Sunday, February 22, 2009

Phi Phi Island




Percutian pertamaku bersama isteri tercinta pada 24 november 2008…kami terbang ke Krabi Thailand…dari Krabi kami menaiki ferri menuju ke Phi Phi Island..sebuah pulau indah dan paling jauh dalam gugusan kepulauaan Krabi..hampir 2jam perlayaran ke pulau tersebut dari jeti di Krabi Town..Phi Phi Island merupakan pulau yg sangat terkenal untuk aktiviti Rock Climbing kerana keadaan bentuk gunung ganangnya yg hampir 90 darjah menegak..dan pulau ini juga terkenal kerana pernah menjadi tempat pengembaran sebuah filem terkenal bertajuk “The Beach” lakonan Leonado Di Caprio…

Setiba kami di Phi Phi Island..kami terus dijemput dengan seorang pekerja dari Resort yg telah aku tempah bernama Omar,dia sangat teruja kerana kami orang Islam..dan pantang jumpa kami jer terus bagi salam..dia juga memberitahu kedai makanan halal di pulau tersebut dan masjid…aku menetap 3hari dan 2malam di PHITAPAROM PP RESORT di resort..aku memilih resort itu kerana resort itu dibina di kaki bukit dan kami dapat melihat Phi Phi Island dari tempat tinggi…

Hari pertama di pulau itu…aku Cuma berjala-jalan sekitar pulau tersebut..dan yg paling mengejutkan aku..pulau tersebut tidak mempunyai langsung kenderaan bermotor..yang ada Cuma basikal dan kereta tolak utk membawa barang..dan yang paling menarik tentang pulau ini ialah majoritinya adalah penduduk Islam..hari pertama kami makan disebuah kedai makanan islam..aku makan tom yam dan kowtew thai..huhh..sedap giler…

Aku bangun awal utk menikmati pagi yg indah di Phi Phi Island…kemudian kami telah menyewa sebuah bot yg sederhana besar utk bersiar siar disekitar pulau2 kecil dan snorkeling…dan yg paling best sekali..dalam bot tu..Cuma aku dan isteri tercinta sahaja..mmg privacy habis..hahaha….cuak juga aku first time snorkeling ni..wife aku relax jer sbb dia dah selalu dah…aku pulak yg tertelan air laut akibat nak buat style lebih2..hahaha…

Kemudian malam harinya…kami berjalan lagi disekitar pulau itu..kami juga sempat melihat perlawanan tomoi..huhh..ngeri juga…

Hari terakhir di Phi Phi Island..selepas sarapan pagi..aku dan isteri tercinta berjalan kaki mengelilingi pulau itu..kami pergi Stadium Muay Thai kat pulau itu sambil melihat org putih berlatih tomoi dan melihat juga Tempat Peringatan Mangsa Tsunami…..

Selepas meninggalkan Phi Phi Island..kami bermalam di Krabi Town..aku memilih Greenery Hotel untuk bermalam kerna lokasinya berdekatan Krabi International Airport dan didalam Krabi Town….

Malam di Krabi Town..aku berjalan di sekitar Krabi Town..kami sempat singgah makan di night marketnya…rasa seronok disini sbb banyak org islam dan tak susah nak dapat makan halal..selain itu aku tertarik dengan senibina disini…trafik lightnya paling menarik…lampu trafik dibina seperti dipegang oleh orang hutan yg besar…dan lampu jalan pula dibina seperti digantung dibelalai gajah…..aku juga agak terkejut dengan kehadiran gajah di Tengah pekan…wife aku sempat memberi gajah itu makan tebu…..

Sesungguhnya inilah pengalaman paling bermakna aku..aku bersyukur semuanya selamat walaupun…sehari sebelum aku balik ke Malaysia..lapangan terbang Bangkok telah ditawan penunjuk perasaan..aku bertuah kerna penerbangan aku terus ke Kuala Lumpur tanpa melalui Bangkok….

…hmm..rasa mcm menulis karangan sekolah plak..hahahaha…tapi aku tetap nak abadikan sedikit dari sejuta kegembiraan aku bersama melancong dalam blog aku ni….

No comments: