People always telling you what to do... But what right for them... May not be right for you... Life is not a rehearsal... It's a real thing... So be yourself in 'Aku dan Sesuatu'
Saturday, May 12, 2012
Jadi Maskot
Hari ini aku di Ikead, dari dulu sampai sekarang aku suka kat tempat ni, aku suka tengok perabot rumah yang pelbagai sambil berimaginasi tentang rumah idaman.. aku suka rumah yang simple dan moden serta ruang dapur yang luas... bolehlah aku memasak lagak seorang chef profesional... bagi aku, dapur adalah tempat yang indah untuk sebuah keluarga yang bahagia... di situ suami dan isteri dapat sama memasak... cuba resepi baru dan anak boleh bercomotan nak buat kek atau biskut raya.... sungguh bahagia walaupun memikirkan dan membayangkan dalam imaginasi.... insya-Allah aku target tahun depan dah boleh cari rumah idaman.... selain kemeriahan aneka perabotnya.... aku suka meatball kat sini....kalau ada pertandingan makan meatball.... sure aku menang... haha... dah ke mana aku menulis ni.... aku bukan nak cerita tentang Ikea... tapi aku tulis entri ni sebab aku tengok satu maskot ni melintas depan aku... maskot ni patung bantal Ikea berbentuk love yang mempunyai tangan dan kaki tanpa kepala... seronoknya nampak maskot itu berjalan riang dan buat apa saja sebab orang tak nampak muka dia... teringat pula kerja part time aku dulu jadi maskot.... pakaian maskot tu memang panas sungguh... kira 15 minit je pakai then masuk rehat... tapi pengalaman tu memang paling best dan tak mungkin aku lupakan.... rasa sangat puas dan gembira dapat gembira kan kanak kanak.... tetapi yang paling gembira saat ini ialah dapat gembirakan puteri tunggalku imaan khadeja aisha....
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
kat mana kerja jadi maskot tu bro? macamana nak apply?
Post a Comment