Sesungguhnya Al-Quran itu adalah mukjizat yang nyata.. Al-Quran adalah manual untuk hidup bagi seorang manusia… the way of life….. bacaan ayat-ayat sucinya mampu meruntun jiwa.. hati menjadi tenang….Ya Allah… lamanya aku tak mengalunkan mukjizatmu… aku leka dalam sibuk dunia yang sementara….. sesungguhnya kerugian yang amat besar andai tidak menjadikan amalan membaca Al-Quran itu sebagai amalan harian…… Ya Allah.. tetapkan hatiku untuk tidak menjauhkan lagi dari kalam-Mu….setiap surah dalam Al-Quran itu sangat bermakna dan membawa maksud yang sangat bernilai…..
dalam banyak surah.. surah yang paling suka aku alunkan dalam solatku adalah surah ad-Duha… aku mencintai surah tersebut sejak kali pertama aku membacanya hingga kini…. surah ad-Dhuha adalah penawar bagi mereka yang merasakan diri mereka disisih, ditinggalkan dan dibenci. Surah ini diturunkan sebagai menolak kata-kata musyrikin kepada Nabi Muhammad SAW bahawa Allah SWT telah membenci dan meninggalkan baginda SAW.
Allah SWT dengan bahasa lembut menyejukkan jiwa Nabi SAW, bahawa Dia tidak tinggal dan bencikan Nabi SAW. Bagi mereka yang merasakan diri disisihkan manusia, hakikatnya, Allah tidak biarkan mereka kesepian. Dia sentiasa bersama, lalu, Dia pujuk jiwa yang disisihkan itu dengan jaminan bahawa hari esok adalah cerah dan lebih baik dari hari ini.
Ad-Dhuha pengubat jiwa manusia yang resah dan memberikan kehidupan yang lebih baik jika diamalkan selalu.
Terjemahan:
[1] Demi waktu dhuha,
[2] Dan malam apabila ia sunyi sepi [3] (Bahawa) Tuhanmu (wahai Muhammad) tidak meninggalkanmu, dan Ia tidak benci (kepadamu, sebagaimana yang dituduh oleh kaum musyrik).
[4] Dan sesungguhnya kesudahan keaadaanmu adalah lebih baik bagimu daripada permulaannya.
[5] Dan sesungguhnya Tuhanmu akan memberikanmu (kejayaan dan kebahagiaan di dunia dan di akhirat) sehingga engkau reda - berpuas hati.
[6] Bukankah dia mendapati engkau yatim piatu, lalu la memberikan perlindungan?
[7] Dan didapati-Nya engkau mencari-cari (jalan yang benar), lalu Ia memberikan hidayah petunjuk (dengan wahyu - Al-Quran)?
[8] Dan didapati-Nya engkau miskin, lalu Ia memberikan kekayaan?
[9] Oleh itu, adapun anak yatim maka janganlah engkau berlaku kasar terhadapnya,
[10] Adapun orang yang meminta (bantuan pimpinan) maka janganlah engkau tengking herdik;
[11] Adapun nikmat Tuhanmu, maka hendaklah engkau sebut-sebutkan (dan zahirkan) sebagai bersyukur kepada-Nya.
No comments:
Post a Comment