Saturday, May 05, 2012

Nostalgia

Iman kowteow... tempat yang sangat signifikan dengan kehidupan remaja aku... di sini tempat yang selalunya menjadi tempat santai bersama rakan-rakan karibku.. azhan.. hafiz.. kamil... amin.. sekadar menyebut beberapa nama... di sini aku menjadi saksi dari gerai kecil tepi jalan yang terkenal dengan kowteow kerangnya.. kini berubah wajah menjadi restoran gah tiga pintu dan masih mengekalkan gerai dan deretan meja tepi jalannya... dan menunya pulak dah tambah dari roti arab sampai nasi ayam........ di sini masih segar ingatan aku bersama kawan-kawan... tentang nak buat bisnes lepas spm... nak masuk universiti mana sampai bab-bab perkahwinanlah... pendek kata hampir semua topik kehidupan dibicarakan di sini...hari ini aku kembali lagi di sini setelah sekian lama tidak ke sini... untuk merasai kowteow kerang yang sama tetapi pada zaman yang berlainan.... Alhamdulillah masih ada kesempatan buat aku di sini... syukur kepada Allah dengan kesempatan yang ada ini... sesungguhnya setiap memori di sini terlalu indah untuk digambarkan dengan kata-kata....

No comments: