Monday, March 12, 2007

berdua lebih baik

...suatu petang yang damai... ketika aku, arn dan apit melepak di koeteow iman... sebenarnya perjumpaan ini bulan lepas ketika cuti tahun baru cina... duduk bertiga menikmati koeteow kerang telur atas kesukaan kami sejak warung tepi jalan itu dibuka lagi... tempat ni dah jadi macam venue rasmi aku, arn dan kawan-kawan lain.. mungkin sebab keenakan koeteow kerang ya, mungkin kerana enaknya nasi lemak yang beraga-raga yang dulunya berumur 3 kupang atau 30 sen.. dan sekarang dah meningkat umur 5 kupang... dan saiznya tentulah bertambah mengikut umurnya.. dari 34A menjadi 36B... hahaha.. dan mungkin juga kerana tempat yang strategik... berada di persimpangan traffic light.. kelihatan bas-bas ekspres menyusur... hmmm... ehhh... aku bukan nak cerita tentang tempat tu....

.....tapi nak berkongsi tentang nasihat kawan aku tu.....

apit, "man.. hang tau tak perempuan atau isteri ni tak bernilai langsung.."

man, "ehh.. awat hang cakap macam tu pulak.."

apit, "sebenarnya nilai isteri atau wanita ni terletak kepada suaminya.. kalau isteri tu kita sayang dia, jaga dia leklok dan hormati dia... maka nilai seorang wanita atau isteri itu sangat-sangat tinggi..... tapi kalau isteri tu kita tak jaga leklok.. kita sepak terajang dia macam sampah... maka isteri tu macam dah tak ada nilai langsung.. macamana pun.. nilai seorang isteri tu sangat tinggi dan tak akan berubah selagi isteri tu setia dan menghormati suaminya.."

arn, "2 perkara je yang sangat lelaki perlukan dari seorang wanita atau isteri ni... iaitu SETIA dan SEKS sahaja.. kalau dah isteri tu dapat berikan dengan terbaiknya 2 perkara ini.. maka percayalah kekal selamanya"

.....hmmm... sebenarnya banyak lagi perkara yang aku dapat kongsi pada malam tu.. aku cuma harap dapat menjadi suami yang terbaik untuk wanita pilihan aku nanti.... bukan kesempurnaan yang aku cari dari seorang wanita.. tetapi aku mencari seseorang yang dapat berkongsi kekurangan dan bersama mencari kesempurnaan itu... aku harap dia mengerti....

Monday, March 05, 2007

jatuh

..wuaaawuaaaa... botol perfume aku jatuh dan pecah... entah mengapa sekarang ni... asyik nak jatuh dan pecah je barang-barang aku.... seharian bilik aku berbau wangi... hilanglah FANTASIA Mawi yang aku beli kat Skudai Parade dulu.. masa loan tengah masuk dulu...

Wednesday, February 28, 2007

naluri lelaki

.......kelas ditamatkan sejam lebih awal... kelas yg bermula 8.30 pagi dan berakhir 9.30 pagi.. patutnya habis 10.30 pagi.... semua budak kelas aku tersenyum girang... tapi aku tak sempat nak senyum.. aku mengelamun tentang perbualan dan nasihat aku kat seorang kawan dua malam lepas.. dan dia jumpa aku semalam lagi.....

2 malam lepas
kwn aku: "aku tension-lah dengan awek aku ni... asyik nak aku tepon dia setiap masa.. setiap ketika dan hampir setiap waktu... sampai aku terpaksa bawa hp dalam toilet... sebab dia tak bagi letak tepon... macam mana aku nak buat ni??"

aku : "hmmm....ko cakap je kat awek ko tu. kalau awak nak yang dok tepon setiap detik dan ketika, sanggup naik motor dalam hujan pi hantar minyak cap kapak sebab awak pening lalat je... awak cari lelaki yang mata juling, hidung kemek dan gemuk gedempol!!"

selepas aku bagi semangat dan beranikan dia untuk cakap macam tu ngan awek dia.. dia nampak sangat yakin...

semalam
aku: "ko dah bagi tau dia?"

kwn aku: "aku dah cakap kat dia macam yg ko ajar... tapi... aku pulak yang kena marah dan kena leter.."

aku : "abis tu ko buat apa?"

kwn aku: "aku rela dan pasrah je......"

moral: pompuan ni tak tau kita ni sayang kat dia (dialog guna nada iklan mat rempit patah kaki dulu kat rtm)

Tuesday, February 20, 2007

Beruk

beruk

Thursday, February 08, 2007

Rumput 2

"Pijaklah saya
Semahu hati kamu
Biarlah saya sakit
Saya sakit pun tak apa
Asalkan bila kamu jatuh nanti
Kamu tak akan luka sedikit pun.."

"Teruslah memijak saya
pijak dan terus memijak saya
kerana nanti akan ada denai untuk saya
gunalah denai ini sebagai jalanmu ke mana saja
Asalkan kamu tak akan sesat nanti
tidak meraba mencari jalan..."

"Pijaklah saya lagi
memang saya sedia dipijak
asalkan kamu dapat berjalan...
saya sedar saya hanya layak di bawah tapak kakimu untuk terus dipijak...
biar saya dipijak hingga layu dan terus mati..."

Thursday, February 01, 2007

Rumput

rumput

Tuesday, January 23, 2007

aku dan tahun baru

Tup.. tap.. tup.. tap... bunyi tapak kaki melangkah hingga hari ke 23 tahun baru 2007... hmm.. entah mengapa aku mulakan penulisan kali ini dengan bunyi derap tapak kaki... tapi bunyi kita berjalan macam tu ke? aku cuma gunakan bunyi tu kerana dalam novel atau buku dongeng rakyat telah menetapkan standard bunyi orang berjalan macam tu... tapi aku rasa kalau aku berjalan dari Kedah sampai Johor pun.. tak akan dengar bunyi macam tu...

hmmm.. dok mengarut tentang bunyi tapak kaki plak.. biarlah nak bunyi apa pun... yang penting aku tetap bersyukur dipanjangkan umur hingga saat ini.. sekejap sangat masa berlalu.. dalam diam aku dah masuk umur 26 tahun.. mak aku cakap abah aku dalam umur 26 tahun ni dah 2 anak.. tapi aku umur 26 tahun ni tak buat anak lagi... macam mana nak dapat anak kalau hari hari dok selak buku lagi.. lainlah kalau dok selak kain bini tiap-tiap hari.. hahaha

tahun 2006 dah berlalu.. banyak kenangan terindah yang aku lalui.. dan dalam bulan terakhir tahun 2006 aku temankan mak ayah aku beserta 2 adik pompuan aku yang kecil lagi melancong ke sebahagian negara Malaysia ni.. bermula dari Kedah hingga ke Johor.. banyak tempat yang aku singgah.. Zoo Taiping pun aku singgah.. pastu pergi rumah mak angkat aku kat Teluk Intan.. kemudian ke Johor, Negeri Sembilan etc.... sepanjang perjalanan ni.. akulah jadi driver sepenuh masa... penat tapi syok dapat tengok tempat orang ni.. aku juga dapat buat mak aku senyum sampai tak habis-habis.. sebab bawa dia pi syurga wanita... iaitu pusat jualan kain-kain di Tangkak, Johor dan Nilai 3, Negeri Sembilan... habis dekat RM400 beli kain baju sahaja untuk dia.. mak cakap stok setahun.. hehehe.... banyak juga tempat menarik kami pergi.. mak ayah aku ni suka cari tempat makanan yang terkenal kat tempat orang ni.. kami pergi Anjung Warisan kat Johor.. tempat makan kat atas pokok dan kedai MZ sup tulang.. ayah aku suka sekali kat sup tulang tu.. hehe.. pastu kami try juga makan ikan bakar kat Sabok Aur kat tepi sungai muar... puas dok makan ikan.. dan aku juga bawa mak ayah aku makan sate Kajang kat restoran jejantas Sg. Buloh.. plan asal tu nak bawa makan sate Kajang kat Putrajaya..tempat aku selalu pergi.. tapi tak jadi pergi pulak.. dah penat sangat dan nak balik rumah je lepas seminggu berjalan..

tetapi dalam percutian kali ini... aku tak dapat lupakan pengalaman terperangkap dalam banjir di Johor Bahru.. bayangkan perjalanan dari skudai ke Pasir Gudang yang selalunya 40 minit je menjadi berjam-jam.. aku bertolak dari Skudai dalam pukul 10.30 malam tetapi sampai di Pasir Gudang pukul 6.40 pagi... terperangkap paling teruk dekat Kampung Melayu Majidee... pengalaman yang sangat bernilai...

hmmm... dah rasa macam panjang sangat aku tulih ni... dah lah kot..

dan pada 17 hb. Januari 2007 baru ni.. nenek aku yang tersayang meninggalkan dunia ini pada pukul 1.30 pagi.. menghembuskan nafas terakhirnya di rumah mak ngah aku... nenek pergi dengan tenang kerana semua anaknya telah berjaya.. dia pergi dengan tenang tanpa sakit yang teruk.. cuma penat sedikit saja... moga dapat sedekahkan Al-Fatihah untuk nenek di sana....

Friday, January 12, 2007

Telanjang

telanjang

Saturday, January 06, 2007

Korek-Korek

nasi korek2

Tuesday, January 02, 2007

Lebih Jimat

lebih pekat

Friday, December 15, 2006

Belatok

Monday, December 11, 2006

Menu Utama


Friday, December 08, 2006

Blog Grafik

Sebetulnya, aku pun tak tau nak update apa kat blog ni. Kalau aku cerita yang lebih-lebih pasal diri sendiri nanti mahunya Man mengamuk. Tak pasal-pasal kami boleh berpatah arang dan berkerat rotan.

So, aku decide nak create entri berbentuk grafik. Senang cerita ala-ala blog Saharil. Terpengaruh betul aku dengan blog dia.

Untuk pengetahuan semua blog grafik adalah blog yang memuatkan entri-entri di mana isiya bersifat kontot tetapi padat dan dipenuhi jenaka-jenaka yang bersifat wit sama ada dalam bentuk dialog atau ayat-ayat penyataan. Dan yang best setiap entri akan dihiasi ilustrasi grafik yang cantik dan mengujakan.

Entri-entri yang aku akan publish di sini nanti juga akan aku publish dalam blog di page friendster sebagai usaha membongkakkan diri di samping memancing awek-awek cun untuk berkenalan dengan aku. Ciss!!

Kiranya dua blog yang berbeza tetapi isinya sama. Entrinya aku tumpukan pada dialog-dialog yang aku dengar dari sekeliling dan boleh jadi juga dialog-dialog yang aku reka sendiri ikut kepala otak aku.

Dalam blog grafik ni aku cuba melanggar konvesional dan taboo dalam penulisan. Aku cuba menjadi sejujur mungkin. Kalau ada hal-hal yang memaksa aku menyebut kata-kata carut maka aku tanpa segan silu akan mencarut.

Bak kata Faisal Tehrani dalam Cinta Hari-Hari Rusuhan, 'Kejujuran Kadangkala Menakutkan'. Hakikatnya aku seorang jejaka pemalu yang dididik dengan suasana yang cukup konservatif dan dipenuhi pantang larang.

Hmm. Cukup aku merepek. Selamat menikmati isi kepala otak aku. Di bawah ialah entri pertama untuk blog grafik aku. Yang baik dari Allah. Yang buruk dari kekhilafan aku sendiri.

Wallahualam. :)

Jeri & Joni

Thursday, November 30, 2006

sesuatu hari

Tak mau berblog lagi?

Aku frust. Jadi aku nak tunjuklah ke-frust-an aku ni. Aku cadang nak delete blog. Tapi bila teringat hang penat-penat buat blog ni. Aku tak jadi. Tapi aku dah tak dak mood nak berblog lagi.

Takpalah. Hang layanlah frust hang. Ikut sukalah nak tulis ke tak. Kalau hang tak tulis aku tulis. Aku merepek sorang-sorang kat blog hang. Hahaha.

Monday, October 23, 2006

rayakanlah..

Saya sebagai rakan kongsi kepada pemilik blog 'Aku dan Sesuatu' ingin mewakilkan hasrat kami untuk mengucapkan:


Sunday, October 08, 2006

Saturday, October 07, 2006

hijau, kuning dan aku

Ahmad Basri diminta jangan berhenti bersuara.

PERBALAHAN yang berlaku antara Datuk Ahmad Basri Akil dan Naib Presiden Persatuan Bolasepak Pahang, Datuk Jamal Nasir tidak sepatutnya berlarutan. Tiada faedah yang akan diperoleh.

Saya bukan berasal dari Pahang dan juga bukan orang Kedah, tetapi saya kini mencari rezeki di Alor Star, Kedah.

Walaupun mereka sudah lama berkhidmat dan berjasa di negeri masing-masing, tapi berdasarkan rekod kita akan dapati Ahmad Basri lebih menonjol dalam banyak perkara. Oleh itu beliau mempunyai sebab untuk lebih banyak memberi pandangan dan teguran kepada FAM.

Malah jika kita bandingkan kejayaan kedua-dua pasukan bola sepak negeri, pencapaian Kedah lebih menonjol berbanding Pahang. Lihatlah senarai pemain pasukan negeri Kedah yang rata-rata muda dan anak tempatan. Begitu juga pasukan belianya, bawah 12 tahun, pasukan MSSM dan pasukan SUKMA lebih jauh menonjol berbanding Pahang.

Lihat pula Pahang. Berapa ramai pemain Liga M Pahang anak tempatan? Bukankah pasukan SUKMA Pahang dibelasah 9-0 semasa SUKMA XI. Mengapa pasukan Kedah tidak ketandusan bakat baru? Ini adalah kerana pembangunan bola sepaknya yang saya percaya hasil idea dan usaha Ahmad Basri juga.

Saya menjemput Jamal Nasir datanglah ke Alor Star dan lihat pada setiap hujung minggu, anak-anak Kedah pelbagai peringkat umur berbaju hijau kuning diajar dan diasuh untuk menjadi bintang bola sepak negeri dengan cara yang lebih sistematik.

Sebaliknya, orang-orang kanan Persatuan Bolasepak Negeri Pahang (PBNP) lebih sibuk mengintai pemain negeri mana yang ingin dibeli untuk pasukan Pahang. Dalam banyak perkara berkaitan, saya menyebelahi Ahmad Basri kerana beliau buat apa yang beliau cakap. Kepada Ahmad Basri, jangan berhenti bersuara dan memberi pandangan.

- RAHMAN MAHMOT,
Alor Star.

...........keratan akhbar Utusan Malaysia hari ini dalam ruangan forum.

Tuesday, October 03, 2006

.................

arrggggggggggghhhhhhhhhhhhhh......... tennnnnnnnnnsionnnnnnnnnnya....
......test test asyik fail jer.... assignmenttt banyak yang tak buat lagi......final projek tak siap-siap lagi... dari sem lepas lagi aku dah buat... dan banyak duit yang habisss.... tapi tak siap-siap juga...... esok ada test lagi.... tapi tak study lagi...... wuaaaaaaaaaaaaaaa

........ serabutnya kepala hotak aku ni..... aku sekarang dah jadi macam bukan aku lagi........... asyik tido memanjang... malam tido awal... bangun lewat...pastu sambung tido dalam kelas lagi... balik kelas tido lagi... pastu tido lagi.... tido.. tido... sampai kepala dah pening sebab banyak tido.... sampai ada sekali tu... aku paksa juga tido sampai nak termuntah.....

...Ya Allah... mengapa jadi macam ini.... mengapa aku jadi macam ni.... dah la jadi macam ni... pastu aku dah jadi macam cepat marah... asyik nak marah orang jer.... kereta hon sket... aku kejar... tapi dia dapat cabut lari.... aaaarrrrrrrrrrrrrrrrrrr

aku rasa dah malas nak belajar ni..... rasa tension sangat.... aku nak balik rumah jer... tapi kerja banyak.... test pun berlambak-lambak...... aku dah penat asyik fail jer... dah penat nak tengok contengan dalam kertas jawapan aku..... kesian lecturer aku... habis pen merah dia....

...kenapa arrrr... aku rasa macam tak suka semua orang...... macam benci dengan semua orang..........

aku dah tak tahu nak buat apa..... tak tahu nak harapkan sesiapa lagi....

hanya pada-Mu Tuhan.... aku mohon kekuatan... aku mohon kesabaran... aku mohon rahmat-Mu Ya Allah.... jangan Kau biarkan aku sebegini... hidup macam tak ada arah.... pandulah aku ke jalan-Mu.... aku sedar terlalu banyak dosaku kepada-Mu... tapi jangan Kau tinggalkan aku sebegini Ya Allah......................................

Saturday, September 30, 2006

Ayam oh Ayam

Hormon Ayam Daging Undang Komplikasi

Oleh: Khairun Nizam Mohammad Yusuff

KUALA LUMPUR 29 Sept. - Amaran kepada penggemar daging ayam. Mereka yang kerap memakan daging ayam kini perlu lebih berhati-hati berikutan kadar hormon yang tinggi pada haiwan itu boleh mengakibatkan pelbagai komplikasi kesihatan.

Pensyarah Fakulti Farmasi, Universiti Teknologi Mara (UiTM), Dr. Mohd Zulkefeli Md. Jusoh berkata, kekerapan memakan daging ayam khususnya daripada jenis 'ayam daging' akan membawa kepada ketidakseimbangan hormon dalam tubuh. Lebih membimbangkan lagi katanya, dalam tempoh jangka panjang, mereka yang kerap memakannya menghadapi risiko penyakit kanser.

"Secara amnya, tubuh kita memang mempunyai sistem kawalan bahan-bahan asing. Tetapi ia hanya berfungsi untuk tindak balas jangka pendek sahaja dan tidak dapat menentukan apa yang akan berlaku selepas itu," katanya.

Menurut Mohd Zulkefeli, kulit ayam juga boleh mendatangkan kemudaratan kerana ia banyak terdedah kepada pelbagai bahan kimia yang beracun.

Justeru, beliau mengingatkan orang ramai supaya memastikan kebersihan bahagian itu ketika membeli ayam daging di pasar.

Beliau bagaimanapun tidak menggalakkan orang ramai memakan kulit ayam kerana mengandungi kolestrol yang tinggi dan berpotensi menyumbang kepada penyakit jantung.

Perkara sama turut dibangkitkan oleh pakar pemakanan daripada Jabatan Pemakanan dan Dietetik, Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan, Universiti Putra Malaysia (UPM).

Pakar tersebut yang enggan dikenali berkata, pembesaran ayam daging yang bergantung kepada tindak balas hormon dan bahan kimia boleh memudaratkan sistem pertahanan badan manusia yang memakannya.

Hormon yang terkumpul dalam badan manusia itu boleh menjadi punca kepada penyakit sekiranya sistem pertahanan badan gagal meneutralkannya (hormon) dalam tempoh yang singkat.

"Apabila bahan-bahan yang tidak biasa diproses ini gagal disintesis dan dipecahkan, ia boleh memberikan kesan apabila tua kelak," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia hari ini.

Tambahnya, selain hormon, ayam daging juga mempunyai kadar kolestrol yang tinggi berbanding makanan lain dalam kumpulan makanan berprotein. Keadaan ini meningkatkan lagi risiko didatangi penyakit-penyakit seperti penyakit jantung, diabetes dan masalah kegemukan.

"Satu perkara yang perlu disedari adalah ayam daging membesar secara tidak normal. Justeru, adalah dikhuatiri ia juga boleh menjadi penyebab kepada penyakit-penyakit baru yang tidak pernah wujud sebelum ini," ujarnya.

Justeru, beliau menasihatkan orang ramai supaya mempelbagaikan makanan bagi mengelak mendapat komplikasi daripada amalan memakan ayam daging. Ini kerana katanya, mempelbagaikan makanan boleh menjamin tubuh mendapat nutrien yang seimbang.

Beliau berkata, selain daging ayam, makanan seperti ikan, daging lembu dan telur ayam turut membekalkan sumber protein yang dikehendaki badan, malah lebih murah jika dibandingkan dengan harga ayam pada masa ini.
.
.
.
.
...............hmm.. artikel di atas adalah keratan akhbar Utusan hari ini.. tentang ayam lagi... sebelum sebelum ni heboh berita kenaikan harga ayam.. asyik dok naik jer sampai dah kena paksa turun balik.. asyik nak kejar keuntungan sampai dah tak peduli orang lain... tapi yang lawaknya.. ada aku terdengar persatuan suruh boikot jangan makan ayam... aku rasa tukang boikot tu pun tetap pi beli ayam.. walaupun dia tak makan..tapi kalau anak dia dah menjerit nak makan nasi ayam ke.. nak makan KFC ke.. nak ayam percik ke... sure dia tetap beli.... bagi aku boikot itu bukan cadangan yang sangat mengarut dan tak praktikal......

semalam aku pergi beli juadah berbuka kat seksyen 13... antara bazar Ramadhan yang terbesar kat Shah Alam ni... apa yang aku lihat.. hampir 65% semua barang makanan yang dijual.. adalah berasaskan ayam... ada statistik terbaru yang menyatakan rakyat Malaysia makan sejuta ayam dalam masa seminggu..... huhh... aku tak hairan dengan statistik ini.. kerana dari kecik lagi aku dah dimitoskan bahawa ayam goreng itu adalah makanan paling hebat untuk budak-budak....

... aku dah boikot ayam semalam.... semalam aku berbuka dengan kuayteow kerang PJ dan air tebu je.. tapi hari ini aku nak makan ayam balik...

Salam Ramadhan

Saturday, September 23, 2006

aku dan hari esok

hmmm... esok dah nak masuk bulan Ramadhan.. bulan yang penuh kemuliaan.. bulan yang penuh keberkatan... bulan yang menjanjikan keredhaan dan keberkatan Tuhan.. pencipta sekalian alam.. Allah s.w.t........ aku amat mengharapkan Ramadhan yang bakal bertamu ini dapat membuka lembaran baru dalam hidup aku.. aku perlukan sesuatu untuk buat aku kembali bersemangat melangkah ke hadapan kembali.. aku perlu kekuatan untuk meneruskan perjuangan yang belum selesai ini.... aku harus berjuang hingga ke titisan dakwat yang terakhir... insyaAllah aku akan kerah semua kudrat untuk menggenggam segulung ijazah buat bonda dan ayahanda tercinta... impianmu bonda ayahanda takkan kubiar berkarat di hati... walaupun ranjaunya runcing berdiri.....

hmmmm... kadangkala dan mungkin selalunya hidup kita akan diuji.. macam-macam ujian yang akan kita hadapi... semua ujian ini hanya untuk membongkar sifat ketahanan kita... andai sabar dan redha menjadi bentengnya.. percayalah semua ujian yang datang akan kita hadapi dengan senyuman....... walaupun sangat pedih.. tapi kita harus bersabar... macam tadi.. lepas solat Jumaat.. selipar aku pulak hilang.. rasa marah juga.. tapi aku sabar je dan cuba sengih sikit bagi nampak cool... sebab berkaki ayam turun masjid dan bawa motor... terpaksalah aku labuhkan kain macam gaun pengantin Siti nak cover tak pakai kasut tu.... yang penting aku tetap tenang..... aku rasa ujian ni hanya kecil berbanding suami yang terpaksa hadapi kecurangan isterinya....

dalam dua hari lepas aku ada terbaca berita yang suami menangkap isterinya dengan lelaki lain di rumahnya sendiri....

..bayangkanlah bila seorang suami keluar malam nak bekerja mencari rezeki halal bagi menyara keluarganya... tapi bila dia keluar bekerja.. isterinya tadi yang hantar dia ke muka pintu... jemput lelaki warga Nepal masuk dalam rumah... bukan jemput duduk.. tapi isterinya jemput baring atas katil tempat di mana lahirnya anaknya yang 4 orang itu....

..apa punya haram jadah dan sial pompuan macam tu.... si suami dan beberapa orang kampung telah menangkap isteri sial curang itu... dan menjatuhkan talak kepada wanita yang tak sedar diri itu....

....hmmm... bila baca berita macam ini.. tu yang buat kepercayaan aku yang sedia tipis kepada wanita ini hilang terus... walaupun tak semua.. tapi hampir banyak juga wanita yang memang tak boleh dipercayai... sememangnya wanita ini memang tidak boleh dipercayai langsung...... sukar aku nak jumpa wanita yang benar-benar ada keikhlasan dan kejujuran dalam hati mereka... hingga saat ini pun.. aku tak jumpa lagi wanita macam tu.... yang aku jumpa wanita yang tak boleh diharap langsung..... tak layak untuk dicintai.. tak layak untuk menjadi ibu kepada anak-anak aku.. tak layak untuk berkongsi hidup dengan aku.... tapi aku tetap percaya akan ada jodoh untuk aku......

aku bukan mencari wanita sempurna dalam hidup aku... aku bukan nak cari wanita terhebat.... aku cuma nak cari wanita yang dapat memberi kesempurnaan bila aku dan dia bersatu..... aku impikan wanita yang dapat buatkan aku tersenyum dan bersemangat untuk teruskan hidup...... aku mencari wanita yang dapat berkongsi segalanya... dapat berkongsi hari-hari tua bersama.....

..aku impikan sebuah keluarga bahagia... penuh gelak tawa anak-anak.... penuh gurau senda... penuh kasih sayang.. penuh kebahagiaan......

...hehehe... macam artikel keluarga bahagia pulak... sebut family jer... errr.. untuk makluman aku nak pergi kursus kahwin kat Uitm ni pertengahan bulan depan .....

selamat berpuasa semua.. jadikan Ramadhan ini permulaan untuk kita berubah menjadi sesuatu... sesuatu yang lebih baik.....

Saturday, September 16, 2006

aku tanpa sesuatu

Kenangan Terindah - Samsons

Aku yang lemah tanpamu
Aku yang rentan karena
Cinta yang t'lah hilang
Darimu yang mampu menyanjungku

Selama mata terbuka
Sampai jantung tak berdetak
Selama itu pun aku mampu
Untuk mengenangmu

Darimu kutemukan hidupku
Bagiku kaulah cinta sejati

Chorus :
Bila yang tertulis untukku
Adalah yang terbaik untukmu
Kan kujadikan kau
Kenangan terindah dalam hidupku
Namun takkan mudah bagiku
Meninggalkan jejak hidupku
Yang t'lah terukir abadi
Sebagai kenangan yang terindah

Darimu kutemukan hidupku
Bagiku kaulah cinta sejati

Thursday, August 10, 2006

sampai bila?

...seorang ahli parlimen British pernah berkata....

"Muslims are lions but their leaders are donkeys."

aku rasa tak perlu nak cerita panjang panjang tentang kenyataan di atas..
.. kalau nak tahu kebenaran kata-kata di atas... korang semua boleh pi selak surat khabar hari ini... semalam dan yang semalam malam juga... kalau anda memang malas nak selak surat khabar dan lebih suka selak kain je macam dalam internet tu... banyak budak-budak hingusan Melayu syok dok selak kain je... korang tidak perlu selak apa-apa... cuma buka mata mengadap berita dunia malam ni kat tv....

aku percaya korang dapat melihat betapa rakusnya Yahudi laknat meratah umat Islam di Lubnan dan Palestin....

adakah korang sedih melihat kesengsaraan mereka?... atau korang hanya sedih bila melihat seorang peserta realiti tv Akademi FantaSIAL keluar... kerana mendapat undian SMS terendah...

ketika banyak Donkeys (ahli parlimen British yang kata.. bukan aku)... sedang bersidang dalam air-cond sambil menikmati hidangan dan layanan VIP... berapa ribu orang sedara kita disana... sedang menitiskan air mata merindui ayah yang mati dibunuh.. menangisi anak yang mati tertimbus di bawah runtuhan..... anak-anak kecil meracau mencari ibu yang bersepai kena bom.....

sampai bila? sampai bila? sampai bila ?

Saturday, August 05, 2006

wanita, cokelat, beg tangan, kasut dan .........

hmmm..... maaf kalau banyak sekali penulisan aku yang menyentuh perasaan kaum hawa ini.. bukan niat aku nak menghina atau mencaci mereka.. jauh sekali aku nak membenci wanita... aku bukan kaum jahiliah yang sanggup membunuh anak perempuan kerana mengganggap wanita itu.. jauh sekali...... tak terlintas di hati aku nak membenci wanita....

...aku akui aku masih memerlukan wanita dalam hidup aku... aku perlukan wanita sebagai ibu tempat aku mengadu.... aku perlukan adik adik perempuanku untuk buat aku selalu tersenyum dengan keletah mereka.. dan aku masih perlukan wanita untuk menemani hidup aku sepanjang hayat........ bohong kalau aku katakan aku tak perlukan wanita dalam hidup....

"menipu orang lain adalah satu kecurangan... tetapi menipu diri sendiri adalah seribu kecurangan"

...aku tak sanggup membuat seribu kecurangan dengan menidakkan wanita dalam hidup aku.... Nabi pun terasa sunyi tanpa wanita... inikan aku pula hanya manusia biasa... sedangkan Nabi Adam rindukan Hawa....

...tetapi kadangkala aku ni pelik dengan kaum wanita ini... kita lelaki ni kadangkala tak tahu dan tak pasti apa yang diorang nak dari lelaki...... semalam aku keluar makan dengan seorang budak umah aku.... dia ceritakan kepada aku tentang kisah dia dengan awek dia....

..di sebuah gerai makan yang agak lengang...

Budak umah aku: kau tahu man.. aku nyaris nak clash dengan awek aku cuti semester baru ni....

Hazman: ehh.. kenapa plak ni.. apa citer yg bleh jadi sampai mcm ni?

Budak umah aku: baru ni masa balik cuti... aku dah janji nak jumpa dia.. tapi masa hari nak jumpa.. hujan pulak.. aku cakaplah esok jumpa... tapi bila esok pulak nak jumpa.. aku kena pi Langkawi.. ni rombongan kampung aku.. patutnya ayah aku yang kena pergi.. tapi dia sakit, jadi aku yg kena ganti dia.. rugi kalau tak pergi.......... habis tu awek aku pun mengamuklah...

Hazman: ko tak jumpa dia langsung balik Langkawi tu.

Budak umah aku: balik Langkawi tu... aku pun jumpa dia.. dia datang amik aku kat umah.... tapi aku terkejut gile.... sebab masa dia datang amik aku tu.. kat tempat duduk belakang tu.. penuh dengan semua barang dan hadiah dari aku dari mula kawan lagi...

Hazman: banyak ka barang?

Budak umah aku: ...dah macam nak pindah umah... dari key chain sampai patung Pooh yang besar saiz budak darjah satu tu pun dia angkut....

Hazman: ko cakap apa kat dia?

Budak umah aku: aku diam je. aku buat tak nampak je barang-barang tu... pas tu aku drive kereta macam orang bodoh je.. sepanjang jalan dia marah aku.. dia jerit nak minta clash banyak kali.. sambil gambar-gambar aku dia koyak-koyak pas tu dia buang tepi jalan.... sepanjang jalan bertaburan gambar tu.... tapi aku tetap buat tak tahu je..... pas tu lepas dia diam jap.. penat sangat kot menjerit...aku pun bagi dia cokelat yang aku beli kat Langkawi ari tu.....

Hazman: dia buang gak cokelat tu?

Budak umah aku: ....dapat je cokelat tu.. tetiba dia senyap dan buat muka bersalah macam budak sekolah dapat nombor last dalam kelas.... dia minta maaf kat aku dan rasa sangat bersalah.... dia cakap sorry sebab koyak gambar aku...

Hazman: ko cakap apa?

Budak umah aku: ..aku kata tak pe lah.. tak kisah pun.. gambar tu boleh cuci lagi sebab ada negatifnya... tapi aku rasa macam nak tergelak tengok perangai dia....

Hazman: ..biasalah.. pompuan memang macam tu.... dia jerit macam mana pun.. kalau kau bagi cokelat ka.. beg tangan ka.. bagi kasut ka.. sure terus diam...

...biar apa pun dan bagaimana pun wanita..... aku tetap perlukan seorang wanita....

Wednesday, July 26, 2006

jalan jalan cari makan

.....life is like a box of chocolate... macam dalam dialog filem Forest Gump..... life is like burger.. ayat dari kawan aku.. alasannya.. hidup kita selalu dihimpit masalah untuk dapat kebahagiaan... tapi yang pasti kawan aku tu suka makan burger tak mau sayur..... hidup macam aiskrim... nikmati ia sebelum cair ungkap kawan aku dalam ruang komen blog.........

banyak perumpamaan kehidupan ini yang dikaitkan dengan makanan.. betullah kata mak aku.. orang kat Afrika tu mati tak makan.. tapi kita kat Malaysia ni mati terlebih makan....

.. memang dah jadi budaya kita makan setiap masa.... kalau bukan budaya.. pastilah kedai mamak tak buka 24 jam.. nak makan nasi pukul 4 pagi pun boleh.... tapi berbeza kat negara omputih sana... kawan aku yang mengaji kat sana.. cakap pukul 10 malam semua kedai dah tutup... cuma nak minum air setan je yang buka sampai pagi......

makan.. makan.. makan....
berhenti sebelum kenyang.....
terdetik hati tertanya sendiri..

Thursday, July 20, 2006

hadapi dengan senyuman

...dalam hidup ini kita akan diuji.. akan ditimpa dengan bermacam dugaan dan cabaran...
kadangkala.. ujian dan dugaan ini buat kita hilang pertimbangan... kadangkala keadaan yang sukar ini buat kita sangat kecewa dan marah.... tapi sesungguhnya ujian Tuhan ini hanya untuk menguji hamba-Nya yang sabar...... percayalah janji Tuhan.. kesabaran kita sangat besar imbangannya di sana.. senyumlah.. kuatkan semangat untuk terus melangkah.. hadapi dengan senyuman... hidup ini terlalu singkat untuk dibazirkan dengan kesedihan dan kekecewaan.. life is great...... hadapi dengan senyuman macam kumpulan idola aku.. kumpulan DEWA

...........................................................

Hadapi Dengan Senyuman - Dewa

Hadapi dengan senyuman
semua yang terjadi
biar terjadi...

hadapi dengan tenang jiwa
semua... kan baik baik saja

bila ketetapan Tuhan
sudah di tetapkan
tetaplah sudah ...

tak ada yang bisa merubah
dan takkan bisa berubah

relakanlah saja ini
bahwa semua yang terbaik..

terbaik untuk kita semua
menyerahlah untuk menang..

Monday, July 17, 2006

udara yang ku hela

....semalam sementara aku tunggu nak solat maghrib.. aku buka tv jap.. buka channel 4 Astro... rancangan itu ialah tentang kisah benar.... kisah tentang seorang budak perempuan 12 tahun yang rosak paru-parunya.. jadi dia terpaksa bergantung kepada balang gas seumur hidup.. kos rawatannya ialah 25 ribu sebulan.... kesian sekali.... tapi aku lihat abahnya tenang bila ditemuramah.... antara cakap abahnya...

"buat apa saya menangis... air mata tak akan mengubah apa-apa.... saya hanya berdoa dan redha.."

lagi...

"saya menyayangi anak saya ini seperti adik dan kakaknya juga.. tiada yang lebihnya... kerana jika kita menyayangi seseorang terlalu sangat... ia akan pergi meninggalkan kita dulu.."

....hmm.. bersyukur kita dengan rahmat Tuhan ini... ia tidak nampak.. tetapi ia sangat bernilai.. itulah udara yang kita sedut setiap masa dan ketika....

Saturday, July 15, 2006

aku dan wanita

......sepanjang hidup aku hingga sekarang... aku sukar nak mempercayai ciptaan Tuhan yang bernama wanita atau perempuan ini.... sangat sukar... bagi aku wanita tetap tidak boleh dipercayai langsung.... wanita lebih cenderung untuk menipu dan sentiasa mengikut perasaan... tetapi aku juga tidak nafikan ada wanita yang sentiasa jujur dan ikhlas... tapi hingga sekarang aku tak menemuinya lagi.... semua wanita sama sahaja.......

.....pakcik aku pernah dipenjarakan kerana rasuah.... hidupnya dah cukup bahagia dan sempurna.. tetapi desakan isteri yang tak pernah bersyukur memaksa dia menjual harga diri... akibatnya dia merengkok di dalam penjara....semasa dipenjara.. kasih sayang dia kepada isteri dan anak-anak tidak pernah luntur... dia mengamanahkan agar sedara sedara lain menjaga keperluan isteri dan anak anaknya........

tetapi isteri yang disangkakan setia itu curang......... ketika ibu aku dan mak sedara aku yang lain pergi ke rumah...... kelihatan anak-anak kecilnya bermain di ruang tamu..... dan bila pintu bilik tidur dibuka... kelihatan makcik aku yang curang itu berbogel dalam selimut sambil meminum air oren..... macam sial dan tak sedar diri.........

semua sumpah seranah dan makian keluar dari mulut mak aku dan mak sedara aku...... tetapi bila diberitahu cerita yang sebenar... pakcik aku yang dipenjara itu tak mempercayainya...... malah menuduh orang lain sengaja memburukkan isterinya........

tetapi bila pakcik aku dibebaskan dari penjara... dia kembali ke rumah seperti biasa... makcik aku tidak mengakuinya malah membohonginya lagi.... tapi akibat cerita jiran-jiran.. pakcik aku berjumpa sendiri dengan lelaki yang hanya pembacuh air kedai makan mengaku pernah curang dengan makcik aku...... selepas itu cerai talak tiga dijatuhkan..........

....................sekarang pakcik aku bahagia bersama makcik baru aku yang sangat baik hati dan begitu menghargainya... mereka bahagia dengan 2 anak lelaki baru dan pakcik aku turut menjaga 3 orang anak dari bekas perempuan curang itu...... cerita terakhir yang aku dengar... bekas makcik aku itu hidup melarat selepas dibelasah orang akibat menggoda suami orang lain...

.......ada lagi kisah benar sedara aku yang jauh..... punyai seorang suami yang sangat bertanggungjawab dan penyayang.... tetapi isterinya jatuh cinta pula dengan lelaki Arab yang kaya.... sanggup dia musnahkan rumah tangga bahagia yang dibina hampir 20 tahun........... hanya untuk mengejar cinta barunya........ sekarang padan muka.... bodoh....

dia dah ditinggalkan lelaki Arab itu.... bukan jadi janda kaya...tapi jadi janda bodoh.............. aku tak pernah faham apa yang seorang perempuan ini nak dari seorang lelaki.... tak retikah mereka bersyukur mempunyai seorang lelaki yang sanggup bergadai nyawa dan apa saja untuk membahagiakan mereka.... tidak bahagiakah dengan lelaki yang sentiasa memberikan cinta dan kasih sayang sepenuh hati... berjanji untuk melindungi dan membahagiakan mereka........ walaupun perempuan ni berasal dari tulang rusuk lelaki yang bengkok.. tapi jangan jadikan alasan ini untuk curang dan tidak berlaku jujur..........

mungkin perempuan celik sebenarnya buta... tapi perempuan buta lebih celik hatinya..... aku teringat sebuah kisah benar......

...ada seorang lelaki yang mempunyai isteri yang buta kedua belah matanya..... setiap hari si suami ini akan menghantar dan menjemput isterinya ke tempat kerja isterinya.... tetapi setelah lama begitu.. isterinya meminta izin untuk pergi kerja sendiri dengan menaiki bas... katanya ingin berdikari dan tidak mahu menyusahkan suaminya yang setiap hari kalut untuk ketempat kerja sendiri akibat menghantar isterinya dahulu.....

setelah didesak dan dirayu.... dengan berat hati yang amat sangat.. suaminya memberi keizinan.... setiap hari wanita itu akan menaiki bas ke tempat kerja...... tetapi pada suatu hari.... wanita buta itu disapa oleh pengawal tempat kerjanya....

"puan, saya curiga dengan seorang lelaki yang sentiasa memerhatikan puan... dia akan menunggu puan turun dari bas hingga puan masuk ke sini..... kemudian petang pula semasa hendak naik bas pulang dia akan ada lagi..."

..wanita buta itu terkejut.... lalu bila lelaki itu digambarkan macam ciri-ciri suaminya.... tahulah wanita buta itu... suaminya sentiasa menjaganya..... air mata wanita buta itu mengalir laju........

DIPERCAYAI LEBIH BAIK DARI DICINTAI

Wednesday, June 21, 2006

cawan dunia

....kalau wanita 'period'nya seminggu dalam sebulan...... tetapi bagi lelaki seperti aku.. 'period'nya datang sebulan dalam masa 4 tahun.... dalam masa 'period' lelaki.. emosi lelaki tidak stabil sedikit.. harap kaum wanita dapat memahami dan memberi sokongan dalam keadaan ini kepada kaum lelaki....... kadang gembira kadang berduka... begitulah rasanya dalam musim 'period' lelaki ini atau dikenali juga dengan musim CAWAN DUNIA.... atau pun lebih mahsyur serata dunia dengan musim WORLD CUP yang diadakan sebulan dalam masa 4 tahun.... hehehehehe..

....musim cawan dunia pada kali ini sangat mencabar bagi aku.... semuanya kerana aku terpaksa menghayati cawan dunia dalam keadaan masih berasmara dana dengan buku.... tangan galak memicit kalkulator dan akhirnya basah dengan cecair putih liquid paper... akibat kesilapan sendiri....... sepanjang malam hingga kelepas subuh aku begini... huhhh... semuanya kerana sebiji bola dan cawan dunia..........

..jarang wanita nak faham dengan kenikmatan tengok perlawanan bola sepak sini..... mereka menganggap ia hanya membuat masa merebut sebiji bola..... sebenarnya tengok bola ini ada kepuasan yang tersendiri.. sukar nak dijelaskan dengan kata-kata... cewahhh... hehehe
......... semoga kita dapat melihat kebangkitan semula pasukan Asia...... kita akan melihat KOREA SELATAN akan menjulang Piala Dunia untuk tahun 2006 ini...... Aza aza fighting!!!!!!

Tuesday, June 06, 2006

niat

.....rasanya hampir seminggu aku tidak menulis lagi.... mungkin kesibukan aku bercuti hujung minggu ke port dickson.. melaka dan akhirnya ke johor bahru buat aku tidak sempat menatap komputer ni... kalau komputer ni ibarat perempuan...sure dah merajuk dan minta putus.... tapi komputer ni bukan perempuan... so aku tak payah risau sangat tinggalkan..... kecuali komputer ni tahu pakai baju dalam sendiri.. sure aku rela usung bawa melancong sekali.. hahahahaha.......

...aku baru lepas kelas ni... tadi dalam kelas.. lecturer aku bagi tahu test esok ditunda ke minggu depan.... sebab ada seorang kawan aku minta tangguh kerana dia akan ke sabah esok untuk mewakili uitm dalam pertandingan ping pong... lecturer aku minta dia batalkan ke sabah tu dan ambil test.... 3.. 4.. kali juga lecturer aku tanya dia soalan yang serupa.. namun kawan aku tetap dengan keputusan dia nak ke sabah..... akhirnya lecturer itu kata......

"...saya dah janji dalam hati saya... kalau awak mahu minta batalkan ke sabah dan pilih nak ambil test saya... maka saya akan suruh awak pergi ke sabah juga,buat special test untuk awak dan saya berjanji akan pastikan awak lulus juga subjek ni...... saya cuma nak lihat niat awak je.... sebab tu saya tanya banyak kali.. tapi awak menolak...".....

..pelajar tu terpinga-pinga mengenangkan tuah yang berlalu begitu sahaja..... kesimpulannya bagi aku... sebenarnya niat sangat penting dalam apa jua yang kita buat... percayalah.. niat yang baik akan mendapat balasan yang baik jua......

kemudian kelas ditamatkan dengan satu mini project....kami disuruh mereka payung terjun agar dapat mengelakkan sebiji telur pecah yang akan dibuang dari tingkat lima..... waduh waduh.... pening seh.. wokeylah.... nak pi buat assignment payung terjun ni.....

Wednesday, May 31, 2006

once - dealova

hmmm.....entah mengapa....aku jadi minat plak kat lagu ni...lirik nya terlalu bermakna bagi aku......

ONCE - DEALOVA

aku ingin menjadi mimpi indah dalam tidurmu
aku ingin menjadi sesuatu yg mungkin bisa kau rindu
karena langkah merapuh tanpa dirimu
oh karena hati tlah letih

aku ingin menjadi sesuatu yg selalu bisa kau sentuh
aku ingin kau tahu bahwa ku selalu memujamu
tanpamu sepinya waktu merantai hati
oh bayangmu seakan-akan

reff:kau seperti nyanyian dalam hatiku
yg memanggil rinduku padamu
seperti udara yg kuhela kau selalu ada

hanya dirimu yg bisa membuatku tenang
tanpa dirimu aku merasa hilang
dan sepi, dan sepi
repeat reff [2x]

selalu ada, kau selalu ada
selalu ada, kau selalu ada

Sunday, May 28, 2006

aku lelaki

..sejarah kelakian aku bermula hampir 15 tahun dahulu.. masa tu kalau tak silap aku baru darjah 4.. masa tu aku masuk pasukan boria sekolah.. pasukan boria ni macam koir nyanyian juga.. tapi semua ahli boria kena menyanyikan lagu sambil menari...... ceritanya bermula....
ceritanya bermula bila aku dikeluarkan dari pasukan boria tu... dengan alasan.. "kamu menari keras macam robot.. kena lembut sikit untuk menari.." ..masih aku ingat lagi ayat yang keluar dari mulut cikgu tarian tu.. namanya cikgu Mat Desa.. (nama sebenar)....

selepas dihalau dari pasukan boria tu.. aku dah nekad tak akan menari lagi ataupun menyanyi.. walaupun aku rasa suara aku sedap walaupun banyak juga yang kata tak sedap.. tapi peduli apa dengan orang kata tentang suara aku.... aku bukannya nak masuk Akademi Fantasia.. bukan nak masuk Malaysia Idol.. dan bukan juga nak masuk pertandingan Suara Emas Beras Bernas... yang penting aku rasa suara aku sangat sedap...pernah juga ada sorang pompuan tu cakap... "suara awak ni terlalu lelaki.." ..mungkin dia cuba nak cakap aku macho dalam bentuk suara.. hahaha.... tapi betullah tu.. jangan dia cakap suara aku terlalu perempuan dahlah..... tapi jangan ingat suara aku serak-serak basah macam pengetua AF yang baru tu..

..berbalik kepada cerita dihalau dari pasukan boria tu... sebenarnya ada hikmah aku dihalau tu... kalau tidak tentu aku dok melembutkan diri untuk menari...... aku lebih suka menjadi lelaki yang sangat lelaki.........

.."kita kena keras dengan pompuan ni..." ..ayat tu aku pernah dengar dari seorang kawan aku yang bagi petua mengekalkan hubungan.. alasan dia kalau terlalu lembut.. kita akan ditindas.... huhhh... alasan yang bodoh bagi aku..... kalau nak tunjukkan kelakian bukan dengan menindas wanita.... bagi aku.. lelaki yang benar benar lelaki ialah lelaki yang bersifat mulia dan berbudi bahasa dengan wanita.... lelaki yang dok mendera isteri atau pun teman wanita depa tu.. sebenarnya adalah lelaki yang sangat dayus.. berani berlagak depan pompuan je.. kalau ajak lawan sama sama lelaki.. takut plak.... berani ngan perempuan je... boleh blahlah.....

hmmm... kalau nak keras pun ngan wanita ni... boleh juga... tapi untuk tunjuan yang baik juga... kalau tak keras nanti plak susah lagi.. asyik lembut je plak.. susah nak berkembang umat Nabi Muhammad ni.. hehehehe...

lelaki yang hebat adalah lelaki yang menggunakan kekuatannya untuk melindungi wanita miliknya... mempertahankan dan seterusnya mencintai hingga akhir hayat......

Tuesday, May 23, 2006

En. Maskot

.....hujung minggu yang lepas,aku telah melalui sesuatu yang baru dalam hidup aku.. aku dapat kerja part time.. jadi maskot.. memakai kostum kepala besar Chambel yang gemuk dan berpakaian tukang masak.... tugasnya hanya memberi belon kepada budak budak.. kemudian terpaksa mengoyangkan tangan melambai.. bersalam dan ada juga bergambar... hehehe...

mula-mula tu memang rasa sangat janggal dan sangat memalukan.. tapi aku tabahkan hati dan ingat ni kerja halal.. lagi pun aku memang teringin nak try kerja ni..

Alhamdulillah lepas kerja tu aku dapat menebalkan muka aku lagi seinci.. tapi seronok juga dapat tengok budak budak happy dan seronok dapat belon dan dikacau maskot...

sebenarnya aku memilih menjadi maskot dari ditawarkan jadi promoter yang kena cakap ayat yang sama sampai berpuluh kali sehari untuk meyakinkan pengguna...tapi biar apa pun kerja yang kita buat.. kita harus merasa gembira dan ikhlas dengan kerja itu..maka kita dapat membuat sesuatu itu dengan sempurna... kalau jadi tukang sampah.. jadilah tukang sampah yang ikhlas.. kalau jadi tukang kira duit.. jadilah tukang kira duit yang jujur.... kesimpulannya jujurlah dengan apa sahaja yang diamanahkan.....

Wednesday, May 17, 2006

Aku anak Malaysia

Aku sekarang berada semula di uitm.. memulakan pengajian semester pendek yang hanya sebulan lebih sikit je.. mengambil subjek Fluid Mechanics 4.. subjek yang mengkaji tentang sifat mekanik bendalir.. dan subjek ini adalah antara subjek yang sangat suka diambil berulang kali oleh pelajar (kena ulang ambil sebab gagal).... hmmm.. tapi aku bukan nak cerita tentang subjek yang aku ambil tu... aku nak kongsi sedikit dengan apa yang aku alami masa cuti kat umah baru baru ini.....

Masa aku bercuti kat rumah baru-baru ni... mak aku ada buat jamuan makan tengahari kat rumah aku.. mak lang aku yang berbangsa Cina pun datang.. dan mak aku jemput sekali keluarga Cina mak lang aku datang.... meriahlah kat rumah aku dengan bahasa Melayu ala-ala Cina dan bahasa Cina serta pastinya bahasa Melayu.... aku gembira tengok situasi itu.. dapat lihat betapa majmuknya masyarakat Malaysia.... aku sukakan keadaan ni...

.....tapi realitinya kita masih bersikap perkauman... Melayu dengan Melayu.. Cina dengan Cina.. dan India dengan India.... mengapa perlu ada prejudis antara kita.....

Aku tidak suka dikenali sebagai bangsa Melayu..tapi aku nak dikenali sebagai bangsa Malaysia... aku tidak pernah merasa bangga menjadi bangsa Melayu... apa nak dibangga dengan bangsa Melayu.. bangsa yang menjadi majoriti di pusat pusat serenti.. bangsa yang dikenali kerana malasnya... bangsa yang dikenali dengan subsidinya..... Melayu itu hebat dan beharga kerana Melayu itu sinonim dengan Islam.. sampaikan Cina cakap.. masuk Islam itu masuk Melayu... tapi realitinya Melayu itu memalukan Islam.... lihatlah dalam sejarah ketamadunan dunia..mana ada tamadun Melayu...yang ada cuma tamadun Islam.. Cina dan tamadun India..... jadi melayu itu hanya menumpang kegemilangan tamadun Islam....... huhhhh.. tarik nafas panjang aku.....

jauh sekali niat aku untuk merendahkan bangsa aku sendiri.... aku cuma ingin lihat bangsaku menjadi bangsa yang perkasa.... aku tak rela melihat bangsaku mengemis di tanah air sendiri.....

Kepada bangsa Cina dan India juga.... bukalah hati kalian.... jadikan Malaysia ini tanah airmu... jadikan Malaysia ini umpama darah daging kalian.. aku cabar kalian buktikannya..... tapi realitinya kalian hanya mata duitan.. mengira keuntungan.. bukan bangun mempertahankan... lihatlah berapa ramai kaum Cina dan India dalam askar dan polis.....

............. aku tidak berniat untuk menghina mana-mana kaum di Malaysia ini... tapi aku nak melihat semua kaum bersatu hati berganding bahu membina satu bangsa..... bangsa Malaysia..... aku bangga menjadi rakyat bumi bertuah ini.. bumi tercinta.. negara malaysia.....

Friday, May 05, 2006

perjuangan yang belum selesai

Alhamdulillah.. hanya itu yang terlintas di hati bila aku keluar dewan tepat jam 12 tengah hari selepas menyelesaikan exam terakhir tadi...

berakhirnya peperiksaan tadi maka tamatlah aku semester 7 di tahun akhir ini... tapi perjuangan ini belum selesai.. perjuangan ini masih berliku walaupun aku nampak sinarnya.. aku nampak germilap penghujungnya.... aku tidak sabar untuk berada di penghujungnya....

...berakhirnya exam tadi maka bolehlah aku membasuh motor aku yang dah terlalu kotor itu.. asyik bersiram hujan dan disembur lecah jalanan je.. dan dibedakkan debu jalan je.. kalaulah motor aku diibaratkan orang.. aku sure orang tu dah berambut kusut masai dan berkudis buta di merata-rata.. kalau motor tu oranglah.. hehehe.....

hmmm.. aku pun kira berserabut juga sepanjang exam ni.. semua tak ada masa nak buat itu nak buat ini... rambut dah panjang.. misai dah nyaris macam A. Galak dalam 'Gerak Khas'... hehehe.. baju plak.. dok recycle je.. hehehe.. cuma kewangian Issey Miyaki yang selamatkan aku...

blog ini ditulis dalam keadaan aku yang sangat mual dan kembung perut macam pompuan mengandung 5 bulan setengah.. hehe.. macam tau jer.. semuanya kerana rumah aku baru mengadakan pembakaran terbuka membakar ayam, sotong, udang dan daging... seronok bila bergembira bersama rakan-rakan rumah...

sebenarnya banyak aku nak tulis.. bukan tentang exam lagi... bukan tentang makan.. bukan tentang kemeriahan habis exam.. tapi aku nak tulis yang lebih dari itu.. lebih dari jangkauan pemikiran lain.. aku nak tulis tentang sesuatu.. sesuatu yang dapat buat semua orang berfikir... yang dapat menggegarkan jiwa-jiwa.. ehhh.. apa ni.. melalut entah ke mana.. mungkin kerana kemualan ini buat aku taip je.. hehehe..

..bertemu di lain entry lah.. mungkin ada sesuatu yang lebih dari biasa.. sekarang aku nak tidur dulu.. nak uli bantal puas puas.. sebab sebelum ni semuanya tak sempat..

life is great... enjoy it...

Thursday, April 27, 2006

mana kalkulator aku?

....Alhamdulilah.... aku baru jer habis paper exam yang kedua terakhir pagi tadi... ni dah penat gila.. tidur pun tunggang langgang... mengantuk jer minum power root tongkat ali.. asyik bertongkat jer... semuanya kerana terlalu mengantuk....... aku rasa exam pagi tadi yang paling mencabar kebolehtahanan aku.. bukan sebab subjek tu susah sangat.. tapi situasi sebelum dan masa exam tu...dah ler aku bangun lewat... dah sampai kat kampus.. tertinggal kalkulator pulak...

sepanjang aku belajar dari diploma sampai ke ijazah ni.. rasanya inilah kali pertama aku tak bawa kalkulator aku.... selalunya kalkulator ni tak akan ditinggalkan oleh budak yang amik engineering.. macam askar yang tak boleh tinggalkan senapangnya... macam pompuan yang tak boleh tinggalkan mekapnya.. macam artis yang tak boleh tinggalkan mikrofonnya dan macam macam lah lagi.......

...tapi hari ni aku tertinggal pulak... "mana kalkulator aku?"... kalau subjek ni setakat mengarang jer aku tak kisahlah... tapi subjek kena mengira... kalau aku masuk gak amik exam tanpa kalkulator.. aku yakin sangat.. aku cuma dapat tulih nama dan nombor pelajar jer. tu pun kalau aku tak lupa nama sendiri... hehehe

.....tu jer yang mampu terkeluar dari mulut aku.... pastu.. apa lagi... naik motor pulas throttle sampai habis... macam mat rempit... belah lampu isyarat depan gate utama.. sebab lampu tu lambat sangat bagi isyarat boleh jalan.. so aku pun bagi isyarat boleh belah la.... fuhhh... mengucap panjang.. aku nyaris dilanggar oleh kereta iswara warna hitam.... tapi lepas mengucap panjang.. aku terus rempit lagi..... dan akhirnya.. Alhamdulilah aku dapat menjawab juga peperiksaan itu... dan Alhamdulilah semua soalan berjawab.. walaupun ada juga yang aku setakat mampu salin soalan balik... hehehee....

....sekarang boleh le rehat pulak kejap.. sebab paper yang seterusnya lagi seminggu lagi... jarak ni sesuai ngan kepayahan subjek itu juga.... aku harap aku dapat buat yang lebih baik lagi walaupun subjek itu dah namanya pun getaran.. harap aku tak ketaq masa exam 'VIBRATION' hari khamis minggu depan..... chaiyuk untuk diri sendiri.... aza aza fighting!!!!!

Tuesday, April 25, 2006

APA MASALAH??

hmmm.. sekarang aku masih dalam demam peperiksaan.. semuanya tak sempat.. biasalah kalau pejuang saat akhir macam aku ni.. dekat nak exam baru tunggang langgang nak susun nota nota.. kedai fotostat pulak yang jadi tempat singgahan selalu.. sebelum ni kedai mamak jer.. hahaha.. hmmm.. di dalam masa yang sangat terhad ini.. aku tak sempat nak menulih dalam blog ini.. so terima kasih kepada yang sudi menyumbang untuk blog aku yang tak seberapa ni.... di bawah ini adalah tulisan original seseorang tanpa di-edit oleh aku... beliau adalah seseorang insan yang terpenting dalam hidup aku..

.............................................

APA MASALAH??

Perjalanan hidup seseorang pastinya sangat berbeza di antara seorang insan dengan insan yang lain. Walaupun insan tersebut merupakan orang-orang di sekeliling kita macam ibu, ayah, adik-beradik atau pun jiran sebelah rumah. Hari-hari yang kita lalui mesti tak sama. Sebagai contoh, seorang doktor. Walaupun "beliau" (bukan nama sebenar) merupakan doktor gigi yang terkenal di daerah "x" di bahagian selatan tanah air, permasalahan yang beliau hadapi dan lalui berbeza-beza di antara seorang pesakit gigi dengan pesakit gigi yang lain. Manakala seorang jurutera awam akan mengira kerangka dan beban bangunan yang berbeza dalam dua hari yang tak sama. Mungkin seorang pesawah akan menangani masalah haiwan yang berbeza yang cuba mencopet hasil padi yang sedang menguning. Bayangkan, berapa punya banyak permasalahan yang akan wujud setiap hari. Cuma satu persamaan, setiap masalah itu ada penyelesaiannya. Apa yang perlu kita kaji ialah ciri-ciri masalah, penyebab masalah dan cari penyelesaian terbaik.

Sebenarnya... apa masalah Hazman ni minta (paksa) aku jadi penulis jemputan kat blog dia ni? (CIRI-CIRI MASALAH). Aku agak lah, dia ada masalah kebuntuan idea untuk mengarang dalam blog dia (PENYEBAB MASALAH). Ya, mungkin. Jadi dengan bangganya aku sudi dia tampilkan tulisan aku ni kat blog dia (PENYELESAIAN MASALAH). J

- ANAY LI -

Monday, April 03, 2006

Exam Fever!

Exam fever is everywhere... FAILING TO PLAN IS PLANNING TO FAIL...

..arghhh... sibuk gila sekarang ni.. dah dekat nak peperiksaan akhir ni... dah tahun akhir ni.. dari darjah satu sampai kat universiti ni.. dah beribu peperiksaan yang dilalui tapi kerisauan tetap ada... dan kerisauan tu yang buat aku semakin malas.. huhhh.. bahaya ni. kena buat sesungguh ni... chaiyuk untuk diri sendiri..

"mulakan membuat sesuatu yang perlu,
kemudian sesuatu yang mungkin..... anda akan terperanjat bahawa tiba-tiba..
anda melakukan sesuatu yang mustahil..."

Tuesday, March 28, 2006

pesan Abah

tit..tit..tit..bergegar handset 3G 33 sekupang aku tu... ada message untuk dibaca rupanya.. tengok kat skrin bercahaya biru tu...

massage dari Abah rupanya....

"PESERTA KURSUS 107 ORANG.HAMPIR 50 ORANG PENSYARAH U DAN POLI. ABAH AKAN BERDOA SEMOGA B.LONG BERJAYA SEPERTI MEREKA. OK. SYABAS."

message yang berupa pesanan dari abah ni.. sebenarnya abah jarang nak tulih message kat aku.. tetiba je ni.. walau apa pun aku tetap tersentuh dengan pesanan abah ni.. tinggi harapan seorang ayah kepada anak sulungnya ini.. hmmm.. aku pernah kecewakan ayah sekali...

teringat hampir 9 tahun dahulu... aku pernah kecewakan dia bila aku kantoi kat UTM dulu.. lepas je SPM terus dapat tawaran buat ijazah dalam engineering kat situ.. kursus ni kursus express.. mengaji kejap je dah boleh jadi engineer... tu yang mak ayah aku suka tu... dapat jer tawaran terus buat kenduri.. besar jugak lah kenduri tu.. lepas macam macam ayah mak korbankan... aku gagal kat situ... lepas SPM.. fikiran tak matang lagi.. asyik nak enjoy je... tapi Alhamdulillah.. aku dapat untuk memberi semula ijazah yang aku cicirkan dulu sekarang.... tapi perjuangan aku belum selesai disini... bagi aku yang penting jangan serik untuk mencuba.. macam satu kata kata omputeh tu....

"LIFE IS FULL OF CHALLENGES, WHEN OBSTACLES ARISE....
CHANGE YOUR DIRECTION TO REACH YOU GOALS, NOT THE DECISION TO GET THERE.."

Friday, March 17, 2006

cuma kata..

"DIPERCAYAI LEBIH BAIK....
DARI DICINTAI..."
terdetik hati tertanya sendiri...

mustahil??

...aku baru sudah discussion ngan kawan kawan sekelas.. discuss tentang final project.. aku dah daftar pun dan dah ada tajuk.. tapi kawan aku sorang tu.. susah sungguh nak pilih tajuk untuk final projek dia... aku ada bagi beberapa tajuk.. tapi ada sahaja alasan dia.. pening kepala dok pikiaq kat dia ni... asyik cakap tak bolehlah.. sukarlah..macam macam sahaja masalah yang ada..tapi tak nak usaha dulu... nampak macam semua mustahil je.. aku ni pulak pantang cakap tak boleh selagi tak cuba dulu... cuba dulu baru tahu... sebut tentang perkara mustahil ni.. teringat aku kat satu ungkapan tentang mustahil ni.. aku terbaca masa nak tengok tengok baju kat butik adidas...dia tulih.

"IMPOSSIBLE is just a big words trown around by small men who find it easier to live in the world they've been given than to explore the power they have to change it... IMPOSSIBLE IS NOTHING!"

huhhh.. cubalah.. cubalah.. cubalah dulu... percayalah kita akan tersenyum puas kalau telah mencuba.. walaupun percubaan itu gagal... gagal hanya untuk orang yang tidak mahu mencuba...

THE WAY WE SEE THE PROBLEM IS THE PROBLEM...

Friday, March 10, 2006

IR. hazman

.....hehee... tajuk yang poyo... poyo adalah perkataan yang selalu digunakan oleh rakan-rakan sekelas aku untuk membayangkan seseorang yang rasa diri dia macam best..... heheh... sebenarnya aku tak lah rasa yang diri ini best.... tetapi sebagai motivasi untuk berjaya..."IR" atau Ingenior itu akan diletakkan di hadapan nama seseorang yang telah dianugerahkan jurutera profesional... macam DR kat depan nama seorang doktor.... aku tertarik dengan ungkapan lecturer aku... "NEVER QUESTION ENGINEER JUDGEMENT"..... dengar macam best jer.... tapi sebenarnya ia tanggungjawab yang sangat berat.... kalau manusia tidak boleh persoalkan penilaian kita... tapi Tuhan akan menilaikannya dan tidak akan ada yang terlepas dari pengadilan dan penilaian Tuhan..... tapi kalau ada bangunan yang runtuh atau jambatan yang runtuh.. pasti jurutera yang approve tu akan dipanggil... macam jurutera Highland Tower.... sampai dilucutkan jawatannya....

ENGINEERING IS NOT ABOUT PASSING AN EXAM AND OBTAIN A PIECE OF PAPER... BUT IS ABOUT YOU APPROACH A PROBLEM

Friday, March 03, 2006

biar ku sentuh cintamu

hhhhmmmm........ tengah hari tadi kawan aku call.. semalam dia langgar seorang mat skuter ni... "aku seronok sangat sebab lepas test, so masa nak corner kereta aku tak sedar ada motor nak jalan terus sebelah kiri..pastu budak tu pun jatuh... semalam dah cakap.. tapi dia macam nak gaduh jer.." kata kawan aku dalam telefon masa ajak aku pergi sekali jumpa budak yang dia "excident" tu.....

Selepas aku dan kawan aku tu tunggu kat kedai motor... budak mat skuter tu pun datang.. dia cakap macam nak gaduh gak... tapi aku cakap bebaik jer.. walaupun dalam hati memang aku dah belasah budak tu.. pastu aku kerat-kerat lapan.. buang dalam longkang... hahaha.. tapi dalam hati jer lah... aku tetap sengih dan cuba cakap bebaik.. lepas tu aku pegang belakang bahu dia dan cakap bebaik... dan lepas tu lagi... perkara tu boleh settle.. dia siap kurangkan lagi dari bayaran asal.. tapi kawan aku bagi lebih gak.. niat sedekah jer.... hmmm.. aku bukan nak cerita tentang jadi hero... tapi nak cerita sekali sentuhan lebih lebih bermakna dari 5 minit berkata-kata.....

ada juga kajian doktor yang membuktikan.. bahawa bayi yang selalu dibelai oleh ibunya akan cepat untuk berjalan.... hmmm.... apa sekali pun... sentuhan itu terlalu indah.... sentuhan seorang ibu untuk anaknya.. sentuhan seorang suami untuk isterinya.... ia terlalu indah.....

Monday, February 13, 2006

kosong

Assalamualaikum...

Hmmm... esok adalah 14 Februari 2006.. bagi aku ia adalah hari hari yang biasa.. tak pernah ada istimewanya hari esok... tapi bagi sesetengah atau sepenuh sepenuh atau mungkin juga kepada banyak orang lain.. hari adalah hari yang sangat istimewa dalam hidup mereka dan sangat ditunggu.. dan mungkin hari itu juga lebih istimewa dari hari raya puasa dan hari raya qurban...... tetapi bagi aku hari tersebut adalah hari yang akan berlalu dengan rasa insaf dan sedih....

Sebenarnya 14 Februari adalah hari kejayaan seorang Paderi Kristian menghancurkan kerajaanIslam di Sepanyol... paderi itu adalah seorang paderi yang 'playboy' ia mempunyai 2 orang kekasih iaitu seorang beragama Kristian dan seorang lagi beragama Kristian Protestan.... selepas menumpaskan kerajaan Islam.. paderi itu meninggalkan kekasihnya yg beragama Islam itu dan memilih untuk mengahwini kekasih yang beragama Kristian Katolik itu... tetapi sebagai paderi yang diharamkan berkahwin dan memilih wanita Katolik pula.. dia dianggap telah melakukan kesalahan besar.. Tetapi sebagai menghargai jasanya.. dia tetap dikenang dan hari 14 Februari adalah hari untuk mengenang jasa Paderi Velentino yang telah menumbangkan kerajaan Islam di Sepanyol dan seorang kekasih yang setia....

Oleh itu aku sangat meluat dan geram bila tengok orang dok terhegeh beli bunga dan cokelat nak meraikan hari tersebut.... memang bangang orang macam tu.. memang bodoh dan dungu sebab langsung tak ambil tahu sejarah.. asyik belasah je semua benda.. tanpa sedar mereka meraikan orang kafir yang sedang ketawa menghina kita.... huhhh .... rasanya teremosional plak malam ni... entah mengapa aku jadi marah sikit bila mengenangkan umat Nabi Muhammad ni dan tak reti nak mempertahankan agama.. hingga Nabi kita yang sangat mulia dihina dengan karikatur yang sangat menyayat hati...benarlah kata Nabi..."di akhir zaman nanti.. umatku umpama buih buih di lautan yang luas.."

Hmmmm.... sebenarnya tak salah kita nak menghargai kekasih hati pujaan sendiri.. tapi biarlah kena caranya... kalau nak bagi bunga sekalipun.. janganlah tunggu 14 Februari tu.. takkan nak ingat kekasih hati pujaan sendiri setahun sekali.....

Cinta.. cinta.. cinta...

Cinta adalah sesuatu yang mengasyikkan.. menghiburkan dan mendamaikan...namun cinta juga boleh menjadi sesuatu yang menakutkan.. sesuatu yang memusnahkan dan cinta boleh menjadi apa saja... ia boleh menjadi racun atau pun madu...

Cinta mesti ada dua watak utama.. iaitu watak kekasih yang disandang lelaki dan juga wanita... bila dua watak ini telah ada.. maka jadilah ia pasangan kekasih... Cinta pasti ada senyuman.. pasti ketawa.. pasti ada tangisan dan pasti juga ada kemarahan....

Aku tak akan halang kalau ada yang teringin baru nak mencintai dan dicintai... tetapi pilih dengan setelitinya.. pilihlah bukan dengan nafsu dan pilihlah yang menghargai anda.... pengalaman aku telah menyaksikkan ramai rakan aku yang kecundang dalam cinta ni...ada kawan aku yang seorang setia dalam bercinta dan sangat baik hati... hingga sanggup merayau tengah malam hanya kerana kekasihnya nak makan sup... sanggup ponteng kelas hanya nak hantar panadol kat aweknya yang demam kura.. akhirnya??

kawan aku itu ditinggalkan terkontang kanting sendirian.. alasannya.. "awak terlalu baik untuk saya.." ...pergi mamposlah alasan bodoh macam itu... lepas 8 hari kejadian perpisahan itu.. awek kawan aku itu kantoi berjalan berpelukan dengan lelaki lain... sememangnya wanita ini sukar untuk dipercayai...

dalam dunia ini telah pupus wanita yang setia... tak mungkin lagi lelaki akan jumpa wanita setulus Hartini dalam novel hartini tulisan Aziz Afkar.. tak mungkin ada lagi wanita sesetia Fatimah Azzahra.. percayalah.. wanita yang setia hanya kita akan jumpa dalam novel-novel cereka dan dalam filem-filem seperti Winter Sonata dan lain lain...

hmmm... tapi janganlah anggap aku ni seorang yang anti cinta... aku juga lelaki biasa yang perlukan wanita.. lelaki biasa yang perlukan kasih sayang wanita.. lelaki biasa yang perlukan perhatian wanita.... Nabi pun terasa sunyi tanpa wanita... apa yang tiada di syurga? semuanya ada dan sempurna.. namun Adam tetap perlukan Hawa... inikan aku manusia biasa yang bukan Nabi.. semestinya aku perlukan wanita.....

opsss... dah terlalu panjang ni... kesimpulannya.. manusia perlu mencintai dan dicintai.. tetapi kalau takut dilambung ombak jangan berumah di tepi pantai... janganlah mengharapkan isteri semulia Fatimah Azzahra.. andai peribadimu tidak sehebat Saidina Ali.....

Wednesday, January 18, 2006

aku yang marah

....aku pernah bergaduh dan bertumbuk kerana sebiji bola... aku pernah bertumbuk kerana salah faham yang sangat sedikit.. aku pernah kejar sebuah kereta hanya kerana kereta itu memotong aku secara bahaya.... aku pernah belasah orang kerana orang itu tendang kawan aku.... sebut sahaja tentang kekerasan.. tentang pergaduhan dan apa sahaja perkara yang melibatkan kesakitan dan ketidakpuasan hati.. semuanya aku pernah.. bagi aku.. hanya kekerasan yang perlu untuk menentang kekerasan... yang kuat akan menang.. yang lemah akan ditindas...tangan guna untuk membelasah orang.. kaki guna untuk menendang orang.. mulut guna untuk mengajak orang berlawan............. semuanya aku pernah.............

..... tapi sekarang.. aku sedar kekerasan dan kekuatan tidak akan menyelesaikan apa apa..kekerasan tidak menjamin apa apa... kekerasan tidak akan menamatkan apa apa.... tangan bukan dicipta Tuhan untuk menyakitkan orang lain.. tapi tangan dicipta untuk berusaha kearah kebaikan dan tangan dicipta untuk ditadah ke langit memohon keampunan, perlindungan dan rahmat dari Ilahi..... ya Allah.. betapa jahilnya aku tentang ciptaan-Mu ini...

.. sekarang aku sedar... rasa marah tidak akan membawa aku kemana mana... rasa marah tidak akan membawa aku kepada kebaikan.. tapi rasa marah akan memusnahkan aku sendiri.. Ya Allah.. berikanlah aku kekuatan untuk bersabar dalam semua dugaan-Mu ini...

......aku teringat sabda nabi...

"ORANG YANG GAGAH BUKANLAH ORANG YANG DAPAT MENUMPASKAN LAWANNYA... TAPI ORANG YANG GAGAH ADALAH ORANG YANG DAPAT MENAHAN AMARAHNYA"....

....betapa lemahnya aku.. betapa tipisnya sifat sabar ini....
"KESABARAN!!!!.... tunggu.. aku akan kejar kau...."

Tuesday, January 03, 2006

aku perlu berubah

WHEN I MEET SOMEONE BETTER THAN MYSELF,
I TURN MY THOUGHTS TO BECOMING HIS EQUAL.
WHEN I MEET SOMEONE NOT AS GOOD AS ME,
I LOOK WITH IN AND EXAMINE MY OWN.

Hari ini hari ketiga di tahun ke 25 hidup aku iaitu tahun 2006....

Bila masuk tahun baru ni.. macam-macamlah azam dan impian yang ingin digapai di tahun baru... kekadang tertanya juga aku sendiri.. mengapa nak tunggu tahun baru baru nak berubah.. mengapa nak tunggu ada sesuatu baru nak berubah... aku pun tak dapat nak jawap persoalan ini.. kerana aku pun tunggu tahun baru..nak berubah jadi orang baru.... tapi terdetik hati tertanya sendiri... "aku nak jadi apa ni?"

...sengaja aku mulakan penulisan aku kali ini dengan ayat ayat omputih di awal penulisan ini.... sebenarnya kita tak perlu jadi seseorang untuk jadi orang... jadilah diri sendiri..tapi bukan jadi diri sendiri yang tak berguna..tetapi jadi diri sendiri yang sentiasa berusaha untuk memperbaiki diri.. sentiasa berubah untuk menjadi diri sendiri... diri sendiri yang semakin hari semakin baik.. semakin hari semakin hebat... semakin hari semakin menjadi diri sendiri yang unggul...

fuhhh.. semangat lah plak... sebenarnya ditahun baru ini.. aku nak jadi diri sendiri yang lebih bermotivasi dan lebih baik dari diri sendiri di tahun tahun sebelum ini.....

aku tak mahu lagi mengulangi kesilapan yang sama di tahun tahun sebelum ini.... nabi pun pernah pesan.... "Celakahlah orang yang dipatuk ular pada lubang yang sama! "..... aku tak rela dipatuk ular pada lubang yang sama lagi... aku perlu merentas laluan baru dalam hidup aku.. aku perlu berubah.....

Monday, December 12, 2005

The Colour Of My Heart

Cuba try test!

Your Heart Is Red

You're a passionate lover - you always have a huge fire in your heart.
Too bad it's hard for you to be passionate about just one person!

Your flirting style: Outgoing and sexy

Your lucky first date: Drinks and dancing

Your dream lover: Is both stable and intense

What you bring to relationships: Honesty

Thursday, October 20, 2005

Aku dan Ramadan

...hmmm.. terlalu lama rasanya tidak menaip ni.. asyik mengira je.. aku lebih suka menulis dari mengira... tapi dengan krusus kejuruteraan yang aku pilih ni.. semestinya aku akan lebih banyak mengira dari menulis.. buku buku yang aku dok selak dan mengadap pun lebih banyak nombor dari huruf huruf vokal dan konsonan.. kalau nak jumpa banyak perkataan pun cuma ada kat muka depan yang tulih prakata dan ucapan penulis jer..... banyak orang tidak suka dengan nombor ni.. bagi mereka nombor ni menyusahkan.. merumitkan dan mengerikan.... erutamanya orang melayu macam aku... tetapi nombor ni banyak sebenarnya menyenangkan kita dalam banyak urusan... contohnya cuba kita bayangkan muka surat tidak dalam bentuk nombor... bayangkan setiap muka surat dalam nama bunga... aku tak dapat bayangkan berapa jenis bunga kena cari untuk buku yang 500 muka surat ni... 'muka surat kenanga, muka surat kemboja...bla.. bla..' ....menyusahkan bukan???

....hmm.. sebut tentang nombor ni.. aku teringat cerita kat tv semalam..aku tengok cerita 'NUMB3RS'... kat channel 17 astro saluran AXN... channel kegemaran aku... cerita ni tentang seorang anggota polis dan seorang pakar matematik yang bersama sama untuk menyelesaikan kes kes jenayah..... aku pun hairan macam mana persamaan matematik boleh digunakan untuk menangkap penjenayah.... tapi sebenarnya bukan dia guna nombor nak tangkap penjenayah.. tapi melihat corak atau pola penjenayah itu sendiri.... setiap dari kita ada corak atau pola tersendiri...dan corak atau pola itu boleh digambarkan dengan nombor.... hehehe.. mesti peningkan... susah aku nak terangkan... tambahan pula bulan puasa ni perut kosong.. fikiran pun meracau racau....

...hmmm... sekejap sahaja dah nak masuk pertengahan bulan ramadan ini.. Alhamdullilah.. setakat ini puasa aku masih penuh.. cuma puasa je penuh.. tapi pahala tu aku tak tau lah penuh atau tidak.... biasalah banyak dugaannya... tambahan pula insan yang lemah macam aku ni... tapi Insya-Allah kalau kita niat dan ikhlas kerana Allah SWT kita akan dapat ganjarannya......
selamat berpuasa.. :)

Saturday, July 16, 2005

Aku dan Cinta

Assalamualaikum...

Tup... tap... tup.. tap... tup.... tap..... bunyi orang berjalan.. atau lebih tepat lagi digambarkan sebagai bunyi orang sedang menapak dengan tapak kaki sendiri dalam banyak novel-novel melayu.Tapi aku rasa, biar berjalan kaki dari aloq setaq sampai johor pun.. kita berjalan tak bunyi macam tu... tapi biarlah.. buat pening kepala je fikir benda tu.. biar bunyi macam mana pun... aku tetap boleh berjalan juga kat muka bumi ni.. Alhamdulillah.. syukur sangat sangat bila kita masih ada kaki untuk tup.. tap. .tup dan tap... sebab ada senior aku kena potong kaki dia akibat kanser... dan pada hari sabtu yang lepas dia telah kembali kepada pencipta manusia.. sedekah al-fatihah kepada dia.. al-Fatihah.......

.........sebenarnya aku mulakan penulisan ini dengan bunyi tapak kaki tu.. adalah untuk mengambarkan yang aku telah mula belajar dalam semester yang baru kat UiTM ni... sekarang dah seminggu aku kat shah alam ni... memang agak kalut dan serabut aku pada minggu pertama ni... biasalahkan.. apa saja yang baru nak mula memang sukar sikit... macam orang baru kahwinlah... nak cari umah.. nak cari perabot... nak cari sofa.. nak cari dapurlah... macam-macam lagilah... tapi kebanyakkan pasangan yang baru kawin.. mesti pi beli tilam dulu.. aku tak tau sebab apa sebab aku tak kahwin lagi...tapi bila aku tanya kawan aku fahmy yg baru kawin... "sebab apa hang pi shopping tilam dulu??" dia kata, "bukankah separuh dari hidup kita adalah tidur..sebab tu aku pi cari tilam dulu.." fahmy menjawab sambil tersengih-sengih.. yang buat aku kureng yakin dengan jawapan dia.... ahhhhh... peduli apa aku.. nanti nak kahwin.. dapatlah aku jawapan dia.. hahhahaha...

Hmmmmm..... masuk sem baru ni... aku ingat nak mulakan penulisan aku tentang cerita CINTA...

Ada Apa Dengan Cinta?.... macam tajuk filem indon pula yang pernah meletup kat Malaysia ni suatu masa dulu... tapi di sini aku bukan nak komen pasal cerita tu... cuma aku nak pinjam tajuk dia je sebagai persoalan...

aku pasti semua orang suka dengan cinta... sangat pasti sebab mencintai dan dicintai adalah lumrah setiap manusia..... tengok saja filem cinta.. pasti ada yang meletup saja.. ambil saja cerita Titanic tu... sampai ada yang menonton sampai seratus kali.. dan setiap kali dia menonton pasti menangis... aku tak pasti siapa orang tu.. cuma aku terbaca dalam akhbar je masa filem tu sedang meletup.....

bila sebut sahaja cinta... mesti kita tak boleh lupa pada dua watak utama dalam cinta iaitu lelaki dan wanita.... tipulah kalau ada lelaki yang tak sukakan wanita.. sangat tipu... kecualilah dia lelaki yang bukan lelaki.. gay lah tu... ishhh... minta simpanglah dan Alhamdulilah aku tetap lelaki sejati yang tetap tulen.. cewwaahhh..

....sebagai lelaki yang benar-benar lelaki...p astilah aku tak dapat lari dari menyukai wanita.. tak salahkan? ..nabi pun terasa sunyi tanpa wanita... apa yang tidak ada di syurga? ...semuanya ada...namun Adam tetap rindukan Hawa..

..kerana cinta manusia mahu terus hidup.. (dialog ni ada kat poskad filem BERLARI KE LANGIT) ...memang benar kerana cintalah saja manusia mahu terus hidup... menghambakan diri kepada Tuhan juga sejenis CINTA juga...

....sudah terlalu banyak juga kisah cinta yang aku telah baca atau tonton di tv... ada kisah cinta tragik.. ada juga yang bahagia... kalau yang tragik tu.. aku pernah baca kisah cinta LEMBING AWANG PULANG KE DAYANG... ia mengisahkan tentang seorang lelaki bernama AWANG yang sanggup mengembara untuk mencukupkan duit hantaran bagi mengahwini DAYANG... tapi ketika dia pulang dengan harta kekayaan.. pada hari tersebut dia telah melihat dayang mengahwini BUYONG.. anak ketua kampung... kerana terlalu kecewa.. dia melontar lembing terbang hingga membunuh hampir 40 org kampung dan akhirnya lembing itu berhenti setelah menembusi badan dayang... aku teringat dialog AWANG dalam kisah tu... "bila cinta tidak lagi beharga..biarlah senjata berkata kata!!"

.....tu cerita melayu... kalau cerita omputeh tu plak.. tengok sahaja cerita cinderella... aku suka cerita tu sebab dalam cerita tu... taraf hidup, harta kekayaan dan pangkat bukan ukuran.... bagi aku.. itulah sebenar definisi cinta... cinta tak boleh diukur oleh semua harta dunia... dalam cerita itu... bagi aku cinderella tak patut melarikan diri bila hampir pukul 12 malam.. mengapa hendak takut dirinya dalam keadaan asal... mengapa dia takut untuk dilihat dalam pakaiannya yang asal itu yang bukan lagi gaun hebat... kalau putera raja itu memeluknya dalam pakaian yang compang camping itu... maka benarlah cinta mereka itu cinta yang hebat... lihat sahaja betapa sukarnya putera raja itu merantau setiap ceruk mencari cintanya... dan akhirnya mereka bahagia.

...kesimpulannya bagi aku... andai kita bercinta.. janganlah memurahkan cinta yang sememangnya mahal.. dengan menganggap harta kekayaan dan taraf hidup sebagai ukuran untuk bercinta..... bercintalah dengan ikhlas.. yakinlah bahawa keikhlasan dan saling mempercayai adalah asas utama sebuah percintaan...

Friday, June 10, 2005

Filem dan Rakaman Zaman

Di Astro Ria ada cerita seram + thriller. Lakonan Shukery Hashim dan Noorkumalasari. Ada juga Yusof Haslam, Noraini Hashim, S Roomai Noor dan Abu Bakar Omar. Penulis dapat mengagak bahawa filem ini dibikin sekitar lewat 80-an berdasarkan model Proton Saga dan rantai kunci bertulis EON yang masih baru dan berkilat.

Tajuk cerita tu Rahsia. Pengarahnya Hafsham. Rujuk filemkita.com - Rahsia

Selepas tengok cerita tu penulis mula sedar bahawa sesebuah filem sebenarnya bertindak sebagai album kepada sesuatu peristiwa pada masa filem itu dibikin.

Perasan tak surat khabar bertulisan monotype corsiva, lelaki menyimpan jambang, radio mini compo, perempuan berfesyen rambut mengerbang , kaum lelaki berbaju belang, kanak-kanak berseluar pendek dan singkat, gemar berkelah di pantai, rumah kuarters Inggeris yang besar dan seram dengan pokok-pokok pukul lima merimbun, basikal roda 4 dan anak patung seperti chucky.

Hati penulis berbisik, ingatan melayang.

Cerita ini mengingatkan penulis suatu pada masa dahulu, sebuah zaman bernama kanak-kanak. Betapa cerita seram seperti itu begitu merasuk rasa takut yang sungguh-sungguh. Betapa latarnya seakan menyalin realiti kehidupan masyarakatnya ketika itu lalu dipaparkan semula.

Tetapi sayang filem Melayu hari ini gemar menayang pelakonnya yang berkereta barat dan latar golongan-golongan elit yang agak lelucon dan keterlaluan.

Jadi apa yang boleh dikenang apabila penulis melihat kembali filem-filem hari ini pada 10 tahun akan datang?

Apakah masih ada pengarah yang mahu mengambil Proton Wira yg bergerak, latar manusia menaiki RapidKL, menaiki kapcai atau melepak di kedai mamak.

Filem bukan sekadar olahan atau interpretasi daripada naratif skrip yang cuba divisualkan tetapi juga sebagai satu medium rakaman salinan masyarakat, situasi masa dan zaman yang berlaku pada seputar hidup pengarah itu sendiri. Filem boleh saja bertindak sebagai kamera sejarah yang mengindikasikan tahap pemikiran seseorang pengarah pada masa itu sama ada mereka maju ke hadapan atau mundur ke belakang dalam meluahkan idea dan ideologi dalam pembikinan filem masing-masing.

Saturday, May 28, 2005

Tentang Dia

Sebenarnya ini adalah ulasan tertangguh ketika demam saga terakhir Star Wars mula melanda seluruh dunia. Tapi penulis lebih berminat mengulas tentang filem ini yang rasanya baru selesai ditayangkan di seluruh pawagam negara.

Tentang Dia berkisar tentang protoganis bernama Gadis yang dibelenggu rasa sakit dikhianati. Kekasihnya menghamilkan sahabat baiknya. Dalam masa yang sama rakan sekelas Gadis, Randu cuba meraih cintanya meski pun tanpa jawapan pasti dari Gadis. Gadis juga selalu dikutuk oleh 3 orang perempuan kacang hantu.

Gadis berjumpa seorang minah rocker, Rudi. Mereka berkawan baik dan Rudi banyak membantu Gadis untuk bangkit dari sejarah yang menyakitkan. Naratif Tentang Dia bergerak dengan baik biar pun tanpa mewujudkan watak kekasih dan sahabat baik Gadis. Watak-watak filem ini hanya berputar sekitar Gadis, Rudi dan Randu.

Tentang Dia memaparkan konflik jiwa Gadis yang tertekan dengan cintanya yang dikhianati. Begitu juga dengan kekalutan jiwa Randu yang kecewa kerana cintanya tidak diterima Gadis. Mengenai Rudi, para penonton pasti mengatakan wataknya menjurus kepada seorang lesbian. Terlalu menyayangi dan melindungi Gadis dan pengarahnya berjaya menghuraikan masalah psikologi yang dialami Rudi yang mengalami trauma kerana kematian adiknya yang didera bapa sendiri ketika kecil. Gadis dianggap sebagai pengganti adiknya itu. Klimaks adalah pada kematian Rudi yang kemalangan dan bertautnya cinta antara Gadis dan Randu.

Plot-plot cerita bergerak kukuh. Lihat pada kedai makan, sekolah, bilik dan atas bangunan. Persekitaran banyak bermain dengan simbolik-simbolik tentang kesuraman dan kesakitan. Mood penonton berjaya diusik oleh gerak kamera dan tata cahaya yang digarap dengan baik sekali. Sesuai untuk cerita bernada melankolik. Runut bunyi sangat bersesuai dan relevan pada setiap adegan dan babak di dalam filem. Dinyanyi oleh sekumpulan anak muda di kedai makan milik bapa angkat Rudi. Kewujudan elemen puisi di dalam filem seakan menjadi penyegar dan penyuntik elemen pesona ke dalam jiwa penonton.

Adegan pasangan kekasih berpelukan di dalam hujan kelihatan agak klise. Adegan seperti ini acap kali diambil oleh para pengarah filem bagi menggambarkan elemen romantisme (lihat filem Sembilu). Kenapa tidak mengambarkan Gadis keluar menadah payung agar Randu tidak terus kebasahan.

Lihat pula pada perbualan Gadis dan Rudi mengenai rancangan Antara Berani dan Takut. Rudi memberitahu bahawa rancangan itu sudah diulang tayang beberapa kali. Barangkali satu sindiran sosial untuk media televisyen Indonesia. Kelihatan sama seperti sindiran filem Melayu yang hampeh di dalam filem Sepet.

Tentang Dia berjaya dari aspek teknikal dan olahan kamera, pencahayaan dan runut bunyinya. Naratif ceritanya baik berbanding filem AADC yang agak keremajaan. Pengarahnya berjaya menyelongkar konflik jiwa yang kacau dan suasana sosial remaja bahawa setiap sesuatu yang berlaku adalah bersebab dan sebab-sebab itu berjaya dihuraikan si pengarah tanpa membodohkan jiwa para penontonnya. Muktamadnya, pengarah menegaskan bahawa hanya diri seseorang itu sahaja yang berhak memilih jalan bahagianya atau mahu terus duduk di dalam kepompong diri yang sakit dan sepi.

Penulis memberi markah 3.5/5. Dan 1.5 ditolak pada adegan hujan di akhir cerita.

Monday, May 16, 2005

nikmat tuhan

....hmm.. hari ni dah mula minggu baru.. maka kelas aku akan bermula seperti biasa.. kelas pun macam biasa juga... tapi yang lebihnya hari ini ialah tadi dalam kelas... lecturer aku ada cerita tentang nikmah Allah ni.... "suatu masa dahulu.. ada seorang raja... raja ini sangat kedekut dan suka menindas rakyatnya..." .... aku mendengar dengar rasa gembira sebab bila dia start bercerita.. adalah peluang tangan aku nak rehat sekejap dari salin note..... kemudian lecturer aku sambung lagi...."....ketika negaranya diambang peperangan...dan setelah para ahli kabinetnya..berbincang...maka dia pun bertitah.... bahawa semua rakyatnya perlu mengorbankan dan menderma harta harta mereka bagi menampung kos peperangan yang tinggi..." .....sungguh zalim dan bakhil raja ini.. sebab hanya harta rakyat yang miskin diambil.. sedangkan hartanya yang berkoyan-koyan dalam istana tidak terusik langsung....

kemudian.. pada suatu hari...raja ni mendapat sakit yang sangat sakit... iaitu dia menderita tidak boleh kencing... (dalam istilah yang lebih sopan.. membuang air kecil).... setelah habis seluruh bomoh..pawang dan ahli nujum mencuba.. sakitnya tidak juga sembuh.... akhirnya kerana tidak sanggup lagi menderita... raja itu pun... mengumumkan keseluruh pelosok negeri...sesiapa yg boleh mengubati penyakitnya itu......

kemudian datang seorang ulama yang warak dan alim...datang untuk mengubatnya..tapi dengan syarat.... iaitu raja itu mesti menyerahkan segala harta dan kekuasaannya kepada ulama itu andai penyakitnya dapat diubati..... raja itu tersentak.. setelah berbincang... raja itu akan hanya menyerahkan separuh sahaja harta dan kekuasaannya kepada ulama itu..... setelah diubati... raja itu boleh kencing semula....

tapi kemudian.. setelah beberapa hari... penyakit tidak boleh kencing itu datang kembali... ulama itu dipanggil semula.. dan menjawab.. "tuanku hanya memberi separuh sahaja harta dan kekuasaan tuanku kepada saya.. jadi separuh sahaja sakit tuanku akan hilang...".....setelah tidak tahan menderita.. dan sakit yang amat sangat... raja itu bersetuju menyerahkan segala harta dan kekuasaan yang dimilikinya kepada ulama itu......

setelah penyakit raja itu berjaya disembuhkan... ulama itu berkata... "bukan harta dan kekuasaan tuanku yang saya gila gilakan...cuma saya nak tuanku tahu....bahawa semua harta dan kekayaan tuanku itu macam air kencing sahaja...tuanku hilang semuanya kerana itu sahaja bukan??....patik serahkan kembali semuanya kepada tuanku..dan moga tuanku dapat sedar dari kesilapan sendiri....."

...hmmm.. betapa besar nikmat Allah ini...... susah kita nak sedar betapa besarnya nikmat Allah ini kalau kita tak kehilangannya.... macam sekarang ni... gigi aku punyalah sakit.... sebab doktor kata tumbuh gigi bongsu.... gigi terlebih kat belakang sekali..so kenalah buat pembedahan kecil.... tapi sebelum nak bedah lagi sebulan ni... terpaksalah aku tahan sakit.... Aduiiiii

Thursday, May 12, 2005

Aku dan kekayaan...

......hmm... semalam lebih kurang pukul 2.00pagi.... tika hampir semua ahli rumah aku sedang tidur..dan mungkin semua dah dibuai mimpi indah.. dan hampir pasti ada yang dok terliur ketika tidur... sedap sangat kot tidur sampai meleleh air liur... tapi kalau kita terliur depan makanan atau depan pompuan..tak ada pula dipanggil air liur basi... cuma terliur dalam tidur sahaja dipanggil air liur basi... hmm.. yang pastinya aku tak terliur masa tidur...
oklah..berbalik kepada cerita tadi... aku sedang sembang ngan dia tentang tajuk.. "bila kita ni nak jadi kaya.."................ aku tanya shihab.. "hang dalam bank ada banyak ker duit simpanan.."....shihab jawab.. "Tak ada ler man... aku duit tak boleh simpan..cukup cukup jer" .....dan dia tanya aku balik soalan yang sama..... dan jawapan aku pun hampir sama....."aku rasa kita kena ada simpananlah shihab..kita kena start simpan dari sekarang... "....shihab mencelah.."aku boleh simpan...tapi tempat simpan duit tu kenalah susah sikit nak amik...bukan dalam akaun sekarang....pi cucuk jer..duit dah keluar...kita simpan dalam ASB lah.." ....aku terfikir sambil berkata.."tak der tempat yang susah nak ambil....kalau nak ambil..simpan kat mana mana pun jadi senang.." .....kata aku sambil teringat duit dalam Amanah Wawasan 2020 yang mak aku buka.... dan telah aku tutup setelah akaun itu telah melayakkan aku mengeluarkan semua duitnya atas faktor umur... hehe... kemudian.. tengah rancak menyembang.... kawan serumah aku asren muncul tiba tiba...dan turut berkongsi idea.. "kalau hang nak jadi kaya.. hang kena ada sifat kedekut.. " ..kemudian dia berlalu kembali untuk sambung tidur selepas meminum seteguk air...... kemudian.. persoalan aku dan shihab berlegar legar tentang dialog asren tadi..... "kalau nak kedekut ni..aku tak bolehlah....aku ni jenis yang tak boleh nak berkira kira sangat ngan kawan kawan.." .....aku akui kata kata shihab tadi didalam hati....memang shihab tak kedekut..... dia kalau beli makanan..... memang slalu... tapi kalau tak belanja aku pun.... dia tak kaya juga kot.... aku pun mencelah.. "aku lebih rela jadi orang miskin yang pemurah dari menjadi orang kaya yang kedekut...." .....aku pun sama.. jawab shihab yang dah mengantuk..... zzzzz

hhhmmm......dan kalau kita kaya nanti sekalipun...janganlah jadi orang yang kedekut....bersikap pemurahlah.... kerana apa yang anda berikan kepada orang lain.... akan anda dapat kembali...... mungkin dapat dalam bentuk lain..... dan kalau tak dapat di dunia ni.. insyAllah akan dapat di akhirat...... sekaya mana sekalipun seseorang itu... dia tetap boleh pakai baju sehelai saja kan... mana ada orang yang sangat kaya pakai 10 helai baju sekaligus..... orang gila ada kot.... sekaya mana pun juga kita... nasi tetap sepinggan juga.. paling banyak 3 jer..... bukan bila kaya boleh makan sampai banyak pinggan....

hmm.... kalau tak kaya harta.. kaya senyuman pun jadilah.....

Monday, May 09, 2005

a true JOHOREAN?

Assalamualaikum...

sudah terlalu lama aku tidak menulis.... kekadang tertanya hati.. terdetik sendiri... masihkah aku mampu untuk menulis... walau bagaimanapun.. terima kasih kepada Kelambu (nick kwn aku).. kerana sudi menulis di dalam blog aku yang usang ini... terima kasih kerana sudi menerangkan kegelapan blog aku yang kian pudar ini... untuk artikel kali ini.... aku cuma ingin berkongsi tentang kepelbagaian budaya dan adat yang unik kat dalam malaysia ni... aku terima email dari sweetheart aku.. tentang orang Johor... apa yang patut kita tahu tentang orang johor.... kita perlu juga tahu tentang bahasa dan budaya negeri lain... teringat masa aku kat UTM Skudai dulu.. roommate aku orang Johor...namanya Radin Aminurrasyid... dia ni memang orang johor sejati.. ayahnya orang jawa...nama ayahnya.. kalau tak silap aku iala Radin Jayakasuma... seorang pensyarah UTM juga...... Radin budaknya baik dan aku senang berkawan dengan dia... tapi satu peristiwa yang aku tak dapat lupakan ialah.... suatu hari tu.. dia ada meminta minuman dari aku... "Man..ko ada air kosong tak?" dia meminta air dari aku... kemudian aku pun suruh dia mengambil dari locker aku.... ada sedikit jer lagi air tu..aku pun kata. "hmm..tinggal sikit lagi jer tu..hang perabih buang la.." (aku cakap dalam bahasa Kedah yg bermaksud.... HABISKAN SEMUANYA..) ....kemudian esoknyer aku mencari bekas air aku itu untuk mengisi semula....tapi tak ada...kemudian aku tanya Radin... dia kata.."ko suruh aku habiskan dan buang bekas itu kan.. so aku dah buang dalam tong sampah.. "....huhh, aku suruh habiskan semua jer.. tak suruh buang bekas tu sekali..." hahaa... rupanya kami berdua tersalah paham..... untuk pengajaranya.... kita kena tahu juga tentang pepelbagaian bahasa kan???... so bacalah artikel kat bawah ni....mungkin ada yang boleh kita pelajari......

(lagu negeri)
Allah peliharakan Sultan...
Anugerah kan dier segala kehormatan,
sihat dan ria kekal dan makmur...
luaskan kuasa..naungkan kami,
rakyat dipimpini berzaman lagi.
dengan merdeka bersatu hati,
Allah berkati Johor,
Allah selamatkan Suuuuuultan.......
gerek ah!!!!!

To all Johorean....

10 Things You Should Know About A True Blue Johorean

petikan dari blog Mak Andeh

1. They end 9 out of 10 sentences with Ekkk...
Ekk ialah trademark orang Johor. Digunakan di hujung SETIAP ayat
menggantikan tanda soal (question mark).

Contoh :-
Ni awak punyer ekk?
Nama awak saper ekk ?
Kenapa kite kaler tak cantik ekk ?
Dan macam-macam ekk lagi.

Aku teringat semasa aku sekolah dulu, aku dan member sebelah aku
boring yang amat di dalam kelas, so to keep us awake, kami dok
mengira
berapa kali Cikgu sebut ekk. In a period of 40 minutes, dekat 100 kali!
Lepas tu kami gelarkan Cikgu tu as Cikgu Fadzillah* Ekk. (*bukan nama sebenar).

2. They refer to Johor Bahru as Johor and not JB.
Kalau orang di negeri Johor sebut Johor, it meant Johor Bahru (JB), the city dan bukan Johor, the state. Biasa digunakan oleh mereka yang tinggal di luar bandar Johor Baru seperti di Masai-chusettes umpamanya.

Contoh : Beb, gua nak turun Johor laa. Lu mahu ikut gua tak?
So, if you ARE already in Johor, tak kira di daerah mana - if the locals kata nak pergi Johor, it means nak ke Johor Bahru. Jangan pulakbuat lawak bongok** berkata, " Eh, lu kan dah ada kat Johor?" Or worse, jangan memandai nak tambah ekk with that question.

3. They pronounce Muar as MUOR. (kena juih bibir sikit)
In fact you pronounce everything that ends with "AR" as "OR".
Contoh : Aku kena pakai seluor besor untuk main bolor kat Muor besok. (Aku kena pakai
seluar besar nak main bola di Muar besok).
Aku teringat Kakak tegur aku bila aku cakap macam tu. Kenapa Mamasebut besar, BESOR ? Slipper , SLIPPOR ? Aku tergelak. Aku cuma speak like that bila berjumpa dengan true blue Johorean aje.
Lapo (lapar), penampor (penampar), ulor (ular), pagor (pagar) dan lain-lain.

4. They are brash with a CRAZY sense of humour.
Honestly, I belum pernah jumpa orang Johor yang serious or square to a T. Or cannot take a joke. Walaupun pendiam atau pemalu , but their sense of humour boleh tahan gak. Almost all of them (yang aku jumpa dan kenal lah) are either loyar buruk or bigor **.

baik di kampung mahu di Bandar. The sense of humour is unique that I find kadang-kadang orang luar (non-Johorean) agak takut with the brashness of budak-budak Johor.

(Did you see Majalah 3 the other night - see how Tunku Yem (nama manja Tunku Mahkota Johor) bercerita pasal anakanda dia Tunku Ismail ?
Haha.. .. that is exactly my point!)

5. Diorang ada ENDUT **.

Kalau tak pernah berendut, sure pernah ada endut or busuk-busuk pun teringin nak ada endut.

Contoh ayat :
Haa...kau dah ada endut yer ?
Kau pergi berendut kat mana ?
Orang berendut dia pun nak berendut.

6. Diorang Makan Gula Tarik, Sagun, Gula Kandy, Bobotok....
Dah lama aku tak tengok atau makan gula tarik, sagun or kandy. Ada lagi ke bebenda ni kat Johor ? Aku tak boleh nak describe dengan teliti these things cos it has been 30 years since I last tasted them.
Seperti Kak P cakap - makanan seperti botok-botok. Kalau out of Johor, botok-botok dikenali dengan nama PAIS IKAN. Jangan tanya aku how to describe the ingredients cos aku tak berapa gemar makan sebab guna banyak sangat daun ( aku tak suka makan sayur - especially ulam).
Yang aku tahu -pakai daun segala daun, termasuk daun betik dan gunakan kari ikan and balut dengan daun-daun tu dan kukus.

Aku pernah tanya my Dad dulu - kenapa buruk benor nama dia bebotok.
Then my Dad cerita :
Di zaman dulu ada seorang nenek yang tinggal seorang diri. Everyday cucu dia akan datang bawak makanan. Nenek ini suka sangat pais ikan dengan bubur so dia suruh cucu ni bawak tetiap hari. Bila cucu tu bawak makanan lain, Nenek akan tanya " Mana Bubur Tok? ". Lama-lama Bubur Tok jadilah Bebotok - kesan dari cakap cepat-cepat.
Itulah ceritanya. Aku kecik lagi masa my Dad cerita tu. So, kalau dia kelentong aku - maka kelentonglah cerita bebotok tu. Sekian adanya.

7. Pernah (or berangan nak) jadi Mat Rock .
Aku rasa sebab kedudukan Johor dekat dengan Singapore, sebab itulah pengaruh Barat di Malaysia masuk melalui Johor dulu. Itu teori aku lah. But kalau ikutkan sejarah Johor, Sultan yang mula-mula kawin dengan Mat Salleh pun Sultan Johor (Almarhum). So, tak heranlah kalau kumpulan Rock kat Malaysia ini semua ada susur galur dari Johor. Amy, Zainal Abidin,Nash etc.
Boleh pakai ke teori aku ni? Jangan aku kena pancung dengan Sultan,dah ler.
Ampun Tuanku !

8. Kenduri Kawin Ada Telur Pindang
Telur pindang ialah telur ayam yang direbus dengan segala macam rempah dan dedaun untuk mendapatkan that special taste. Lepas rebus,telur akan berwarna cokelat. Both kulit dan isi. I don't like to eat telur pindang, so I cannot to describe the taste. Normally orang buat telur
pindang ni for special occasion, seperti majlis perkahwinan. Zaman dulu-dulu, you can tell the social class of the tuan rumah - normally orang kaya-kaya jer buat telur pindang ni sebab ianya rumit dan makan masa berjam-jam therefore menggunakan kos yang tinggi.

9. Tidur atas LECA** (rhyme with letak and baca, the non-baku way).
Baju simpan dalam GEROBOK **.

10. They never watch RTM sebab semua cerita dah tengok kat TV
Singapore!

When I was growing up, aku cukup suka tengok TV Singapore sebab iklan dia semua dari overseas, very menarik. Besides the cerita yang terkinilah. Yang aku suka ialah iklan jeans Levi's (Let your love flow), iklan lagu Coke (I'd like to build the world a home), iklan Kodak (Times of Your Life -Paul Anka). Paling syok ialah masa Christmas, iklan dan lagu semua best-
best.
(But itu dulu, sekarang aku rasa semua rancangan sudah semasa.)

Well, TV Singapore cuma dapat ditengok oleh penduduk JB dan kawasan yang sewaktu dengannya. As you go further up north (of Johor), you can see aerial TV semua setinggi pokok kelapa - semata-mata nak dapatkan siaran from Singapore!

Apa lagi EKK?
Kamus Johor :
Bongok - bodoh
Bigor - gila-gila, contoh :- Apek Senario tu macam budak BIGOR ekk ?
Endut - makwe/pakwe. Awek/balak. Boifren/girlfren. Boleh digunakan tanpa mengira jantina.
Berendut - berpasangan.
Pergi berendut - dating.
Botok-botok, bebotok - sejenis makanan menggunakan ikan, ditambah memacam
dedaun, letak serbuk kari (don't ask me - aku tak reti buat) dan dibalut dengan daun betik, diikat dengan sebelum dikukus. Alah, macamPais Ikan tuh.Leca - tilam. Normally dibuat sendiri menggunakan kekabu (orang zaman dulu-dulu semua DIY - tak ada Vono, Slumberland ).
Gerobok, Gobok - cupboard. Almari. Tak kiralah simpan kain baju ke, simpan pinggan mangkok ke.

Tuesday, April 05, 2005

siti lagi!

Tahun ini tahun Siti lagi.

Dia berjaya membuat konsert solo di Royal Albert Hall, London.

Dua hari kemudiannya Siti menang pula Bintang Paling Popular 2004 dengan undian sebanyak 110, 585. Hebatkan?

Tak ada siapa-siapa ke nak bagi Siti anugerah Datuk.

Ye la, menyanyi memang tak seteruk mendaki Everest atau pun mengelilingi dunia.
Mungkin sebab Siti tak pandai menulis novel politik yang berdalil-dalil. Atau pun membuat rekod dunia menyanyi 48 jam tanpa henti.

Mungkin juga faktor usia kerana Siti akan jadi Datuk paling muda dalam sejarah negara! Sekiranya Siti mendapat Datuk apakah ada lagi peluang untuk jejaka-jejaka tanpa title untuk menawan hatinya? Atau pun membuka peluang untuk Datuk-Datuk mencuba nasib mereka. BerDatuk dan berDatinkan Siti! Wow..!!

Kedudukan Siti sekarang sudah mendahului usia dan pengalamannya. Siti seperti ahli politik yang memerlukannya untuk berkempen. Bezanya Siti berkempen melalui nyanyiannya dan bukan politik wang! Siti bertarung setiap tahun dan bukannya setiap 5 tahun sekali.

Barangkali sanjungan rakyat sudah cukup sebagai anugerah yang tidak ternilai untuk Siti. Harap dia berhati-hati dengan sanjungan-sanjungan itu. Harap-haraplah....

Friday, April 01, 2005

kung fu hustle


Filem terbaik Hong Kong digondol oleh filem Kung Fu Hustle arahan Stephen Chow @ Chow Sin Chi.

Menonton filem terbarunya itu seperti tiada isu besar yang mahu diangkat melainkan sebuah filem dedikasi khas untuk mendiang Bruce Lee yang amat dikagumi oleh beliau.

Berbanding filemnya terdahulu, Shaolin Soccer, filemnya kali ini ditambahkan lagi dengan efek khas dan masih berteraskan keunikan seni mempertahankan diri Cina.

Naratif ceritanya masih bergerak dalam bentuk yang klise. Watak putih menentang watak hitam. Watak hitam semestinya terlebih dahulu mempunyai kuasa yang super berbanding watak putih dan watak putih akhirnya menang. Macam cerita Ultraman.

Jadi apa yang istimewanya filem garapan beliau ini? Ketulenan.

Komedi berbentuk komikal yang dihasilkan kelihatan segar pada setiap kali beliau tampil dengan filemnya.

Siapa pernah terfikir menjadikan pisau yang tertusuk di bahu sebagai side mirror dalam babak kejar mengejar. Stephen Chow berjaya melakukannya dengan sukses.

Di Malaysia, komedi seperti ini pernah dihidangkan di dalam filem Jutawan Fakir. Sudah semesti komedinya lebih menumpukan pada komedi berbentuk aksi berbanding komedi dari segi linguistiknya.

Perempuan berwajah buruk, lelaki beraksi pondan, babak menampakkan punggung, bibir lebam dipukul sehingga leper seperti itik memberikan kredit yang lebih ke atas kejayaan filem ini.

Sesekali penonton juga dibawa menjadi terharu ketika babak rompakan di warung teman wanitanya. Teman wanitanya menghulurkan lolipop pecah yang masih disimpan sejak kecil dulu.

Komedi di dalam Kung Fu Hustle berjaya menjadi formula yang berkesan untuk menawan hati para juri filem.