......15 tahun dulu ketika aku masih di bangku sekolah rendah... ketika masih berkasut Bata dan Pallas... ketika seluar masih biru dan baju kemeja putih jenama Guitar... waktu itu aku berada di dalam kelas 6 Hijau... masa tu kelas dinamakan dengan nama warna... bermula dari kelas yang paling pandai iaitu Hijau, kedua Kuning.. Merah dan terakhir ialah kelas Biru..... masih terbayang lagi kelas aku di tingkat tiga yang paling atas dan berhadapan dengan tangga.... masih teringat lagi.. air sirap hanya sekupang secawan.. nasi lemak sepinggang 3 kupang.. bawa duit cuma lima kupang.. kadang-kadang dapat seringgit kalau dapat markah tinggi dalam exam....
hmmmm...... semuanya kenangan dulu.... tapi kenangan yang tak mungkin aku lupakan ialah kenangan aku meminati seorang murid perempuan darjah lima.... dia adalah murid perempuan yang paling cun dalam sekolah dan aku rasa dia yang paling cun dalam dunia pada waktu itu.. dan dia masih lagi paling cun dalam dunia sekarang ni pun. heheheh..
..aku memang minat gila berserta angau kepada awek cun darjah 5 ni.... sampaikan kalau dia masuk pertandingan boria ka.. kuiz apa apa pun kat sekolah-sekolah kat area Aloq Staq ni.. memang aku kayuh basikal pergi... dan ajak juga kawan aku setelah berjanji nak belanja depa makan ais krim pop (ais krim sekupang yang boleh patah menjadi dua tu)....... memang angaulah... sampai asyik aku curi-curi usya dia.. hehehee...
pernah sekali tu.. masa hari kantin sekolah... kan ada tuju-tuju lagu permintaan... aku pernah tuju lagu Saleem.. "bukan aku tak cinta"... kat dia.... hehehe... memang aku minat sungguhlah kat dia.. sampai kalau boleh hari Jumaat dan Sabtu pun nak pi sekolah.....
kemudian... selepas aku kuar sekolah rendah masuk sekolah menengah... aku tetap bertanya khabar dia dari sesiapa pun yang kenal dia..... kemudian... selepas dia masuk sekolah menengah ke Kolej Tunku Kurshiah kat Seremban... aku dah tak dapat berita lagi dari dia...... tetapi aku tak pernah lupakan dia.....
..namun kuasa Tuhan tiada tandingnya.... jodoh dan pertemuan adalah hak mutlak Allah S.W.T.... kami ditemukan kembali dengan kuasa Allah.... semasa di sekolah rendah dulu... aku tak pernah bercakap atau berbual dengan dia.... tapi setelah 15 tahun berjumpa kembali... dia masih ingat nama aku.... huhhh....
terasa sangat bahagia dan sayu sekali..... doa budak lelaki 12 tahun untuk hanya bercakap dengan gadis idamannya.. dimakbulkan di kala budak lelaki itu berumur 27 tahun..... Alhamdulillah...
dan... budak lelaki itu.. adalah lelaki ini iaitu aku.. hehehe... dan gadis cun yang masa tu berumur 11 tahun dan sekarang telah berumur 26 tahun itu... adalah tunang tercinta aku sekarang.....
tiada yang lebih indah selain mencintai seorang wanita hebat yang tulus mencintai aku... dia tak pernah ragu dan yakin mencintai aku.......
People always telling you what to do... But what right for them... May not be right for you... Life is not a rehearsal... It's a real thing... So be yourself in 'Aku dan Sesuatu'
Thursday, July 17, 2008
Monday, June 16, 2008
tentang dia
Terdapat banyak buku atau artikel yang menghuraikan tentang keperibadian seseorang melalui tarikh lahirnyalah.. melalui huruf pertama namalah.. melalui huruf terakhir namalah… melalui lebar telinga.. lebar mulutlah.. dan melalui macam-macamlah sifat zahir atau fakta kelahiran yang ada pada sesorang yang dapat menyimpulkan tentang keperibadian atau perilaku seseorang……..
Hmm…. aku memang tak nafikan tentang kajian atau fakta-fakta ini…. mungkin peredaran bulan mengelilingi bumi dan susunan bintang-bintang di langit dapat dijadikan panduan menilai seseorang… Tuhan ada berfirman dalam Al-Quran yang menyatakan… “..tidak Aku jadikan kejadian bulan dan bintang itu sia-sia…”…….pada masa dahulu sebelum ada GPS.. GPRS… MMS.. dan macam-macam lagi SSSS….. bintang dijadikan panduan menentukan arah bagi pelayar pelayar dahulu….. orang-orang dulu juga menjadikan susunan bintang sebagai horoskop untuk mengklasifikasikan sifat manusia dan bulan kelahiran… err… aku SAGGITARIUS…. lelaki yang terbaik er sifatnya..hahaha
Hmmm… aku lebih suka menilai seseorang melalui mata aku… aku menggunakan mata aku untuk menjadi sensor penilaian kepada seseorang.. dengan mata aku melihat perlakuannya dan dengan minda aku menganalisis keperibadiannya… semuanya aku simpan dalam hati…..
…sebenarnya kajian tentang perlakuan manusia ini banyak telah dijalankan.. malah ada satu kursus di universiti yang menawarkan kursus kajian sains perlakuan manusia… di Malaysia sendiri... sains perlakuan manuia ini diajar meluas melalui kursus psikologi manusia… pihak polis juga ada menggunakan teknik-teknik ini untuk soal siasat kepada penjenayah.. salah satu contohnya… ketika menyoal penjenayah… pihak polis akan memerhatikan mata suspek…mengikut kajian… seseorang yang akan berbohong, matanya akan cenderung memandang ke kiri….hmm… kepada semua penjenayah.. ketika disoal polis.. pejamkan aje mata anda ea.. hahahaha
….secara lumrahnya juga.. setiap dari kita mempunyai sifat semulajadi yang seringkali kita ungkapkan sebagai tabiat… sebagai contohnya ada orang yang suka berjalan sambil mengheret kasut.. sampai habis tapak kasut nipis… jangan marah ea sesapa pun eh… tiada kena mengena dengan yang hidup atau mati… tetapi biar apa pun tabiat kita.. jika ia yang elok.. kita teruskan.. jika yang kurang elok kita kurangkan… tapi kalau tabiat dok mengata orang.. mencuri ke… baik dibuangkan aje… buangkan tabiat itu... hmm.. tabiat aku pulak.. biarlah rahsia..hahaha
…sebagai manusia biasa.. kita hanyalah insan yang lemah dan mustahil untuk mengelak dari melakukan kesilapan… kesilapan kadangkala hadir tanpa dijemput.. kehadiran kesilapan dalam hidup kita.. hanyalah pelengkap kepada perjalanan kita mengejar kesempurnaan… janganlah kita asyik mejemput kesilapan dengan kelalaian dan kealpaan kita dalam perjalanan kehidupan ini…. dalam setiap apa jua yang kita lakukan… lakukanlah untuk mencapai kesempurnaan itu…dalam apa jua termasuk persahabatan, percintaan atau perkahwinan…..
Hmmm…. bila disebut tentang perkahwinan ini… terdetik hati tertanya sendiri… perkahwinan atau hubungan macam mana yang perlu dibina… hubungan antara seorang lelaki dan wanita…. sebagai seorang lelaki… mustahil aku untuk merasai perasaan seorang wanita… tetapi aku boleh menjadi seorang lelaki yang memahami seorang wanita.. tidak perlu menjadi wanita nak faham wanita.. wanita juga tak perlu menjadi lelaki untuk memahami lelaki…. kepada perempuan-perempuan di luar sana.. apa yang lelaki lelaki diluar sana juga termasuk aku juga sebagai lelaki ini inginkan dari wanita selain wanita itu sendiri.. hehehe..
1. Hormati Lelaki
Hormatilah lelaki untuk lelaki menghormati anda.. hormati lelaki sebagai lelaki.. bukan mengharapkan lelaki menjadi apa yang anda inginkan.. hormati sifat yang ada padanya.. selagi sifat itu tidak melanggar hukum agama dan syarak. Percayalah andai anda cuba mengubah lelaki itu menjadi apa yang anda inginkan, dia mungkin akan menjadi orang lain. Untuk mengubah lelaki menjadi yang terbaik, ubahlah diri anda dulu menjadi yang terbaik, nescaya kebaikan dari anda itu akan menjadi cermin yang paling indah kepada seorang lelaki untuk menjadi yang terbaik untuk mencintai seorang yang terbaik seperti anda. Jika anda hormati seorang lelaki, dia juga akan lebih menghormati anda.
2. Dipercayai Lelaki
Sebagai seorang wanita, anda hendaklah dulu mempercayai lelaki dan seorang lelaki itu akan mempercayai wanita yang mempercayainya.. untuk lelaki menpercayai wanita.. wanita itu perlu bina dulu kepercayaan kepada lelaki.. wanita itu perlulah mengelak perkara yang membuatkan lelaki hilang percaya seperti curang dengan lelaki lain, cerita masalah hubungan dengan kekasih kepada lelaki lain dan apa jua yang melibatkan orang ketiga dalam hubungan.. sekali lelaki hilang kepercayaan kepada anda.. sukar untuk dia melupakannnya… dia mungkin juga tak akan memaafkannya di seluruh hidupnya….
3. Sifat Negatif Wanita
Agak ramai wanita hari ini yang suka mencabar dan bersifat kurang ajar terhadap lelaki terutama kekasih atau suami mereka sendiri. Malah ada juga yang terlalu mendesak, merendah-rendahkan lelaki. Ramai juga yang suka membandingkan lelaki dengan lelaki lain.. lelaki paling pantang andai dibanding dengan lelaki lain.. setiap lelaki adalah berbeza.. jika anda mencintai seorang lelaki.. cintailah dia sepenuh hati.. selagi dia tulus mencintai anda.. selagi dia tidak pernah mencederakan anda.. selagi dia tetap mengungkapkan rasa cinta dan selagi dia terlalu ingin mengahwini anda…. anggaplah hanya dia lelaki yang ada dalam dunia ini… datanglah beribu lelaki yang paling segak dalam dunia pun.. anda tak mungkin menjeling atau memandang sedikit pun.. kerana hanya dia yang ada di mata dan hati anda…bersama lelaki lain belum tentu anda dihadiahkan kebahagiaan… kesetiaan akan dibalas kesetiaan jua.. yakinlah
sesungguhnya.. diciptakan seorang wanita oleh Allah untuk melengkapkan kejadian seorang lelaki....

Thursday, June 12, 2008
kawin kawin
hmmm...baru-baru ni heboh tentang seorang pemandu lori nak kawin empat.. tetapi tak dibenarkan oleh mahkamah walaupun 3 isterinya yang lain setuju untuk menggenapkan pemaduan mereka... 2 hari lepas.. masuk berita pulak lagi tentang seorang lelaki broker tanah dibenarkan kawin empat... masuk gambar lelaki tu tersenyum bersama 3 orang isteri dan seorang bakal isterinya...
sesungguhnya tipulah jika aku atau ada lelaki yang tak mahu kawin empat.. tak normal kata seorang ustaz ketika aku dengar ceramah... sebenarnya.. walaupun dibenarkan... seorang lelaki itu perlulah melengkapkan beberapa kriteria... semua ini ditetapkan dalam al-Quran.. agar wanita yang diperisterikan itu tidak menjadi mangsa dan dianiaya...... dan sesungguhnya juga.. jika ditanya kepada setiap wanita.. tiada seorang pun yang sanggup dimadukan....
....bagi aku pula.. aku cuma mengharapkan seorang isteri untuk dicintai sepanjang hayat.... aku bukanlah seorang fanatik monogami... tetapi aku tidak mampu atau sanggup membahagikan sayang aku kepada selain seorang wanita sahaja....
...bagi aku lelaki yang kawin untuk keduanya ini adalah mungkin disebabkan oleh perkahwinan mereka sendiri yang hambar.. hingga perlu ada org lain... mungkin cinta mereka hangat sebelum dan pada hari kahwin sahaja... selepas itu.. tiada lagi hangatnya... semua perkara menjadi rutin selepas kawin..... untuk mengatasi keadaan ini... aku merasakan setiap pasangan suami isteri perlu ada impian dan tujuan selepas kawin... contohnya merancang melancong keliling dunia ke... so setiap hari mereka akan menuju ke arah merealisasikan impian mereka tanpa membenarkan orang lain hadir dalam rumah tangga mereka....
....untuk mengekalkan usia perkahwinan juga... aku merasakan setiap pasangan itu perlu saling jatuh cinta lagi, lagi dan lagi sampai tua... bila dah kawin tu.. yang isteri pulak janganlah dok abaikan tentang rupa diri pulak... mentang-mentanglah dah kawin.... kuar pi pasar malam pakai baju kelawar je, muka pulak bergaris tampal bedak sejuk.. rambut pulak berserabai.. pegang ikan-ikan pulak... lepas tu balik umah nak pegang hubby... hmm... susahlah macam ni... lelaki pulak sebelum kawin dan segak... kalau wife pulak macam tu.. mungkin lelaki ni bertambah segak dan semakin berbahaya... hahahaha
hmmm..... mcm kursus kahwin pulak.. aku ni kursus kahwin pun belum pergi... alahai emak... kawinkanlah anakmu ini... hehehehe..

Wednesday, June 11, 2008
teqieromi
my amor...days goes by.. and i'm connected to you thru your voice...
.......a voice that spreads warmth thru my veins...
.......like a blanket that shields my heart from pain...
.......except for the pain that only two lovers can understand... a pain covered with happiness...
....like a delicious dark chocolate............
..........a voice that make me learned another meaning of patience... make me understand the magic of God's creation... teqieromi

Monday, June 09, 2008
NO MAN IS PERFECT
sekadar ingin berkongsi dari sebuah buku yg aku baca dari tulisan seorang doktor pakar motivasi……..
Seorang isteri mengadu begini kepada saya, "Suami saya bukanlah
seperti yang saya gambarkan sewaktu belum berkahwin. Dia amat berbeza daripada
penampilannya dahulu. Sekarang dia bukan sahaja gagal membahagiakan
saya malah sering menjadikan saya kesal mempersuamikannya. Ingin
sekali saya meninggalkannya, tapi tak berupaya kerana memikirkan anak-anak dan
masa depan saya sendiri, walaupun ada lelaki yang sedia mengambil saya di
luar sana. Saya seperti terperangkap oleh kedunguan masa lalu. Kekal
bersamanya bererti saya selamanyalah tidak akan berasa bahagia. Apa
yang boleh saya lakukan sekarang?
Lalu saya bertanya, sekarang puan nak yang
mana? Kekal bersamanya atau mengikut lelaki lain? Maksud saya mana yang lebih berat?
Kalau dr. tanyakan yang mana lebih berat, tentulah bersamanya lebih
berat. Kalau begitu, mengapa tidak pejamkan mata, bayangkan yang indah-indah,
anggaplah dia satu-satunya lelaki yang ada di dunia ini dan binalah
kebahagiaan bersama. Isteri itu seperti terkejut dengan saranan saya.
Barangkali dia mengharapkan satu cadangan yang lebih memihak kepada gelojak hatinya
untuk memilih lelaki lain, berdasarkan kebahagiaan yang sudah gagal
dikecapinya sekarang.
Lalu saya perjelaskan, kalaulah kebahagiaan yang menjadi persoalan,
belum tentu pilihan seterusnya akan menjaminkan kebahagiaan.
Barangkali bersama lelaki kedua masalah lebih menimpa. Kalau nanti
perkahwinan kedua itu juga gagal memberikan kebahagiaan, apakah anda akan berkahwin
buat kali ketiga? Jika tak bahagia juga, anda akan berkahwin pula buat
kali keempat? Kemudian kelima, keenam? Sampai bila?
Hidup bukankah untuk dinikmati? Usia bukanlah lama untuk dipersiakan
dengan hal-hal yang tidak sepatutnya. Siapa pun dia, dia adalah lelaki
yang bergelar 'SUAMI'. Kebahagiaan adalah satu istilah yang telah
terbentuk. Tinggal bagaimana kita mendefinasikan kebahagiaan itu
sahaja yang menyebabkan sesetengah daripada kita gagal berasa bahagia.
Alangkah ruginya kalau hidup yang singkat ini kita gagal mendapat
bahagia. Semata-mata kerana menyangka kebahagiaan itu akan dinikmati jika
bersama orang sekian-sekian. Semata-mata kerana menyangka si Dia boleh
memberi bahagia yang diimpi-impikan. Kalau MELESET bagaimana? Kalau
kebahagiaan yang diidam-idamkan itu tidak diperoleh sedangkan kebahagiaan
yang sedia ada ini telah ditinggalkan, bagaimana?
Setelah anda diijab-kabul, satu perjanjian telah dibentuk. Anda telah
merelakan diri anda bergelar ISTERI dan rela memanggil orang berkenaan
yang tiada langsung pertalian dengan anda sebelumnya sebagai SUAMI.
Anda merelakan segalanya kepada dia dan demikian dia terhadap anda.
Setelah diikat dengan tali perkahwinan, mengapa tidak pejamkan mata dan
anggaplah dia pasangan yang terbaik. Dia memang dijadikan buat anda. Dia
adalah segala-galanya. Bentuklah kebahagiaan bersamanya.
JANGAN mimpi-mimpikan lagi orang lain selain dia.
JANGAN angan-angankan perkara yang bukan-bukan.
INGAT!!!! Anda dijadikan dari tulang rusuk dia. Relakan diri anda
untuk bertolak ansur dalam beberapa hal untuk mencari kesukaan dan
kebencian bersama. Relakan membina bahagia dan dialah alatnya.
Masalah yang sering menimpa pasangan muda ialah masing-masing gagal memantau
imaginasi untuk membentuk bahagia pada awal perkahwinan. Setelah
segalanya dilalui dan masalah menapak di sana sini, barulah sedar
sesuatu sepatutnya dilakukan lebih awal dahulu. Tetapi nyata sudah
terlambat, imaginasi bersama mekanisme-mekanismenya telah
dipersia-siakan. Bahagia kelihatan tetapi sudah tidak terjangkau dek
tangan. Kesudahannya, bahagia disangka berada di luar dan mahu diburu
walhal sebenarnya bahagia sudah berada di tangan, hanya gagal mengenal
dan menikmatinya sahaja.
Selagi mana SUAMI anda itu masih menjalankan tanggungjawabnya, maksud
saya dia masih ingat rumah, ingat anak-anak dan ingat untuk mencari
rezeki, dia masih seorang lelaki yang boleh diharapkan. Apalagi jika
dia seorang yang tidak meninggalkan ibadah-ibadah fardu,
kekurangan-kekurangan yang ada pada dirinya hanyalah sekadar kekurangan
untuk membenarkan kata-kata `NO MAN IS PERFECT".

orang minyak
Ada satu pepatah lama iaitu “orang naik minyak”.. ia membawa maksud seseorang atau sesuatu makhluk itu menjadi tidak waras atau terlalu marah… lihatlah bahawa minyak telah disinonimkan dengan kemarahan dan sesuatu yang membawa maksud yang buruk… jadi bila pihak kerajaan yang dipimpin oleh sekumpulan orang bodoh ini menaikkan harga minyak.. maka seluruhnya rakyat yang waras akan naik minyak atau marah…. tapi siapalah rakyat ni… macam anjing yang menyalak bukit.. walau sekuat mana pun jeritan itu.. tetap tak akan merubah apa-apa..
Pada petang sebelum esoknya adalah hari kenaikan harga minyak… aku adalah dalam ribuan dan jutaan rakyat Malaysia yang bersusun di depan kedai minyak untuk menikmati harga lama buat kali terakhir… dan hari itu adalah hari paling bersejarah dalam hidup aku.. kerana buat pertama kalinya.. kancil aku dapat minum air petrol sampai melimpah.. dekat lima puluh ringgit juga aku isi… hanya untuk mendapat sedikit keuntungan.. walaupun hanya sedikit… dari jutaan yang berbaris panjang mengisi petro ini.. aku dapat rasakan betapa rakyat semakin terdesak….. dalam kekalutan tingginya harga beras yang menjadi makanan ruji rakyat Malaysia.. kita dihimpit pula dengan kenaikan harga petrol yang menjadi bahan utama kita bergerak…..
Mungkin golongan pertengahan seperti aku mampu mengharungi survival kehimpitan dan tekanan ini… tapi bagaimana rakyat yang miskin.. gaji sekadar rm600 sebulan.. punya ramai anak… aku percaya yang miskin akan terus merana…. tiada apa yang dapat aku lakukan… sekadar berdoa penganiaya yang bersikap zalim tanpa ada rasa timbang rasa ini dibalas tuhan dengan azab yang paling pedih.. Insya-Allah…
Dalam keperitan hidup ini… manusia akan mengharapkan sesuatu harapan untuk mendapat kehidupan yang lebih baik.. maka ramailah yang pasang angan-angan nak memiliki sebuah kereta baru dalam pertandingan celcom 100 kereta untuk euro ni.. yang kemudiannya dikatakan haram… di akhbar pula.. seringkali orang ditipu dalam skim cepat kaya la, black money, mlm dan macam-macam lagi..huhh.. betapa terdesaknya rakyat…
SEMOGA ALLAH MENGURNIAKAN KEPADA KITA RAKYAT MALAYSIA INI PARA PEMIMPIN YANG BERTAQWA DAN SELAYAKNYA UNTUK MENTADBIR NEGARA INI, DAN SEMOGA PEMIMPIN YANG ZALIM DAN KHIANAT DIHAPUSKAN DARIPADA NEGARA KITA INI.

Wednesday, May 28, 2008
aku dan dia
"jaga intan baik-baik ea, pak tua akan doakan kebahagiaan dunia dan akhirat buat man dan intan.."... unkapan yang sentiasa terngiang-ngiang dan tersemat kukuh di hatiku... ungkapan itu dilafaz di kala aku memeluk pakcik sulung dalam keluarga bakal isteri ku.. terasa sayu dengan nasihat dan kata-kata itu.. diungkap di kala pak tua dan beberapa lagi pakcik dan makcik termasuk bakal keluarga mentua aku akan menunaikan umrah di mekah pada hari Sabtu yang lepas.......
...huhhh...memang cuak dan ketaq juga bila nak mengadap pakcik2 yang dikhabarkan sangat garang oleh bakal isteri aku ni... tapi aku beranikan diri dan yakin bahawa aku bukan buat salah dan sangat ikhlas untuk memperisterikan anak sedara mereka yang paling cun dalam keluarga mereka ni....
Alhamdulilah.... semua sedara dan pakcik2 bakal isteri aku ni sangat peramah dan mmg sangat mesra...aku tak kekok langsung dan terasa macam famili sendiri.... aku bersyukur dengan jodoh ini dan aku akan menghargai rahmat Tuhan ini... terasa sangat bahagia bila Allah temukan aku dengan seorang wanita yang sangat istimewa.... wanita sempurna yang menjadi pelengkap hidup aku... wanita yang menjadi inspirasi dan impian hidup aku... sesungguhnya aku amat mencintaimu......
.........sesungguhnya aku amat mensyukuri rahmat-Mu Tuhan... tiada ungkapan terima kasih dapat diungkapkan.. selain sujudku sebagai hamba-Mu yang sentiasa mengharapkan kasih dan sayangmu Tuhan.....

Sunday, May 18, 2008
iris
.......wanita oh wanita.. engkau adalah makhluk Tuhan terindah dan yang paling bernilai yang telah diciptakan buat makhluk Allah bernama lelaki... hanya wanita sendiri je yang menyatakan wanita adalah makhluk tuhan paling sexy.. itulah yang dinyatakan oleh mulan jamilla dalam lagu dia..... tapi bagi aku wanita tetap makhluk Tuhan yang melengkapkan hidup seorang lelaki...tanpa wanita, lelaki adalah dalam kekurangan... lihatlah kepada sirah kejadian manusia... apa yang tiada di syurga... semuanya ada dan segalanya telah sempurna.. tetapi Adam tetap rindukan Hawa... tetap dambakan hawa untuk merasa lengkap..... sesungguhnya.. kejadian wanita itu sendiri dari tulang rusuk lelaki adalah mengambarkan bahawa wanita dan lelaki itu adalah satu.. saling bergantungan atau dalam istilah sains iaitu simbiosis...
.....dalam kehebatan seorang wanita ini lagi.. tetap ada lelaki yang tak pernah menghargai kejadian wanita... tidak peduli dan mempermainkan wanita tanpa sedar.. jika rosak seorang wanita itu.. maka rosak juga diri lelaki itu sendiri.... hinalah lelaki yang mempermainkan wanita... lelaki yang telah bersuami.. mempunyai seorang isteri yang setia, anak-anak dan keluarga yang bahagia.. tetapi tetap menginginkan belaian wanita lain di luar rumah.. pentingkan nafsu yang didorongi syaitan... aku bukan lelaki yang sempurna untuk menghukum lelaki sebegini.. tetapi aku tak dapat maafkan lelaki yg mengabaikan tanggungjawab dan amanah Tuhan kepada mereka untuk menyayangi dan melindungi seorang wanita bergelar isteri mereka... sebab itulah Allah perintahkan... seorang lelaki yang telah bersuami dan berzina dengan perempuan lain itu.. direjam dengan batu hingga mati... biar mati dengan penuh hina dan laknat dari Allah... sedih dan sangat kesian kepada wanita yang tertipu dengan pujuk rayu dari lelaki yang dah pengalaman ni.. mereka tiada apa yang nak dirugikan untuk mendapatkan wanita yang tak tahu apa-apa ni.. lemah dalam cinta lelaki suami orang.... tetapi aku benci wanita yang tahu lelaki itu suami orang dan sengaja untuk memporak perandakan rumah tangga orang.. wanita murahan seperti ini tidak peduli perasaan orang lain.. yang penting nafsu dan perasaan mereka.... wanita seperti ini patut dianggap perempuan murahan dan tak layak untuk merasai cinta dari seorang lelaki.. sedarlah wanita seperti ini...
"Wife is a TV. Girlfriend is a handphone. At home watch TV. Go out bring HP. No money sell TV. Got money change HP. Sometimes enjoy TV, but most of the time play with the HP. TV free for life. but hp if you don't pay, services will be terminated."
.........hmmm..... sesungguhnya hidup ini penuh dugaan dan cabaran.. Tuhan tidak akan menguji hambanya di luar kemampuan hambanya untuk menghadapi sesuatu itu... alangkah bahagia dan hebatnya perasaan seorang wanita jika dijodohkan Allah dengan seorang lelaki yang amanah dan menyayanginya seluruh hidupnya.. dan berbahagialah seorang lelaki andai diamanahkan Allah seorang wanita yang benar-benar mencintainya... wanita yang tak akan pernah ragu untuk memilihnya.. wanita yang akan menjadikan kesetiaan kepada suami sebagai prinsip hidupnya... wanita yang akan mencintai kekurangan dan kelebihan seorang lelaki.. wanita yang akan menjadi pelengkap kesempurnaan seorang lelaki......... bahagialah lelaki itu di dunia dan akhirat.....
sayang.... sesungguhnya aku amat mencintaimu... seluruh hidupku hanyalah untuk melindungi dan mencintaimu... bukan ungkapan aku cinta padamu, bukan ungkapan wo ai ni, bukan juga ungkapan i love you.. tetapi ungkapan cinta yang sebenarnya ialah...."AKU TERIMA NIKAHNYA ENGKAU......"...tiada ungkapan seindah itu selain berjanji di hadapan Allah, tok imam, seluruh keluarga kita dan saksi yang lain untuk mencintaimu sepanjang hayatku..... engkau tercipta untukku......

Friday, May 02, 2008
tercipta untukku
"for this moment, life has begun, from this moment, you're the one, right beside you is where i belong, for this moment on. for this moment, i have been blessed, i live only for your happiness and for your love i'd give my last breath, for this moment on. you're the reason i believe in love, and you're the answer to my prayers for up above, all we need is just the two of us, my dreams came true because of you"
.......For this moments, as long as i live, i will love you, i promise u this. there is nothing i wouldnt give, for this moment on..............
Tercipta Untukku - Ungu
menatap indahnya senyuman di wajahmu
membuat ku terdiam dan terpaku
mengerti akan hadirnya cinta terindah
saat kau peluk mesra tubuhku
banyak kata
yang tak mampu ku ungkapkan
kepada dirimu
reff:
aku ingin engkau slalu
hadir dan temani aku
di setiap langkah
yang meyakiniku
kau tercipta untukku
sepanjang hidupku
aku ingin engkau slalu
hadir dan temani aku
di setiap langkah
yang meyakiniku
kau tercipta untukku
meski waktu akan mampu
memanggil seluruh ragaku
ku ingin kau tau
ku slalu milikmu
yang mencintaimu

pelangi
"Tuhan sengaja sembunyikan matahari dan beri kita guruh dan kilat yang kuat, kerana bila kita dapat hadapi guruh dan kilat itu... Tuhan akan kembalikan kita matahari dan Tuhan akan hadiahkan kita pelangi yang sangat indah bersama matahari itu.."
mendalam maksud kata-kata di atas bagi aku.... manusia yang sentiasa diuji Tuhan adalah manusia yang Tuhan sangat sayangi... semakin kuat ujian Tuhan semakin kuat kasih Tuhan kepada kita... lihatlah sirah nabi kita Muhammmad S.A.W... baginda adalah kekasih Allah.. tetapi baginda menerima ujian yang sangat hebat dalam mengembangkan agama Allah.. pernah kasut baginda dipenuhi darah baginda sendiri akibat dilontar dengan batu... tapi baginda tetap mendoakan orang-orang yang menyeksa baginda itu.... batu dibalas bunga.. hinaan dibalas senyuman... makian dibalas dengan doa.... hmmm... sesungguhnya aku terlalu jauh dari sifatmu Rasulullah.... aku tak mampu untuk sepertimu.. insan mulia sanjungan seluruh umat......
hmmm.... sekarang dah masuk bulan lima.. sekejap je dah empat bulan dalam tahun ni dah berlalu.... banyak yang dah berubah.... semuanya dah berubah... umur pun dah meningkat ni... Alhamdulillah aku bersyukur dengan hidup sekarang... aku sekarang nak berubah menjadi orang yang baru..... aku ingin melakukan satu transformasi dalam hidup ni.... bukan untuk menjadi sesiapa.. tetapi ingin menjadi diri aku yang baru.... bukan aku membenci diri aku yang lama.. tetapi sebagai manusia aku perlu berubah..... aku lebih suka mendengar dari berkata-kata... secara lumrahnya manusia suka mendengar suaranya sendiri.. tetapi nabi pernah pesan... mendiamkan diri lebih baik dari berkata perkara yang sia-sia.....
..sabar... sabar.. sabar... sabar itukan separuh dari iman.... bukan mudah untuk ada sifat sabar ni...... tapi percayalah.. setiap satu kesabaran kita.. kita akan mendapat seribu kebaikan dari kesabaran itu...

Sunday, March 30, 2008
Pensel 2008
"5 Important lessons to learn from a humble pencil.... First, it tells you that everything you do will always leave a mark. Second, you can always correct the mistakes you make. Third, what is important is what is inside you and not outside you. Forth, in life you will undergo painful sharpening which will make you better in what ever you do. Lastly, to be the best, you must allow yourself to be held and guided by the hand that holds you...."
hmmm....... tahun 2008.... tahun baru untuk bulan yang ketiga dan hampir untuk permulaan bulan baru bagi tahun 2008... dan entri ini adalah entri pertama aku untuk tahun 2008... aku mulakan entri aku yg pertama untuk 2008 dengan tajuk 'pensil'... sengaja aku memilih pensil untuk difikirkan dan mungkin ada sesuatu tentang pensil yang boleh aku inspirasikan untuk pedoman perjalanan hidup aku... setiap kita bebas untuk memilih apa saja untuk diinspirasikan... yang penting kita hendaklah sentiasa berfikir.. berfikir dan terus berfikir... nabi pernah pesan yang berfikir sesaat lebih baik dari solat sunat seribu rakaat tanpa berfikir..... berfikir juga yang dapat membezakan antara kita dan haiwan dan antara kita sesama kita.......
tahun 2008... aku dah kerja di tempat baru.. Alhamdulillah rezeki yang Allah kurniakan ini buat aku lebih bersyukur.... aku mula kerja ditempat baru pada 7 hb Januari yang lalu di sebuah syarikat yang terlibat dalam bidang oil & gas.... kerja aku memang banyak depan komputer jer... design platform minyak... kerja yang menarik dan kena pakai segak segak kat pejabat.... kadang-kadang rindu pulak dengan topi keselamatan putih.. kasut keselamatan hitam dan tali pinggang bertali dan rupa yang comot kat site dan panjat-panjat bangunan... hahaha..
....dalam bulan ketiga di tahun 2008 ni.. banyak perubahan yang dapat kita lihat... wind of change... Alhamdulillah negeri tercintaku telah selamat diPASkan... tempat aku menetap aku pulak kat selangor ni telah selamat diADILkan... semoga angin perubahan ini menjanjikan seribu rahmat dan perubahan dan yang paling penting bagi negara tercintaku Malaysia..... aku bukan penyokong tegar Pas, Adil atau UMNO.. tapi aku menyokong prinsip dan perjuangan yang sebenar... aku tak harapkan apa-apa bila tengah malam aku pi masukkan cd calon pas kat peti-peti surat rumah orang.. gantung bendera pas dan keadilan... berarak bendera pas dan adil dengan kereta..... aku cuma nak lihat kebenaran yang menang.. aku akan menyokong parti yang bawa kebenaran sahaja.. tapi andai PAS dan ADIL pula lari dari perjuangan... aku juga akan menentang mereka.... KEKUASAAN BUKANLAH UNTUK DIBANGGAKAN ATAU DIPINTA DAN DIRAYU... TETAPI KEKUASAAN ADALAH AMANAH YANG DIPERTANGGUNGJAWABKAN OLEH ALLAH...... selangkah pemimpin melangkah ada seribu mata yang melihatnya.. sepatah kata pemimpin bersuara.. akan ada seribu telinga yang mendengarnya......
semoga tahun ini memberi seribu rahmat dan kebahagiaan buat aku dan semua rakan seluruhnya..... jadikan setiap hari adalah hari terbaik kita... jadikan setiap hari adalah hari teristimewa kita dan jadikan setiap hari kita adalah hari yang paling dekat dengan pencipta aku, kamu dan segalanya iaitu Allah S.W.T.

Sunday, March 16, 2008
Thursday, November 15, 2007
kerja aku
hmmm....... lama rasanya aku tak menulis... walaupun gian sangat nak menaip kat blog sendiri.. tapi kesempatan tu tak ada dan kerja membataskan masa aku..
bila sebut kerja ni.. aku baru sahaja memulakan kerja atau kerjaya pertama aku selepas grad pada awal bulan September yang lalu..
jadi kalau ikut kiraan aturan bulan.. aku sekarang dah hampir 3 bulan kat kompeni ni.. Alhamdulillah karier aku sebagai penganggur cuma dalam sebulan jer.. dan kerja aku sekarang adalah interviu aku yang kedua.
aku sekarang bekerja sebagai project engineer kalau ikut dalam name card yang company bagi... aku sekarang dalam bidang construction iaitu M&E (mechanical and electrical).. company aku ni adalah kontraktor untuk aircond and ventilation system, fire fighting and banyak lagilah.. tapi yang main ialah air & ventilation...
walaupun baru masuk je.. aku dah kena handle 3 projek... mula mula tu rasa stres and penat juga.. tapi dah dalam bulan ketiga ni.. aku layan jer.. hehehe..
aku kena handle projek IKM Beranang yang baru buat, renovation hotel Park Royal KL untuk 4 tingkat sahaja.. dan Temple of Fine Art kat Bangsar..
seronok juga kerja ni sebab banyak kena deal dengan orang dan yang paling best ialah tak ada punch card... haha.. tapi sebagai engineer ni kita kenalah ada etika dan tanggungjawab..
huhh... dah ler kot ni.. cukup nak hilang gian menulis dah..

Monday, August 20, 2007
aku melayu
aku seorang lelaki Melayu.. anak kepada dua orang insan yang juga Melayu... datuk aku Melayu.. nenek aku Melayu.. aku merupakan pemegang diploma sebuah universiti Melayu... dan juga pemegang ijazah di sebuah universiti Melayu juga... aku juga merupakan sebuah warganegara negara yang Melayu merupakan bangsa majoriti... oleh sebab itu aku punya sebab yang sangat kuat untuk mempertahankan bangsa aku iaitu bangsa Melayu... oleh sebab itulah juga aku punya alasan untuk tersinggung dengan sesiapa sahaja yang menghina bangsa aku... aku telah membaca lirik penuh lagu negarakuku... sebagai manusia dan lelaki Melayu yang punya perasaan.. aku rasa marah dan sangat tersinggung... penghinaan bangsaku dari seorang lelaki yang merupakan dari kaum yang bukan dari tanahair ku ini.. mungkin bapaknya yang datang ke negaraku ini.. atau mungkin juga datuknya yang datang ke negaraku ini.. tetapi yang pasti keturunanya yang datang ke negaraku ini...
negaraku.. tajuk lagu kebangsaan Malaysia.. dan terdapat juga undang-undang yang melindunginya iaitu...
AKTA Lagu Kebangsaan 1968 (Akta 390) telah diluluskan sejak tahun 1968 oleh Parlimen Malaysia dan melalui proses semakan pada tahun 1989. Akta ini diwujudkan bagi menjaga kredibiliti, prestij, kewibawaan dan maruah lagu Negaraku yang merupakan satu-satunya lagu kebangsaan negara.
tetapi si pengkhianat yang tidak sedar diri dari golongan pemakan babi ini telah menghina lagu negaraku.. aku tak peduli jika ia sekadar lagu... tetapi ia lebih dari sekadar lagu... ia lambang kesatuan negaraku.. lambang perjuangan dan air mata bangsaku untuk melihat negara ini berdaulat dan merdeka....
banyak lagu lain lagi yang boleh dia ubahsuai nak jadi rap ke.. zapin ke.. nak jadi apa saja pun aku tak peduli.. ambillah lagu Mawi ka.. lagu Siti Nurhaliza ka.. ubahlah jadi apa saja... tetapi TIDAK untuk apa sahaja yang mewakili agamaku.. bangsaku dan negaraku...
tak rugi kita kehilangan warganegara pemakan babi yang biadap ini... lucutkan kerakyatannya.. biar dia terus belajar dan menetap sampai mampos di negara samseng macam Taiwan tu..
selamat hari merdeka yang ke 50 tahun....

Saturday, June 02, 2007
Minta Kerja
"If you ever find a man
who is better than you are-hire him"
-David Ogilvy
hmmm... Alhamdulillah.. aku dah hampir nak rasakan nikmat menjadi seorang graduan lepasan ijazah... rasa cepat sangat masa berlalu... masih terasa lagi kegagalan dulu...
tapi aku tetap yakin aku boleh dapatkan segulung ijazah... benar kata orang bijak pandai dulu... kita tak akan menjadi seorang yang gagal selagi kita tidak berputus asa dan terus mencuba..... tapi semuanya bergantung kepada keputusan exam yang akan keluar nanti...
tetapi sementara menunggu keputusan yang bakal keluar ni... aku sekarang tengah kalut buat resume nak minta kerja.. takut nak jadi penganggur dengan umur sekarang... ditambah pula dengan kawan-kawan yang dah kawin dan siap dah jadi bapak lagi... tekanan beb.. hahaha...
sengaja aku mulakan entri aku ni dengan kata-kata David Ogilvy tu... bukan senang nak cari dan dapat kerja ni... tapi kena usaha jugak kan....
doakan aku yea.
"Some people dream of success...
while others wake up and work hard at it"

Tuesday, May 22, 2007
Selamat Hari Guru
Selamat Hari Guru... walaupun telah berlalu... tetapi kita masih dalam bulan Mei lagikan... sesungguhnya jasamu guru memang tiada tolok bandingnya... bila Hari Guru jer.. maka penuhlah rumah aku dengan bermacam-macam hadiah dan bunga... mak aku yang tercinta juga seorang guru... bagi aku ibuku seorang guru yang sangat berdedikasi.. ia terlalu sayangkan anak muridnya... kenapa aku cakap sayang.. apa tidaknya.. rumah aku pernah didatangi dengan muridnya dengan 2 buah bas penuh termasuk 3 biji kereta guru.. setiap ruang dalam rumah dan luar rumah penuh... tapi memang disiplin sungguh budak-budak tu.. apa taknya.. diaorang beratur dalam dua barisan untuk mengambil makanan.. dan barisan itu panjang sampai keluar pagar depan rumah.. hehehe...
bila sebut tentang guru ni.. aku sekarang buat part time jadi cikgu tuisyen rumah dengan 2 subjek iaitu Sains dan Bahasa Melayu.. aku kena ajar Bahasa Melayu dengan alasan aku mat bunga.. opsss... sebab BM UPSR aku A.. PMR juga A.. dan SPM pula A1.. ni alasan depa (diorg) selepas curi-curi tengok sijil-sijil aku... Sains pulak sebab mak aku cikgu Sains... apa-apa pun aku gembira menjadi cikgu tuisyen untuk 2 orang anak muridku iaitu Hana dan Izzat.....
SELAMAT HARI GURU

Monday, April 16, 2007
Jangan Pandang Tepi
hmmm... rabu baru ni.. aku dan kawan rumah aku Furd pergi tengok wayang kat TGV Bukit Raja... kami tengok cerita movie Jangan Pandang Belakang.... cerita yang agak menarik.. dan bagi aku inilah filem Melayu seram yang boleh kita banggakan sedikit.. jika nak dibandingkan dengan cerita Pontianak Sundal Malam tu.. hantu yang kontrol ayu plak.. nak jadi hantu.. tapi nak mekap tebal tebal.. apa hal.. dan cerita hantu macam sekumpulan orang gila yang suka sangat menjerit.. cerita Mistik.... serta cerita hantu yang aku rasa macam nak sepak je pengarah. pelakon dan semua kru.. cerita 7 Perhentian.. hantu yg suka berenti kat R&R Highway... kesimpulan cerita JPB ni bolehlah ditonton.. tetapi ia akan lebih menarik kalau jalan cerita ditambah serta dipadatkan lagi... bagi aku pelakon terbaik ialah Opah dan Tok Imam...
Friday, April 06, 2007
THE NEXT FIVE YEARS IN MY LIFE
hmmm... aku baru lepas antar assignment kepada lecturer aku.. dah terbuka blog aku ni.. so aku pun copy je apa yang aku tulih dalam blog.. lec aku bagi last asignment dengan kena cerita apa yang aku plan untuk 5 tahun akan datang...
THE NEXT FIVE YEARS IN MY LIFE
Actually I have never ever though of what will I be after five years time. But as this assignment is given, it gives me opportunity to evaluate and estimated what my life will be and how it will become. Basically during these five years, which after graduating I am sure will be involves in working environment. My plan after graduating is to be part of manufacturing industry. I chose this industry because it will give better experiences than others industry about how to develop and manage business. Furthermore if I work in manufacturing industry it will provide me useful experience and most importantly challenge when I work under pressure and how to manage workers under my supervision. By having this opportunity I’m sure that I will be more confidence in life and applying all of the engineering knowledge in actual work. Engineering is not about passing an exam and obtain a piece of paper, but is about how we approach problem. In the other hand, by involving job with multilevel of employees is the best opportunity for me in order to survive and excellent working in teamwork.
During these five years I will get married to a nice and my beloved woman after growing up our relationship for almost three years. During this period we could manage ourselves tend to survive since a lot of problems appear when this relationship growing. That is because the power of love growing inside our heart through from the bottom of journey in our life. Therefore from this moment I hope that I could build happiness family with several of children and life together till the end. After five year, where I have plenty of money that can use as a capital for develop my own company, I will quit working as an engineer in factory that is not mine and become a technoprenuer for my own company.
The reason why I chose is to become a technoprenuer because by viewing to the Islamic point of view this field can be the best key to success in my career and life. Since the business is golden opportunity to develop career and gain lot of income. I also want to motive myself in order to polish up my skilled in applied creativity, thrive in response to challenge and look for unconventional solutions.

Thursday, March 22, 2007
aku dan ujian
...hmmm... aku baru lepas ujian dua atau bahasa yang lebih mudah lagi kerap didengar merangkap bahasa orang puteh iaitu 'test 2'... bagi aku test ini paling mencabar... bukan kerana soalannya.. bukan kerana subjek ini.. tetapi kerana sistem biologi badan aku sendiri... apa tidaknya.. dah le soalan banyak... jari-jari tangan terpaksa menggunakan turbo agar lebih laju untuk menulis dan menekan kalkulator... aku rasa gerakan tangan aku tadi lebih laju dari tangan suami yang nak sentuh isteri di malam pertama... hahahaha..... terpaksa buat cepat takut tak sempat.. banyak gila soalan...
dah ler terpaksa menahan ke toilet sebab nak buang ayaq kechik... budak belakang aku pula dok sepak sepak kerusi minta jawapan... sian pulak aku tengok dia.. aku bagilah dia nampak sikit... Alhamdulillah aku dapat juga buat walaupun tak jawab semua... pas tu terpaksa jalan mengepit macam anak dara jalan depan mentua ke toilet..hahaha...
...sebut tentang peniruan ni.. teringat kawan aku masa sekolah dulu.... dia bawa masuk sehelai kertas toyol yang ada formula-formula nak tiru.... tapi yang bijaknya kawan aku tu... dia ikat sekali toyol tu dengan skrip jawapan.... apa lagi... jadi pelajar bukan contoh sepanjang tahun.... hahaha

Monday, March 12, 2007
berdua lebih baik
...suatu petang yang damai... ketika aku, arn dan apit melepak di koeteow iman... sebenarnya perjumpaan ini bulan lepas ketika cuti tahun baru cina... duduk bertiga menikmati koeteow kerang telur atas kesukaan kami sejak warung tepi jalan itu dibuka lagi... tempat ni dah jadi macam venue rasmi aku, arn dan kawan-kawan lain.. mungkin sebab keenakan koeteow kerang ya, mungkin kerana enaknya nasi lemak yang beraga-raga yang dulunya berumur 3 kupang atau 30 sen.. dan sekarang dah meningkat umur 5 kupang... dan saiznya tentulah bertambah mengikut umurnya.. dari 34A menjadi 36B... hahaha.. dan mungkin juga kerana tempat yang strategik... berada di persimpangan traffic light.. kelihatan bas-bas ekspres menyusur... hmmm... ehhh... aku bukan nak cerita tentang tempat tu....
.....tapi nak berkongsi tentang nasihat kawan aku tu.....
apit, "man.. hang tau tak perempuan atau isteri ni tak bernilai langsung.."
man, "ehh.. awat hang cakap macam tu pulak.."
apit, "sebenarnya nilai isteri atau wanita ni terletak kepada suaminya.. kalau isteri tu kita sayang dia, jaga dia leklok dan hormati dia... maka nilai seorang wanita atau isteri itu sangat-sangat tinggi..... tapi kalau isteri tu kita tak jaga leklok.. kita sepak terajang dia macam sampah... maka isteri tu macam dah tak ada nilai langsung.. macamana pun.. nilai seorang isteri tu sangat tinggi dan tak akan berubah selagi isteri tu setia dan menghormati suaminya.."
arn, "2 perkara je yang sangat lelaki perlukan dari seorang wanita atau isteri ni... iaitu SETIA dan SEKS sahaja.. kalau dah isteri tu dapat berikan dengan terbaiknya 2 perkara ini.. maka percayalah kekal selamanya"
.....hmmm... sebenarnya banyak lagi perkara yang aku dapat kongsi pada malam tu.. aku cuma harap dapat menjadi suami yang terbaik untuk wanita pilihan aku nanti.... bukan kesempurnaan yang aku cari dari seorang wanita.. tetapi aku mencari seseorang yang dapat berkongsi kekurangan dan bersama mencari kesempurnaan itu... aku harap dia mengerti....

Subscribe to:
Posts (Atom)