Saturday, August 01, 2009

sayang & babyyy

bagaimana perasaan kali pertama menyentuh anak sendiri...bagaimana perasaan kali pertama melihat anak sediri...bagaimana rasanya bila mendengar tangisan anak sendiri..hmmm...dan sesungguh aku dah tak sabar nak memeluk baby ku sendiri...aku sekarang asyik dok pikir tentang baby jer....macam-macam aku pikirkan tentang dia...sampai angau dah ni...hehehe....

Alhamdulilah aku amat bersyukur dengan rezeki dan amanah dari Allah ini kerana dikurniakan zuriat dan cahaya mata buatku bersama isteri...anak ini akan menjadi bukti betapa dalamnya cintaku kepada isteri ku....aku amat bersyukur kepada Ilahi kerana mengurniakan aku isteri sehebat isteri tercinta....sesungguhnya aku telah memilih seorang ibu yang sempurna buat anakku...moga kejelitaan,kebijaksaan,keimanan dan semua yg terbaik yg ada padamu isteri akan diwarisi anak kita...

tadi semasa aku mengemas barang2 lama ku....aku menyimpan kad library masa sekolah..kad kemajuan pelajar dari darjah satu sampai sekolah menengah..aku terjumpa buku derma darah aku...dah hari ini aku baru tahu yang darah aku jenis O...selama ini aku ingat darah aku jenis AB...tersilap...heheh...dan yang paling aku gembira ialah darah isteri ku juga jenis O....dan baby ku juga nanti pasti berdarah O...bila disebut tentang jenis darah ni...darah O bermaksud Origin...darah yg origin dan merupakan darah nabi Adam...selepas manusia berevolusi dari zaman paleolitik sampai zaman sekarang lah yg menyebabkan darah jenis2 lain muncul...ni pun aku dapat maklumat dari buku yg aku baca tentang darah ni..menarik buku tu..nantilah aku share..serba ringkas buku itu menyatakan tentang pemakanan yg sesuai mengikut jenis darah...bagi penulis itu...ada makanan yg menjadi ubat buat satu jenis darah tetapi menjadi racun untuk jenis darah yg lain pula....

hmmm...tercerita tentang perkara lain plak..tadi tentang baby...aku sekarang dalam proses pembelajaran dan research macam mana nak jadi ayah ni..hehe..sekarang dah start beli buku dan majalah keibubapaan ni....

tapi aku dok berangan nak amik gambar ngan baby aku nanti...aku dok berangan aku pakai jeans tanpa baju dan baby ku terbaring dibahu ku sambil terlena..gambar tu amik dari angle tepi dan gambar itu mesti hitam puteh...huhhh...mengelamun plak...hehehe....

i love you sayang dan babyyyy..love you both....

No comments: