"Any man can be a father.It takes someone special to be dad"
semua orang boleh menjadi seorang ayah kepada seseorang yang lain...dia hanya perlu sekadar mempunyai beberapa kriteria asas pada dirinya...iaitu dia perlulah seorang lelaki yg tidak mandul dan mempunyai seorang isteri yg juga tidak mandul...kemudian kedua kriteria ini dilengkapkan dengan hubungan seks yg sempurna...lantas dengan izin Allah seseorang itu akan menjadi seorang ayah kepada seseorang yang bakal dilahirkan isterinya itu.....kalau perhubungan itu kerana perkahwinan...maka seseorang itu boleh menBINkan namanya..kalau hubungan itu hasil dari luar perkahwinan..maka ia tidak ada hak.....begitulah secara asasnya seseorang itu menjadi seorang ayah.....
.....tetapi yang paling penting sekali ialah...bagaimana ingin benar benar menjadi seorang ayah??????
"saat di ciptakan laki-laki,tuhan membuatnya sebagai pemimpin keluarga serta sebagai tiang penyagga dari bangunan keluarga ,dia sentiasa akan menahan setiap dari hujungnya ,agar keluarganya aman teduh dan dilindungi"
"diberikan perasaan keras dan gigih untuk berusaha berjuang demi mencintai & mengasihi keluarganya, didalam kondisi atau situasi apapun juga, walaupun tidaklah jarang anak-anaknya melukai perasaannya melukai hatinya.Padahal perasaanya itu pula yang telah memberikan perlindungan rasa aman pada saat dimana anak-anaknya tertidur lelap. Serta sentuhan perasaannya itulah yang memberikan ketenangan bila saat dia sedang menepuk-nepuk bahu anak-anaknya agar selalu menyayangi dan mengasihi sesama saudara."
bila aku tenung muka abahku...hatiku berkata.."terima kasih abah kerna menjadikan siapa along pada hari ini.."...hmmm...aku harapkan anakku juga nanti akan ada perasaan yg serupa....abahku punya cara tersendiri untuk mendidik kami..kegarangannya sangat menyeramkan...hehehe...sampai aku rasa amat takut bila dengar enjin motor abah pulang dari kerja...kalau boleh aku tak mau langsung bertembung dengan abah...situasi paling aku elakkan ialah terpaksa naik kereta bersama abah...abah memang tak ada kompromi langsung dengan anak-anak...abah sentiasa mahukan yg terbaik dari anak-anaknya...
abah tak akan datang sekolah jika ada jemputan hari penyampaian hadiah dan mesyuarat PIBG..abah hanya akan datang jika kami dapat hadiah sahaja..kalau report kad ada yg merah pula.alamatnya..kami pun kena jadi merah juga..hehehe...sesungguhnya abah adalah insan paling menyeramkan...huahahaaa...
tetapi..setelah aku habis SPM dan akan ke universiti...abah memanggilku mengadapnya selepas solat magrib..abah menyuruh aku membaca surah yasin dihadapanya...
setelah selesai membaca yassin..abah menyatakan padaku..
"balong sekarang dah besar..lepas ni balong akan ke universiti..jauh dari mak dan abah..lepas ni balong akan bebas untuk buat apa sahaja kerna abah dan mak jauh..abah dan mak dah berikan yg terbaik untuk mendidik balong.abah harapkan lepas ni balong akan menjadi seseorang yg berguna dan buat lah apa jua keputusan dengan sebaiknya dan jangan tinggal solat.."
selepas peristiwa itu...abah tak pernah memarahi aku lagi...dia bukan lagi menjadi seseorang yg menyeramkan tapi abah seperti sahabat yang boleh berkongsi apa saja..kadang kala boleh layan sms juga ngan abah ni...hehehe..kami boleh borak dan bertanya khabar..boleh gurau-gurau juga...tapi aku tetap menghormati abah dan tak pernah lupakan ajaran abah...tima kasih abah...
"Life doesn't come with an instruction book; that's why we have fathers."
..sekarang turn aku plak nak jadi abah ni...agak kalut juga aku mempersiapkan diri dan emosi...aku harap dapat menjadi seorang abah yg terbaik seperti abahku dan kalau boleh ingin menjadi lebih baik dari abah...untukmu sayangku isteri tercinta...terima kasih atas segalanya....aku akan menjadi ayah dan suami yg terbaik buat kalian berdua..semoga keluarga kecil kita ini akan bertambah meriah dengan keahlian baru...hehehe...
"A truly rich man is one whose children run into his arms when his hands are empty."
No comments:
Post a Comment