Tuesday, August 05, 2008

abah

"...sekarang abah dah tak kisah tentang balong lagi, abah dah kecewa dengan sikap balong yang mudah putus asa sebelum berjuang... ikut balonglah kalau dah tak mahu mengaji kat Johor tu.. balik rumah buat bendang saja.. tak payah nak mengaji lagi..."
..........kata-kata yang aku tak pernah lupakan dari abah aku bila aku cakap nak balik rumah dari UTM Skudai dulu.... abah aku memang marah sungguh waktu tu...... tapi memang bukan rezeki aku mengaji kat Johor tu....
memang berliku jalan nak sampai puncak kejayaan ni.. tapi Alhamdulillah....aku tak pernah rasa aku gagal lagi... bagi aku.. gagal ialah berhenti dari mencuba.. gagal ialah kita telah menyerah kalah dan berputus asa....
sesungguhnya abah adalah inspirasi kejayaan aku.. abah adalah pembakar semangat untuk aku menjadi seseorang dalam hidup ini.....
...sesungguhnya abah terlalu menyayangi aku dan semua anak-anaknya... abah adalah contoh terbaik untuk aku menjadi seorang ayah kepada anak-anak aku.. menjadi seorang suami yang terbaik untuk isteri aku.....
.....sepanjang hayat aku.... aku dapat melihat dua kali air mata abah mengalir dari matanya kerana aku... pertama.. air mata abah terlihat ketika aku memegang ijazah pada hari konvokesyen aku... dan kali kedua ialah pada hari pertunangan aku.......
sesungguhnya abah... engkau adalah segalanya untukku... kasih ibu membawa ke syurga.. kasih mu abah.. sepanjang hayat... terima kasih abah

No comments: