28 April 2012 mencatat satu lagi sejarah dalam hidup aku. pada hari itu aku menjadi saksi dan sebahagian dari sejarah BERSIH 3.0. Pada pagi hari tersebut, aku dan tiga lagi rakan aku iaitu yeop, nuar dan puyeng bertolak dari stesen lrt jelatik menuju ke stesen lrt Central Market lebih kurang pukul 10 pagi. keadaan dalam lrt agak penuh dengan penumpang dan ada yang berbaju kuning bersih 3.0, ada juga seorang wanita pertengahan umur mengedarkan risalah bersih.hampir jam 11 pagi kami tiba di stesen lrt CM. keadaan penuh sesak dengan orang berpakaian kuning dan hijau....
dalam keramaian itu aku berjumpa dengan YB Nizar, bekas MB Perak serta A Samad Said... Sempat juga aku bergambar dengan kedua-dua tokoh itu.... kemudian perjalanan diteruskan lagi dengan kami berjalan di sekitar CM dan Petaling Street...
Nuar sempat lagi membeli stokin.. kemudian kami sempat juga membeli towel kecil untuk menutup muka akibat cuaca panas dan juga sebagai tanda sokongan BERSIH 3.0 kerana towel itu berwarna kuning. setelah jam hampir pukul 12 tengah hari, kami menjamah makan di McD dekat Pudu Raya. keadaan McD itu juga penuh sesak, tapi sempat kami makan McD lunch meal... makan dalam gelap kerana lampu McD ditutup dan bekas makanan yang penuh.. kira-kira 12.40 tengah hari, pintu McD ditutup dan tanda close diletakkan. Alhamdulilah kami sempat makan.
jam 1.30 tengah hari kami bergerak ke masjid jamek untuk solat Zuhur berjemaah... setelah selesai solat, kami bergerak menuju Dataran Merdeka... keadaan pada waktu itu penuh sesak.. nak berjalan pun terlalu sukar... tak pernah sepanjang hayat aku lihat manusia seramai itu... ramai golongan masyarakat tak kira tua muda bersama dalam himpunan itu... kami bergerak perlahan hingga hampir dengan kawat berduri yang diletakkan di dataran dengan ramai polis berbaris... kemudian Anwar Ibrahim tiba dengan sebuah trak pikap ke hadapan hadangan polis itu dan memberi ucapan yang sukar untuk aku dengar memandangkan terlalu ramai manusia....
tiba-tiba hadangan itu dirempuh dan semua polis melarikan diri, kemudian FRU menembak water canon daripada trak merahnya... aku berundur ke belakang...tiba-tiba gas pemedih mata datang bertalu-talu... saat itu aku hampir pengsan dan terasa sangat sesak nafas.. aku terus bergerak jauh dari situ... tetapi memandang orang terlalu ramai...aku bergerak agak perlahan... dalam kelam kabut itu... ada orang yang menghulurkan garam dan air mineral... aku tadah tangan dan lumurkan garam ke muka dan telan juga garam... alhamdulillah agak ok... dari dataran aku tiba di hadapan Maybank Pudu Raya.. aku terduduk di situ dalam keadaan lemah...
kemudian kekejaman polis tak habis di situ... mereka terus tembak gas pemedih mata dan membelasah sesiapa saja di hadapan mereka.... aku lari terus dan duduk di belakang kedai hadapan Pudu Raya... aku cuba telefon kawan-kawan aku yang hilang... mereka semua berada di lrt Plaza Rakyat Pudu Raya... aku ke situ berjumpa mereka dan menunggu tren ke Ampang untuk pulang.... walaupun sangat letih dan pedih mata... tapi kami puas kerana dapat tunjukkan bahawa rakyat Malaysia perlukan reformasi ke arah menjadikan Malaysia negara terbaik... himpunan ini hanya meminta sebuah pilihan raya yang adil... tapi rakyat yang meminta dihalau seperti haiwan tanpa maruah... "pain is temporary... but pride is forever"
No comments:
Post a Comment