah lama iaitu “orang naik minyak”.. ia membawa maksud seseorang atau sesuatu makhluk itu menjadi tidak waras atau terlalu marah… lihatlah bahawa minyak telah disinonimkan dengan kemarahan dan sesuatu yang membawa maksud yang buruk… jadi bila pihak kerajaan yang dipimpin oleh sekumpulan orang bodoh ini menaikkan harga minyak.. maka seluruhnya rakyat yang waras akan naik minyak atau marah…. tapi siapalah rakyat ni… macam anjing yang menyalak bukit.. walau sekuat mana pun jeritan itu.. tetap tak akan merubah apa-apa..

Pada petang sebelum esoknya adalah hari kenaikan harga minyak… aku adalah dalam ribuan dan jutaan rakyat Malaysia yang bersusun di depan kedai minyak untuk menikmati harga lama buat kali terakhir… dan hari itu adalah hari paling bersejarah dalam hidup aku.. kerana buat pertama kalinya.. kancil aku dapat minum air petrol sampai melimpah.. dekat lima puluh ringgit juga aku isi… hanya untuk mendapat sedikit keuntungan.. walaupun hanya sedikit… dari jutaan yang berbaris panjang mengisi petro ini.. aku dapat rasakan betapa rakyat semakin terdesak….. dalam kekalutan tingginya harga beras yang menjadi makanan ruji rakyat Malaysia.. kita dihimpit pula dengan kenaikan harga petrol yang menjadi bahan utama kita bergerak…..

Mungkin golongan pertengahan seperti aku mampu mengharungi survival kehimpitan dan tekanan ini… tapi bagaimana rakyat yang miskin.. gaji sekadar rm600 sebulan.. punya ramai anak… aku percaya yang miskin akan terus merana…. tiada apa yang dapat aku lakukan… sekadar berdoa penganiaya yang bersikap zalim tanpa ada rasa timbang rasa ini dibalas tuhan dengan azab yang paling pedih.. Insya-Allah…

Dalam keperitan hidup ini… manusia akan mengharapkan sesuatu harapan untuk mendapat kehidupan yang lebih baik.. maka ramailah yang pasang angan-angan nak memiliki sebuah kereta baru dalam pertandingan celcom 100 kereta untuk euro ni.. yang kemudiannya dikatakan haram… di akhbar pula.. seringkali orang ditipu dalam skim cepat kaya la, black money, mlm dan macam-macam lagi..huhh.. betapa terdesaknya rakyat…

SEMOGA ALLAH MENGURNIAKAN KEPADA KITA RAKYAT MALAYSIA INI PARA PEMIMPIN YANG BERTAQWA DAN SELAYAKNYA UNTUK MENTADBIR NEGARA INI, DAN SEMOGA PEMIMPIN YANG ZALIM DAN KHIANAT DIHAPUSKAN DARIPADA NEGARA KITA INI.